Monday, May 08, 2006

Jgn la membazir..

Masa p mkn lunch kat rumah Cik Awi dgn mak,abah mentua last week, ada la borak2 ngan Cik Awi pasal tempat2 shopping ni. Dia kata, dia slalu beli brg dapur macam sayur2 ke, ikan2 ke kat Pasar Borong Selangor...yg kat Puchong tuh.Murah2 dan byk choices kata nye. Teruja gak aku mendengarnye.

Aku, slalu nye ptg Jumaat lps keje mesti p psr mlm utk beli brg2 dapur isshuukan-bun* punye. Tapi, Jumaat lepas, aku ngan ABANG decided yg kami takyah la beli semua2 tu kat psr mlm tu. Kami cadang nak p beli kat Pasar Borong Selangor tu la. Then, semlm pagi lepas sarapan roti dgn scramble egg, jem strawberry, air teh-o, kami pun keluar rumah. Emm...mmg byk choices. Sayur2, daging,ikan,seafood. Pilih saja mana suka. Mmg luas pasar tu ek. Aku pegi juga la menjelajah dari hujung ke hujung.Tapi,idakla ke semua gerai aku pegi. Bagi aku,kalau semata-mata nak beli ikan sejenis, sayur sejenis...tak payah la pegi sana. Kat pasar mlm pun ok. Ye lah kan....kami nak ke sana pun dah kena lalu 2 tol. Pegi balik je dah tentu RM4 utk tol. Minyak lagi. Kalau nak masak utk buat kenduri ke...better la p beli kat sana. Kalau utk stok seminggu punye, aku beli je la kat pasar mlm cam biasa. Sbb aku pun bukan masak utk 6-10 org mkn. Anyway...puas hati jugak sbb aku dah boleh cakap yg aku pernah jejak kaki ke Pasar Borong Selangor. (dah nama nye pasar borong. So, mmg otoku* utk org yg beli borong byk2 tu. Especially para peniaga gerai...) .

Tgh hari...berkonvoi dgn Astrid (kwn yg dok nyewa 1 taman ngan aku) sekeluarga p kenduri kawin Butet (kwn lama kitorg masa kat UM) kat Kg Baru KL. Seronok la dpt jumpa beberapa kwn lama. Nasi minyak,lauk2 nye pun mmg sugoku oishikatta*.

Cuma....nak tanya kat korang yg kat luar sana tu la...kalau kat kenduri ke, kat mana2 la yg ada sesi mkn2 ni...korang amik nasi /food byk mana? sesuka hati je ke cedok, sampai penuh pinggan tu? Kalau aku, aku cedok ikut byk mana yg aku rasa bleh abiskan le. Aku akan pastikan yg pinggan aku tu licin. Yg tinggal bersisa nanti pun, cuma tulang2 ikan/ayam/daging, kepala ikan bilis, lemak2 daging, btg2 sayur yg tak bleh tertelan dek krn tebal/keras, potongan cili dan lain2 yg bleh dikategorikan sebagai 'sampah'. Aku slalu perasan, ada sesetgh org akan amik food bebyk. Sampai penuh pinggan dia. Tapi, mkn pun beberapa suap, then tinggal terbiar je food tu tanpa dihabiskan. Konon nak diet kot? Atau, food tu tak sedap! Hei!! tak rasa bersalah ke ha? Rugi tau...Kalau la rasa tak larat nak abiskan, dari awal jgn la amik suka2 hati byk2 camtu. Aku rasa, diorg ni macam malu kot kalo amik food sikit. Kalo amik seada nye saja..insya-ALLAH bleh abis. Sama ada sedap ke,idak ke..insya-ALLAH bleh licin gak pinggan tu. Yg penting, jgn tamak. Idakla membazir nama nye kan.. Kan ke membazir tu amalan syaitan..Na'uzubillah..

isshuukan-bun*= seminggu punya bahagian
otoku*=untung
sugoku oishikatta*= tersangatlah sedap

*homesick lak aku hari ni. Dok rindu kat mak abah ku,dan adik2 ku.*

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home