Friday, March 28, 2008

Esok coti,yeay!




alhamdulillah ada usia lagi aku utk menyedut udara pada hari ini. sejak kebelakangan ni, rasa malaaaaas je. penat pun ada, badan pun sakit2 mungkin gara2 dok mengiring sana, mengiring sini utk menyusukan Afiq Khair.


si kecik ku yg comel tu, dah hampir 6 bln usia nye. minggu depan lah, masuk 6 bln. makin kuat menyusu. sudah pandai menyibuk bila nampak kita sedang mkn atau menyuap makanan ke dlm mulut. mula la dia sibuk nak capai makanan tu dari tgn kita. owh, dah ada tanda yg Afiq Khair ni nak mkn. aku belum kasik dia mkn apa2. just susu aje. esok atau ahad ni, aku ingat nak pegi membeli lah makanan utk Afiq Khair. beli nestum utk bekalan Afiq khair kat school. dan, bila weekend, aku dah boleh mula memasak bubur utk Afiq Khair. Afiq Khair juga semakin ligat dan laju merayap sana sini. dgn meniarap nye, laju aje dia maju ke depan. tak pun golek2 ,meniarap, telentang,meniarap, telentang.. ahahha.. pantang nampak surat khabar atau majalah, laju aje dia maju ke depan utk mengejar. pastu, di konyok2 sambil disuakan ke mulut nye. ish ish.. semua benda yg dpt ke tgn, sedap di hisap hisap nye!!

Iman pulak...dah 4 thn. pandai menyakat adik dia. kekadang tu, si adik sdg lena tertidur. kang dtg Iman, dok usik, "adik Afiq...bangun lah!!" aduih la hai. mmg payah Afiq Khair tu nak lena. paling seronok kalo diorg berdua tu bergurau senda. ntah apa la yg diguraukan..kekadang terkekek-kekek diorg berdua. macam paham2 aje adik dgn apa yg abang dia kata. abang pun, macam tau2 aje apa yg adik tu kelakarkan.

salah satu lagu Iman yg belajar dari sekolah Nur Ummi.
Dalam 1 minggu ada 7 hari
5 hari sekolah, 2 hari cuti
isnin selasa rabu khamis
jumaat sabtu ahad
cuti!

monday tuesday wednesday thursday
friday saturday sunday
holiday
(2X)-dgn suara yg kuat sambil melompat...

hamboi...

Labels: , ,

2 Comments:

At Sun Mar 30, 05:14:00 PM, Blogger -akuni- said...

Umeboshi!
Lama dah saya tak mari ke sini.
Saya dah tukar nick dan url: kularilari.blogspot.com

Geram nyer tengok baby!

From Ni, previously writing in sejenak di hari ini

 
At Mon Mar 31, 09:28:00 AM, Blogger umeboshi said...

owh..k.ahni,
lama tak baca celoteh akak. nanti kiter p jenguk ke 'rumah' baru k.ahni tu eh..

ada hati nak ada baby sendiri ke? ahaks!!!

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home