Monday, February 22, 2010

Big Apple Donuts & Coffee















sejak Iman sekolah kat Genius Aulad ni, selalu la kami kena p MPH kat SACC Mall utk cari buku Peter & Jane (Ladybird). Iman gunakan buku2 ni utk bacaan di sekolah. kalo ke sana, sebelum balik, Iman mesti request utk beli donut Alvin.










semalam pun, lepas beli buku, we all dah nak bayar duit parking, Iman terus tanya.. "kita tak beli donut Alvin ke?" terus aku dan ABANG masuk semula, lalu jalan dlm SACC menuju ke kedai Big Apple Donut tu. beli bungkus saja. 6 ketul, RM12.50. masa mula2 beli donut Big Apple ni, aku tak berapa berkenan sbb aku slalu mkn Dunkin Donut. tapi, sejak beberapa kali dah membeli dan makan Big Apple je....aku jadi suka la pulak dgn Big Apple. kira nye, ni donut zaman sekarang. sangat2 creamy. ABANG kata, sedap tu mmg sedap. tapi cream byk sgt...menggemokkan!!! but, I like the Big Apple Doughnut!! ehehhe...










kenapa Iman panggil ni donut Alvin? ala...hari tu ada promosi movie Alvin masa tahun baru tu kot. kalo beli berapa banyak ntah, dpt diary ke apa ntah yg ada gambo Alvin yg comel tu. tu yg Iman panggil Donut Alvin. ehehe...
*gambo Alvin diambil dari http://wharble.com/Alvin_And_The_Chipmunks_Movie.htm .









Afiq Khair pun suka mkn donut. pilihan anak2 ku...semua nye donut yg bercoklat!!

Labels: , , ,

Friday, February 19, 2010

Bagan Lalang

cerita dah basi sebenar nye. sebulan yg lalu punya cerita.


16 jan, 17 jan (sabtu, ahad), aku,ABANG dan anak2 berada di Bagan Lalang. sebelum tu, jenuh set date dgn kawan2...nak p makan2 seafood kat sana tapi semua nye tak dapat kata putus tarikh mana yg semua org OK. maka nye, pepandai sendiri je le! ehehhe..



16 jan. ptg sabtu tu kami bertolak ke Bagan Lalang. agak jauh juga ek nak ke sana dari putra heights. we all check in kat chalet kepunyaan Pusat Latihan LKIM. http://www.sungaipelek.com/bagan/camarlaut.html



stay kat rumah Kerisi B. RM100/night. rumah tu OK. aku suka! iman, masa mula2 masuk rumah tu, ulang kali dia kata tanak dok situ. nak tido hotel yg best kata nye. tapi, bila dah stay 1 malam kat situ.. "Iman suka dgn rumah Kerisi B ni la..mama!!". ha...baru tau?! ehhehe..aku teringin nak tido kat chalet. tu yg saja je booking chalet kat Bagan Lalang tu.



bagan lalang best! lepas check in, solat asar kat bilik dan lepak2 sat. kol 6 setgh drive kat tepi pantai. amik2 gambo...pastu cari restoran terapung HM seri bagan yg agak famous tu.

http://www.hmsribagan.net/index.html
http://hmsribagan2.blogspot.com/


kalo kuar dari lorong LKIM menuju ke pantai tu, belok ke kanan sampai ujung. kat situ le HM seri bagan ni. kalo dari lorong LKIM menuju ke pantai tu, belok kiri...mmg byk gak restoran. gerai2 jual jeruk asam, mainan, pelampung etc pun byk. lalu la nanti kat depan gold coast resort yg masih dlm pembinaan tu. happening gak ek bagan lalang ni. best. esok, kalo gold coast bagan lalang nye siap, sure laaagi meriah. cuma, rege brg, makanan dan hotel kat area situ pun mungkin akan naik gak kot. kat hm seri bagan, we all pilih le seafood utk dinner. siakap masak steam, udang masak butter(sedap!), sotong goreng tepung, ikan cencaru bakar, ketam masak sop serai. utk sayur, kitorg amik ulam timun (50 sen) dan sambal belacan(50 sen). air lak...jus oren suam, jus apple suam, sirap limau ais dan air limau ais,...amik nasi 1 pinggan je. share berempat beranak. semua2 ni je pun dah kena RM96. emmm...ok le. lauk2 dan menu yg kami pilih tu mmg sedap belaka. kecuali sop ketam, kurenggg.. ABANG kata, sop ketam yg aku masak lagi ummpphh.. cheh! kembang aku dibuat nye. ekekke...ops, air minuman semua2 yg kami order tu, nanka tak berapa sedap le. heheh.. tgh tunggu menu kami siap dimasak, my friend; hada sekeluarga pun sampai. sempat le kami borak2. hada nyer booking dlm kol 8pm. so....depa p solat maghrib dulu. aku pun, sambil nunggu menu yg diorder sampai, p le solat maghrib jugak dulu. surau mmg dekat2 situ je. senang! lepas mkn, terus balik bilik je. bebudak kecik 2 org tu dah meragam. tak sempat nak p cari hada and say babai.



