Puasa Jadi Alasan?!
sekarang ni..sejak Iman dah tahu bahawa yg puasa itu ialah tak boleh mkn dan tak boleh minum... dia dah pandai suka2 hati je gunakan alasan berpuasa tu, utk tanak makan bila disuruh mkn! hari tu, masa aku dan ABANG dok berbuka puasa.. ajak le Iman mkn sekali. then, Iman kata, "Iman puasa la mama." hot betul aku dgn ABANG. bila dia tanak mkn je... mula la, "Iman puasa la..". kami pun terangkan la, kalo malam...kena mkn. tak boleh puasa. siang aje yg boleh puasa! tang tu, dia tanak terima.
Iman mmg tak berapa suka nak mkn. seronok le dia kalo org suruh berpuasa. cuma, susu je yg tak boleh tinggal. kadang tu, ikut mood dia jugak. kalo time nak mkn tu, aku cepat2 sediakan apa yg dia nak mkn. nasi dgn serunding ke, nasi dgn ikan/ayam dan carrot ke, roti coklat ke. kalo lambat2 sediakan, nanti macam terbang je mood dan selera dia. sat aje, terus dia kata tanak mkn. jenuh aku & ABANG memaksa dia mkn!!
Afiq Khair pulak, pantang nampak kita sibuk2 kat meja mkn tu. pantang nampak kita dok mengunyah sesuatu..sibuk le dia dtg dekat. nak mintak disuap jugak. kalo lambat menyuapkan kat mulut dia, mesti terjerit jerit le dia. teruk betul. macam kelaparan sgt! ish ish...gigi, dah ada 2 btg kat atas, 2 btg kat bwh. ni, ada nampak gak sebtg lagi bakal muncul kat bahagian atas tu. hari cuti, kalo sempat, aku masakkan jugak le bubur nasi utk Afiq Khair. tapi, dah berapa minggu ni, tak sempat pun! just masak nasi lembik2 sket..campurkan dgn sup, berlaukkan ikan/ayam bersama carrot/sayur2 yg ada...dan lenyek2 sket sebelum suap ke mulut Afiq Khair. nyum nyum...mulut mengunyah sambil berbunyi bunyi dia! bulan puasa ni, selalu gak Afiq Khair join aku & ABANG bersahur. time kitorg sibuk2 nak mkn, dia pun sibuk bangun..merengek rengek.at last, aku cepung dia sekali ke meja mkn. suapkan gak le nasi kat dia. ehehhe.. baru senyap. lepas mkn, dia sibuk nak mimik, then..terus le tertidur. kami hantar p neseri pun, siap lena sungguh. tak terjaga pun!
Afiq Khair..sejak masuk usia 7 bln gitu..dah kenal org. so, kalo dgn org yg jarang dia nampak, mmg dia nangis2 tanak dekat/ didukong oleh org tu. termasuk le atuk dan nenek dia. huhuhu.. tapi, kalo org tu ada makanan, kasi dia mkn...dia tak keysah pun! dok je la dgn org tu sambil mengunyah. kalo makanan nye abis, baru dia melalak lalak menangis...kalo takde mama/abah dia kat sebelah. ahahhh..
raya nanti, sure Afiq Khair sibuk2 jugak..bila tgk org mkn2 nanti!
Labels: Afiq Khair, Iman
2 Comments:
Noora, ni memang symptom...bebudak..my nephews tiga tiga pun macam tu... kena paksa...
tu la kan...tapi, tengok sepupu2 dia, semua yg ada selera mkn!! eheh..jenuh paksa Iman makan..
Post a Comment
<< Home