Dah Pergi Kota Bharu.
salam!
halo....aku dan keluarga dah selamat p dan balik dari Kota Bharu (KB). best! lebih kurang macam ni la...
sabtu, 30/8/2008.
kol 4am aku dah bangun. siap2 semua. dlm kol 4.30am...aku dan ABANG bangunkan anak2. mandikan diorg dgn air suam. kol 5am, teksi yg kitorg tempah melalui sorang kenalan aku, dtg amik kitorg. p Subang airport , kena charge rm45 dek teksi tu. ok la... terus check in beg. then, kami p solat subuh kat surau airport. ish...berbeza beno subang airport yg aku tau dulu2...dgn yg ada sekarang ni. errkk...
kol 6.30am camtu....dah masuk balai berlepas...flight dlm kol 6.50am. sampai kat KB dlm kol 8am. terus breakfast kat airport. aku amik mee grg, kuih apa tah ek..manis2, kaler kuning gituk...kuih tu seketul, air oren. ABANG lak amik nasi lemak dan air teh tarik kot? semua2 tu kena rm12?!! mahal seh.
lepas tu, p kat kaunter kereta sewa yg ada kat airport tu, company HAWK sdn bhd. sewa kereta Proton Saga Baru..masa dlm 24 jam ++ gitu...kena charge rm140. aku p beli peta negeri Kelantan, utk panduan perjalanan kami. lepas tu, terus drive p Pengkalan Kubur. niat di hati nak p beli toto Narita. (ish ish...macam le kat Selangor takde narita ek..?) dpt le, Narita rm37, dgn toto Yuri rm34. Iman lak sambar mainan ultraman. masa sampai Pengkalan Kubur..jam baru kol 9.30am lebih. senang dpt parking. lepas puas ronda2 kat situ, kitorg pun nak keluar balik ke arah KB. time dah kol 12.30pm..panas terik. nak keluarkan kereta payah la pulok sbb ada org park kereta kat belakang kereta kami. double park gitu. kena la tunggu org tu keluar...dah dpt keluar, lega! jln kat KB jem la pulak. jem giler. kami dijemput lunch kat umah member lama. Cikli, kwn aku & ABANG..sama sekelas masa kat SAMT bt 38 dulu. kebetulan kuarters hospital yg cikli duduk tu, betul2 belakang hotel New Pacific yg akan kami stay tu. pusing punya pusing, sampai gak la kat umah cikli. sebelum kol 2pm.
aduh...lama tak jumpa cikli. dia, dgn suami dia...laki bini doktor. dpt mkn best la pulak kat situ. nasi dgn lauk tomyam, ikan bawal masak masam manis (kot?), sotong grg tepung, kacang botol diulam, budu+tempoyak+cili padi. sedap nye...alhamdulillah. moga cikli sekeluarga dimurahkan rezeqi lagi!! anak dah 3, minah tu!! lepas mkn...punya le seronok beborak. ehhehe.. lepas kol 3pm, aku dan keluarga pun bertolak ke hotel. check in...solat, landing2 dan tertidur. dlm kol 5pm..kami keluar ke Pantai PCB. main air. Iman seronok sgt main air. siap nak buka baju nak mandi. tapi mama dia tak bawak baju spare dan towel ke pantai, tu yg pujuk2 Iman..takyah la mandi. main kat tepi2 gitu2 je le. basah2kan kaki jek. alhamdulillah Iman good boy. mkn dek pujuk. heheh.. then, mkn kopok leko kat tepi pantai tu. punya le lama nunggu kopok leko tu dtg. lamaaaaa sgt! abis mkn pun dah nak masuk maghrib. terus balik ke hotel. on d'way, singgah kat 1 kilang kopok leko. beli kopok leko rm10 utk setiap 4 btg. pastu kopok ikan lak..rm10 utk setiap 4 bungkus (depends pada berat setiap pek..). tanya kat makcik owner kilang kopok tu, nak mkn nasi dagang yg best kat mana? dia tunjuk le restoran yg jaraknye tak jauh dari situ. mmg sedap kat situ, kata nye. tapi, zannen da wa. (kecewa nye..). org kelantan mkn nasi dagang waktu pagi. breakfast. kalo mlm, takde...kata nye. owh eh???? huhuhu...
terus le kami balik hotel, mandi2...solat...terus keluar semula. hamboi mak...jln jem le. semua org keluar umah ke ek? p pekan KB. aduh..jem giler. dgn bebudak muda yg berbasikal, bermotor..siap usung bendera malaysia. owh, mungkin depa nak nunggu ambang merdeka kat stadium tu kot?
sampai kat pekan KB, dgr dari jauh cam meriah je kat Gelanggang Seni tu. kitorg pun p le panjang2kan langkah kaki ke sana. owh, ada persembahan kebudayaan. tak tau le sempena apa. kat dewan tu ada kain rentang.. "Hari Karnival Usahawan".. mlm tu, kami layan dikir barat le, nyanyian memacam lagi, diiringi alat2 muzik tradisional. terhibur gak!! lagi2 tgk pemukul gendang tu, sambil pukul gendang...dia dok melenggang lenggangkan punggung dan badan, berjoget joget gitu. lawak sungguh.. abis persembahan, kami terus blah p food court yg dekat2 situ. kat situ pun jem dgn manusia. penuh. aku amik nasi grg kerabu, sup ayam, ABANG amik nasi grg daging merah. emmm...rasa nye biasa2 jek. tapi, nasi grg kerabu tu...agak sedap le.
