Wednesday, October 20, 2010

Panas

now cuaca agak panas eh kat malaysia ni..? ker...kat tempat aku ni aje? (kat subang...putra heights..).

malam pun panas. anak2 gelisah aje..dok golek sana..golek sini..macam tak selesa. pastu, berpeluh sakan. yg aku perasan, Asha Zahra le yg tido tak berapa nak lena. macam ngamuk2, merengek, mengigau gituk. kejap2 berkalih posisi badan dia. aku pun tido kepanasan gak.

kalo siang toksah kata le. mmg panas. drive p keje, naik kereta yg ada air-cond. tapi sampai kat parking kereta pun, berpeluh peluh ketiak! ahahha...kena berjalan menuju opis, masuk opis pun terasa panas gak. opis ada air-cond pun buleh berpeluh badan.

tekak bagai mau menerkam air sejuuuuuuk saja! tapi sbb sayang duit, aku tahankan gak le. minum air kat opis aje.

hari Isnin baru2 ni, balik dari amik anak2 kat neseri, on the way nak balik umah, aku tanya Afiq Khair dia mau apa...sbb dia good boy dah boleh tak berpampers di rumah dan di neseri (kecuali waktu tido kami still pakaikan lagi pampers..). terus saja dia jawab "aiskrim!". owh...ya la. mmg dah lama kami tak mkn aiskrim. anak2 dah lama batuk2 dan selsema. On dan Off batuk selsema. tu yg kami tak membeli aiskrim. tapi hari Isnin tu, aku rasa depa OK aje...tak berapa batuk (tapi still batuk sket2 la...), so, aku tunaikan la keinginan Afiq Khair tu. of course abang Iman nye pun numpang sekali la kan. beli la 4 ketul aiskrim. 1 utk Afiq Khair, 1 utk Iman, 1 utk mama, 1 utk abah!!! Asha Zahra numpang mkn dgn semua org yg baik hati je la...

sampai umah, masing2 tak sabar nak mkn aiskrim. dah tak sibuk nak main2 kat halaman umah macam selalu tu. selalu sampai umah, depa nak lepak2 kat depan tu, sambil main buih sabun.. hari tu dek kerana gian nak mkn aiskrim, berkejar masing2 masuk umah. wash hand. then, duduk elok2 kat meja mkn ngadap aiskrim. hamboi...syok tgk depa melahap aiskrim. ehehe.. Asha Zahra pun menjerit jerit nak aiskrim. abis dlm mulut je, cepat2 dia jerit mintak disuapkan lagi. Abang Afiq Khair pun baik hati, tolong suapkan. bagus nye anak2 mama!!

tapi mlm tu, time tido...Abang Iman nye dah mula batuk2. kesian.. Iman sejak kecik, mmg jarang le surut betul2 batuknye.

semalam, balik umah dari neseri pun, Iman batuk2 gak. aduih, shibaraku mata aisukuri-mu wo taberarenai ne... :-( ......... (buat sementara waktu, tak boleh mkn aiskrim lagi la...). tapi hari ni, member opis belanja aiskrim utk aku. ada tersimpan dlm peti sejuk opis ni lagi. ehhehe.. alhamdulillah.

mlm ni nak p jumpa anak sedara dari dubai. wife abg jali iaitu k.akish keje dgn MAS kat dubai. depa sekeluarga dok kat dubai buat masa ni. la ni k.akish ada kat malaysia dgn anak bujang nye (Khaleefa) yg umur baru 10 bulan..K.akish ada meeting kat sini, tu yg dia boleh balik malaysia dan angkut baby dia sekali. depa stay kat umah Imah (adik ABANG). mak abah mentua ku pun ada kat sana. sementara k.akish p opis, Imah le tolong jaga baby Khaleefa. tak sabar aku nak p jumpa khaleefa. comel budak nye!!!

Labels: , , , , ,

2 Comments:

At Wed Oct 20, 05:12:00 PM, Blogger aNIe said...

Umeboshi...sekarang memang panas... anak2 akak semua dah mula sakit tekak...diorang kata rasa nak demam

Selamat berjumpa dgn anak sedara ..

 
At Wed Oct 20, 05:35:00 PM, Blogger umeboshi said...

so, sana sini mmg panas la kan...? membahang. harap2 tak melarat sakit tekak anak2 k.anie tu. terima kasih, mlm ni nak p jumpa khaleefa :-)

 

Post a Comment

<< Home