Bad News
view dari tingkap opis.
yg ada nampak tingkap sket kat ujung sebelah kanan tu, tu bilik Mr TM. yg ada laptop, cawan dan tray 2 tingkat tu le meja aku!!
tu yg masa tu aku dah mmg ada selsema dan demam.. terus makin teruk demam aku..batuk aku. esok nye (khamis)...down habis dan aku amik coti sbb demam. (aku tak pernah dpt MC, walau pun tgh demam teruk p jumpa doktor. agak nye muka aku ni ceria je nampak nye kot?! ekkeke.. MC pun sbb cuti bersalin aje!! aku jenis tak reti la nak mintak2 MC kat doktor tu. kalo tak dpt MC, aku apply aje le annual leave. abis cerita..).
semalam pulak, baru le Mr TM panggil staff bahagian production, naik atas utk meeting. so, dari rabu minggu lepas sampai semlm pagi...aku dgn Ms S kena simpan rahsia pasal bad news tu dari pengetahuan staff lain. sampai le Mr TM kasi tau sendiri dlm meeting pagi semlm. hari ni, secara rasmi nye aku dah fax surat, dan email kpd semua customer dan supplier. bg tau pasal penutupan company ni.
production akan still on sampai end MAY. production staff kena stay sampai end JUNE. aku dgn Ms S kena stay sampai end JULY. then....AUGUST aku dah patut ada keje baru. adoi!! kena cari keje lain loh... sabar je lah.
aku kena kuat utk hadapi semua ini. ni, dugaan besar jugak ni. insya-ALLAH rezqi sentiasa ada di mana mana, bila2 saja selagi kita rajin berusaha, yakin lillaahita'ala. tapi, hati aku mmg pilu je nih....
*sakit hati kat Mr TM pun ada. entah le... aku dan staff sini je yg tahu!