utk ingatan, kalo nak mkn kat hm seri bagan sambil nengok sunset, kena dtg awal2. tak pun, buat booking (by phone). so, depa akan reserve meja yg kat atas pelantar...(ala2 terapung atas air). ops, better buat booking la. kalo dtg main terjah je, mmg penuh dah meja kat pelantar tu. macam aku hari tu, mmg tak booking. dtg situ....byk meja dah under reservation. so, dpt meja yg kat ceruk. tak kisah le. kitorg dtg kali ni pun saja nak mkn seafood yg fresh gituk.






pagi ahad...p main air kat pantai. pasir dia halus dari pasir kat teluk batik. cuma nye...pasir dia tak putih la. pantai pun tak secantik pantai kat pahang/ terengganu nun. lepas main air...p sarap kat restoran tepi2 pantai tu. pekena roti canai telur (tak best..), nasi lemak (pun tak best. sambal manissss!!).. air teh tarik, milo tarik, nescafe tarik. ..tambah dgn karipap 3 ketul (singgit). balik bilik, mandi...kemas2...terus check out. gitu le seada nye di bagan lalang....





*Iman dan Afiq Khair terlena masa on d'way balik dari Bagan Lalang. kami terus ke hospital Klang, melawat Pana (adik ABANG). kena demam denggi.

*gambo makanan ada snap. tapi guna kamera. tak leh nak upload lak kat pc opis ni. maka nye, gambo2 yg ada dlm henset je le yg aku pamerkan nih..

*selamat berhujung minggu!! esok aku ada perjumpaan dgn cikgu kat sekolah Iman.

Labels: , ,

Thursday, February 18, 2010

Inspirasi Lissa’s GiveawaY

Aku selalu baca kat blog member...Izan ngan zali yg rajin join online contest. hari ni aku cuba surf mana2 blog..mana2 website ntah...pastu terjumpa le http://malaysianonlinebabyshops.blogspot.com/ .



dari situ, aku dok masuk link2 yg terdpt kat dlm tu sbb kat situ ada pelbagai online shop le pulak. syok jamu mata kat 'kedai-kedai' tu. barang2 baby yg m'buatkan aku teruja. cuci mata gituk. anyway, aku jumpa ini :-



Inspirasi Lissa’s GiveawaY



Untuk join, mudah aje kata nye...



1) Buat entry mengenai Inspirasi Lissa’s GiveawaY di blog anda. bagi yg takde blog, tulis le kat 'Status Update' di Facebook anda mengenai Inspirasi Lissa's blogshop.



2) Link-kan blog Inspirasi Lissa ke dalam bloglist anda
- http://inspirasilissa.blogspot.com/
- http://dunialissa.blogspot.com/


3) Jadi blog follower atau kalo takde blog, sign sebagai Facebook Fan kepada Inspirasi Lissa.



4) Email kepada Inspirasi Lissa blog/website anda, atau Facebook profile anda kepada marhoneybee@gmail.com dengan title ‘GiveawaY’.



Pemenang bertuah akan dipilih secara rawak gituk, dan akan menerima hadiah. Hadiah2 adalah berupa barangan bayi dan pashmina :-)



PS: aku ni, ini le 1st time gatal dok join online contest cenggini. anyway, sila layari website Inspirasi Lissa di http://inspirasilissa.blogspot.com/2010/02/inspirasi-lissas-giveaway.html utk tahu lebih lanjut nye ye...

Labels:

Wednesday, February 17, 2010

Mood Cuti



4 hari cuti...sabtu-selasa (semalam), sempena CNY, hari ni masuk keje..membuatkan kepala otakku blank saja. tak larat nak pikir byk. buat keje pun takde mood, tapi harus jugak ku selesaikan apa yg patut. jln nak p keje lengang. syok memandu tanpa jem macam selalu. opis pun senyap sunyi. syok jugak, tenang aje. deringan telefon pun, cuma ada sekali aje dalam sehari ni. maka nye, hari ni aku macam jadi org bisu. tak byk cakap.




aduih, kepala pun pening. tekak pun sakit. harap2 tak berpanjangan sakitku ini. aku pulun minum air sebanyak mungkin. naik kembung perut ku dgn air. byk kali juga ulang alik ke toilet. huhuhu...