lepas mkn...1 hal la lagi..nak meredah jln yg penuh dgn manusia yg berbasikal, bermotor, berkereta tu. aduh..depa memeriahkan jln. kami kat dlm kereta ni, dok tertanya tanya...apa org dok buat ek..sbb sepjg jln kat area pekan KB tu...ada je org dok berderet lepak2 kat tepi2 jln tu. mungkin nunggu hanabi (bunga api) kot, yg akan dilepaskan dlm kol 12mlm tu. mlm tu, kami drive..ronda2 pekan KB..pegi gak la ke area yg banyak jenis muzium tu. just drive pusing2 gituk. terus balik ke hotel. anak2 dah tertido kat dlm kereta. kat depan dan tepi2 hotel New Pacific tu pun, penuh dgn org dan kereta. diorg dok tunggu hanabi gak la kot sbb memasing dok dongak2 pandang langit. kitorg tunggu gak la...tapi, tak nampak pun hanabi nye. sbb dah maleh nak nunggu lama..terus je le kami naik hotel.
Ahad, 31/8/2008. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
bangun pagi. mandi siap2...terus turun breakfast kat hotel. ada mihun grg, nasi kerabu, daging bakar dgn sambal tumis (sgt yummy!!!), pelbagai jenis roti, koko crunch, buah nanas & tembikai, scramble egg, baked beans..
masa tu, dah bermula perarakan kemerdekaan. diorg mmg lalu betul2 depan hotel New Pacific tu, menuju ke stadium. syok la kami...especially Iman. dok nengok pelbagai gaya, kumpulan org2 yg join perarakan tu.
dlm kol 10am...kami check out hotel. p drive ke airport. sambil tu..sempat gak drive terus ke pantai Sabak. zaman perang dulu, kan tentera Jepun dok turun masuk ke tanah melayu ni melalui Pantai Sabak ni.. ronda area situ, then..terus ke airport. kol 11am, janji utk pulangkan kereta sewa tu. lepas tu, terus check in brg2 kat airport, dan meronda airport pulak. flight kol 12.40pm. cuaca tak berapa elok masa tu. berawan. flight pun asyok dok goyang2 je. anyway, alhamdulillah...selamat gak kami mendarat kat subang airport tu. lepas solat kat airport, p byr tiket teksi kat airport tu. kena rm32 utk teksi sampai ke Putra Heights.
emm..alhamdulillah..selamat pegi dan balik kami ke KB. overall...sgt seronok jln2 kat KB. tapi, mmg la...kalo sehari je mana cukup nak ronda semua kat sana. ok la tu. tujuan kali ni nak ke KB just cari mkn yg best, dan nak kenalkan Iman dgn kapal terbang. sebenarnye Iman dah pernah naik flight masa umur sethn..p sarawak sempena konvo my sister; Ida kat UNIMAS dulu. tapi, yg tu, langsung takde dlm ingatan Iman. aku dok kata...Iman pernah naik aeroplane. tapi, beria Iman kata...Iman tak pernah naik!! huhuhu..kali ni, Iman puas hati le tu. dah dpt naik aeroplane. dpt dok hotel yg sgt best!! dpt main air kat pantai.. aku & ABANG pun happy sgt bila tgk anak2 enjoy macam tu. cuma...kami tak sempat nak merasa laksam, nasi dagang dan laksa kelantan je le. ehehhe..len kali ne. insya-ALLAH.
8 Comments:
oh oh best ek jalan2 makan kat KB? KB mmg best! makan pun mcm2 ada. awat g pengkalan kubur? jauh nooo... gi kat pasar borong wakaf che yeh (hala balik ke KL) pun dapat harga toto mcm tuh.
lama dah mama x ke sana...mesti bk perubahan kan.
bestnya jalan-jalan....kalau anak-anak tak meragam memang syok le...kalau depa start buat perangai tu yg tak bestnya.
lepas ni nak kemana plak cik ume..hihi..
ludy,
tu le, mmg awal2 ada niat nak p pengkalan kubur. pastu, mlm tu nak p wakaf che yeh le konon. tapi tak jumpa sign board, arah mana nak tuju. then, takpe le. ehheh.. KB mmg best le!
mama rangie,
ume last p KB pada thn 2002 kot. tu pun, perasan..byk gak perubahan nye!
k.maisya,
alhamdulillah..anak2 ok. mood baik je semua. best p jln2. ehheh..
yan sinaran..
lepas ni, mmm...ada hati nak p sabah pulak. tengok le macam mana. kumpul duit dulu :)
Dah selamat yerk berjalan ke KB.
Dapat p ngan family, tu yg tambah seronokkan. Tambah lg ada budak2.
Tingin pulak nak ryouko ni.. hihihi
wah,
yep! dah selamat p dan balik dari KB. mmg seronok p jln2 dgn family. Mr.T tak nampak pun berlari-lari kat pekan tu. ekekke.. p le ryouko wah. sekali sekala ubah angin..
hai kalau nak kereta sewa dengan free delivery di airport kota bharu boleh lihat disini. http://www.keretasewakotabharu.com/2015/01/kereta-sewa-banjir.html
Post a Comment
<< Home