cuti 4 hari, kami lepak di kampung. bertolak keluar dari putra heights dlm kol 1.30 am, sabtu 13 feb. aku senang sgt kalo keluar memulakan perjalanan balik ke kg, atau balik ke sini dari kg pada waktu mlm. tak panas. tak sibuk sgt dgn kerenah anak2. lagi2 kalo bertolak jam 12 tgh mlm ke atas. anak2 dah tentu sdg lena tido. kami angkat je semua nye masuk ke kereta. anak2 lena, senang aku dan ABANG nak pack, kemas brg2 dan angkut ke dlm kereta. tenang. balik ke putra heights pulak, kami bertolak dari kg mlm tadi dekat kol 10pm. alhamdulillah selamat balik kg, dan selamat pulang ke sini. perjalanan pun tak jem.




bahagia bila dpt balik kg..jumpa mak abah...adik beradik...sedara mara. duduk berkumpul reramai, gossip pelbagai kisah, masak bersama sama, makan hidang beramai ramai...meriah sangat. paling bahagia bila anak2 seronok bermain dgn sepupu2 mereka. berlari ke sana sini... terlompat..terjerit keriangan. tak kurang juga, ada yg bergaduh sbb berebut mainan dan ter-over gurau..sampai ada yg terjatuh atau terhantuk kepala. huhuhu... tapi, kejap je nangis, kang tak lama...mereka berbaik dan main bersama semula. macam takde apa2.
Afiq Khair, tgh hari semlm kat kg. ABANG suruh baring sambil nyusu, dia tanak baring. dok le menonggeng kat kerusi ni sampai tertido. rerupa nye kat b*nt*t ada 'hasil'. ahahha.. terus aku dan ABANG angkat dia utk cuci kat bilik air. tapi elok je dia pejam mata dan sambung tido!






aku dan adik2 aku, sempat buat plan..balik kg kali ni, nak masak laksa bersama sama. alhamdulillah menjadi. cuma nye, kuah laksa macam ada je yg kureng. entah apa yg kureng rasa. belacan? asam? wallahu'alam. yg penting, kami puas hati sbb dpt masak dan mkn laksa bersama sama.




Asha Zahra dah 7 bulan. dah mula kenal org. kat kg, masing2 geram nak dukong dia. tapi kecewa sbb kejap aje dia nak didukong, kang mula la melalak nangis. nak dengan aku semula. anak aku yg sorang ni, mmg lain la. dgn abah nye pun tak berapa nak didukong. aku nak mandi, solat pun payah. meraung raung le dia nak jugak aku yg amik dia. ABANG dukong, pujuk2 pun takmo. bila aku amik dia, nanti dia akan tersengeh lebar... ish, geram sungguh!

Asha Zahra sgt geram dgn epal yg berwarna merah cantik ni. hihihi...

Labels: , , ,

Monday, February 08, 2010

Kampung

Sabtu 6 feb, ABANG ada keje kat opis di Teluk Intan. aku amik kesempatan, sbb ABANG on d'way ke Teluk Intan, boleh lalu kg..maka nye aku dan anak2 lepak2 la kat kg sementara ABANG p keje tu. pagi sabtu, dlm kol 8 setgh pagi keluar rumah, kami sampai kat kg aku dekat kol 10 setgh. lepas turunkan kami anak beranak beserta barang2, ABANG terus p keje ke Teluk Intan.


aku tengok, byk perubahan kat kg. Rumah nenek dlm proses pengubahsuaian. semakin membesar dan besar. kat area belakang umah nenek dan umah angah andung pun, pokok2 kelapa abis ditebang. jadi lapang. dengar nye angah imat nak dirikan 'rumah burung'. nak bisnes sarang burung. erk???? dekat dgn kawasan org tinggal. nanti bising dgn suara burung. mesti org kg akan marah. mengganggu. emmmm..entah le apa yg difikirkan oleh diorg yg 'kaki' bisnes ni. buat bisnes mmg bagus. tapi, nampak nye..tempat nye tu tak sesuai. tolong lah!!


sampai kg, macam biasa aku akan ke dapur, menjenguk apa ada di dlm tudung saji. ehehhe.. ada byk nasi lemak bungkus. Abah tahu yg Iman suka sgt dgn nasi lemak kedai yg sedap tu. tiap kali kami balik kg, abah tak lupa nak belikan nasi lemak tu. aku pun suka. sekarang dah naik rege. 70 sen sebungkus. iman mkn sebungkus. afiq khair mkn separuh bungkus dan dihabiskan oleh mak. aku pulak mkn sebungkus. lunch time, mak masak ayam masak kicap. ada ulam timun dan kacang botol. aku tengok ada sebungkus lagi nasi lemak. maka nye yg sebungkus tu, aku dgn mak mkn share...sambil tu mkn gak nasi dan lauk2 yg mak sediakan.


iman dgn afiq khair leka tgk tv. layan astro. maklum le, kat umah kami sendiri takde astro. so, balik kg le lepaskan gian utk nonton astro. cerita kartun aje pilihan diorg. dlm kol 2pm, ABANG dah balik. ptg lepas asar, aku ajak ABANG jalan2 ke pasar mlm kat pekan Pasir Panjang. beli pau kaya, pau ayam, pau kacang merah, pecal (mmg pilihan dan kegemaran aku!!), kebab (ABANG yg nak), ayam percik, kopok leko (pilihan Iman), iwak gereh (ikan masin) utk aku bawak balik ke putra heights sebagai stok kat umah. tiap kali p pasar pasir pjg, aku slalu beli pau lebih utk kasi kat nenek. aku tak tau le nenek suka ke idak. tapi, sekarang nenek bukan nye boleh mkn makanan yg keras2. so, makanan yg lembut2 je yg dia boleh mkn.


ahad, pagi tu mak dgn abah sibuk membelah kelapa muda. ABANG pun membantu. seronok betul. puas hati dpt minum dan mkn kelapa muda yg sedap dan banyak gitu. kelapa muda hasil dari penebangan pokok2 kelapa kat belakang umah nenek. mak, angah andung, busu ipah pun amik kesempatan mengumpul daun kelapa utk amik lidi nye, buat penyapu. dekat kol 12 tgh hari, aku bertolak balik ke putra heights. mak sempat masakkan kari buah nanas. macam masak pajeri, cuma nye takde kerisik je le. sedap! mak tapaukan seperiuk kecik kari nanas, nasi, ayam masak kicap, dan 2 cawan air kelapa!!! syok nye...alahmdulillah.


aku serba salah juga. balik kg pun, tak berapa menolong keje2 rumah. sibuk dgn anak2 yg pelbagai ragam. asha zahra dah mula kenal org. tak berapa nak dgn org lain dah. asyik nak melekat dgn aku je... mmg terkilan. tiap kali balik kg, aku tak berapa membantu langsung keje2 rumah. kesian mak.


tapi, aku seronok sgt kalo dpt balik kg. balik kali ni, tak balik ke kg ABANG pun. hujung minggu ni, coti raya cina...insya-ALLAH akan ke kg sabak. coti raya cina agak pjg. sabtu sampai selasa. so, adik beradik ramai yg akan balik kg. meriah la!! huh...jalan raya pun sibuk la jugak nanti. jem!!

asha zahra...suka sgt masukkan benda ke dlm mulut. tu, tgh nak hisap botol gam nenek nye..!

Labels: , ,

Friday, February 05, 2010

Matikan kuman2

Di suatu pagi, sedang aku, ABANG n Iman kat dlm bilik bersiap2 lepas mandi. aku n ABANG bersiap utk p keje n Iman akan ke neseri dgn adik2 nye.
ABAH: Iman, ni abah bubuhkan ubat ni kat luka tu supaya dia matikan kuman2.
(ABANG terus sapukan Dettol Antiseptik Cream ke lutut Iman yg luka akibat terjatuh kat depan neseri masa nak naik van ke sekolah).

Iman: macam mana dia matikan kuman2?

Mama: Guna pedang.

ABAH: a ah. guna pedang. (sambil gelak2 kecil).

Iman: owh. macam ultraman lawan raksasa tu. dia lawan lawan. guna pedang sampai mati. pastu dia potong-potong kuman sampai jadi kecik..pastu dia mkn kuman2. pastu kuman pun takde lah kan?!!!

kekkekeke...
ni, gambar kat SACC mall. hujung minggu bila ntah. kat situ ada lak pelbagai kereta dan moto mainan yg boleh ditunggang. tapi, kena bayar la. 10 minit kena RM5 kot tak silap. so, Iman n Afiq Khair pun tak lepaskan peluang utk ronda2 naik "kereta idaman". tapi, sbb Afiq Khair tak reti lagi nak control pemanduan, maka nye abang Iman nye la yg "control" guna remote sambil di-monitor dek ABANG.

baju kurung 2 pasang. kain yo-yo. beli kat PKNS shah alam, masa coti p jalan2 dating berdua jek dgn ABANG di suatu hari yg org lain bekerja. :-)

Labels: , , ,