Wednesday, March 05, 2008

Iman dan Doraemon

Ptg Isnin, lepas balik dari school...aku dan anak2 lepak depan tv. Aku layan Iman buat homework- Bahasa Malaysia-berlatih menulis huruf "g" dan ada gambar gigi yang menunjukkan "g adalah untuk gigi". Tiba2, Iman bersuara. "mama, mama...nanti Iman nak tukar abah la. Iman nak mama N**r*(nama aku), tapi abah kiter, kiter nak abah Najah (anak sedara aku) lah!" emmm..? aku tertanya tanya. apa yg Iman nak sampaikan kat aku ni? tak paham lagi cerita dia. Iman sambung lagi.. "kiter nak mama n**r*. kiter tukar abah Najah. macam citer doremon.. Nobita kan tukar mama dgn pompuan sizuka tu. Nobita duduk dgn mama Sizuka...kejap aje. 1 hari aje tukar!" owh..baru aku dpt tangkap apa yang Iman nak sampaikan tu.



Sabtu baru2 ni, macam selalu kitorg akan layan citer Shin-Chan dan Doraemon kat NTV7. Sabtu tu, citer Doraemon ni mengisahkan yg Nobita, Shizuka dan Shinnyu kena marah dgn mama masing2. pastu masing2 luahkan perasaan, kata mama diorg kejam. Then, Doraemon kasi cadangan yg diorg ni guna alat apa ntah...utk bertukar mama dlm masa 1 hari 1 mlm. nanti masing2 akan dpt tau...mama sapa yg paling garang dan kejam. utk itu..nobita balik umah Shizuka, Shinnyu ke rumah nobita dan shizuka ke rumah shinnyu. tapi, bila balik ke 'rumah', mama masing2 minta maaf sbb over marah dan mama2 tu layan diorg dgn baik aje. so, the next day nobita ,shizuka dgn shinnyu berjumpa dan masing2 kata..."mama awak baik aje. tak garang pun!" kesimpulan nye...mama tu marah2 sbb dia sayang kan anak nye. bukan marah sbb benci. ehehhehe... rerupa nye Iman terpengaruh le tu dgn cerita doraemon tu. ingat nye kita boleh suka2 hati ke bertukar mama/papa.



Aku tanya Iman, "kalo Iman amik pak uda (abah kpd najah dan nabil), abis tu najah dgn nabil takde abah la. kesian diorg.. pastu, Iman nak letak abah R*f***n (nama ABANG) kat mana?" Iman kata, "takpe . abah R*f***n balik umah Najah. 1 hari je mama..." amboi amboi. "nanti abah R*f***n belikan mainan byk2 kat najah dgn nabil. hah, macam mana..?" pastu, Iman dok terkebil kebil, jeling2 aku sambil senyum2. owh, tau risau tang tu.



ok, abis citer pasal doraemon ek. ni,kisah semalam la pulak.

semalam, ABANG balik awal. dekat kol 7pm dah kat umah sbb mlm tu nak bawak Afiq Khair utk injection 5 bulan punya. (Afiq Khair sudah 5 bulan!!). Iman happy sgt sbb abah dia balik awal. tapi, "abah balik siang ke? nape tak balik malam.." ABANG kata, "kenapa pulak? suka abah balik malam ke?" "abah balik la malam.." aku sambung, "eh, elok le abah balik cepat2.."

lepas balik dari klinik, aku dgn anak2 je kat rumah. ABANG keluar semula...ke sec.27. ada ceramah sempena nak pilihanraya. memasing party politik sibuk nak mancing undi rakyat. saja je lah tu, ABANG nak join kemeriahan nye tu. kat rumah, aku temankan Iman ulangkaji bacaan dia. kejap tu OK. kejap tu..bila dah masuk kali ke3, ke4,ke5 kali ulangan...dah mula tunggang langgang bacaan nye.

mama mimi ami umi
umu mami ama ima
memo

Afiq Khair pulak..dlm keta on d'way balik dari klinik, dia dah terlena. sampai rumah pun lena terus. takde le aku sibuk2 nak kasi dia mkn ubat demam. tup tup.. terjaga dlm kol 5am tu sbb dengar Afiq Khair terbatuk-batuk pjg. kesian nye. hidung nye pun tersumbat. pastu bila aku pegang badan Afiq Khair, amboi! panas le! kena demam la pulak. terus aku amik towel kecik, basahkan dan letak kat dahi dia. kasi ubat demam. mimikkan dia. tapi, Afiq Khair tak berapa nak mimik. tido pun tanak dah. sampai ke pukul 6am pun Afiq Khair masih takmo tido. dia nampak macam tak selesa. aku tinggalkan je dia dgn ABANG dan aku pegi mandi siap2. bila aku nak solat subuh, baru le Afiq Khair nampak terlena. kesian anak mama...demam.

Iman dan ABANG pun, masih selsema dan batuk2. aku...sejak bangun pagi tadi sakit tekak. harap2, kami semua segera sihat cam selalu...

**aku nak sampaikan jemputan member rpkj x-3rd col...buih /asrulnizam. dia m'jemput kwn2 lama p kenduri kawin dia kat kulim pada 22/3/2008 ni. hari sabtu. aku insya-ALLAH akan pegi.


Labels: ,

7 Comments:

At Thu Mar 06, 12:02:00 PM, Blogger rudy bluehikari said...

moga cepat sembuh anak dan bapaknya. Maknyer kena kuat jgn smpi terjangkit. Tu sipijan tuh yg bawak virus ekekeke..balik malam2...Iman kena soh bapaknya balik awal2... ehehehe

 
At Thu Mar 06, 07:16:00 PM, Blogger pB said...

Paling tak selesa bila anak anak kecil diserang selsema.

Kesian ...
(mulut nganga jer)....

Harap Afiq cepat sembuh.


Ngundi mana sabtu nie???

 
At Fri Mar 07, 02:38:00 PM, Blogger aNIe said...

Hahaha...pengaruh Doraemon tu kuat...sampai nak tukar abah...sabau aje le bebudak ni...hehehe...cerdik dia...part kene beli mainan tu terus terbantut rancangan dia...

Semoga afiq & iman akan sembuh segera

 
At Fri Mar 07, 04:43:00 PM, Blogger umeboshi said...

rudy,
ni,diorg masih lagi selsema dan batuk. ehehhe..tu le, bapak e balik mlm selalu. alhamdulillah mama e still sihat lagi ni.

k.pb,
Afiq dah baik dari demam. tapi still selsema dan batuk2.kesian sungguh kan...kalo anak2 kecik/baby kena sakit nih. moga semua akan cepat sihat. mlm ni balik kg le, kami mengundi kat kg. ume kat sekinchan, ABANG kat sabak bernam.

k.lady,
betul.Iman selalu terpengaruh dgn tv. dia ingat..semua nye bleh sama dgn alam reality ni. huhu.. bab mainan, mmg Iman suka! semua nak. dia tau, abah dia baik hati...selalu belikan mainan. tu yg terkedu jap, kena pikir balik kot kalo nak tukau abah dia :) tenkiu. moga diorg tu cepat sihat hendaknye!

 
At Mon Mar 10, 01:34:00 PM, Blogger Maisya said...

tadika Iman guna buku Cahayaku tu ye...sama le dgn tadika anak akak...

kat rumah ni skrg anak-anak suka tgk anime Atashinchi ...tapi depa tengok yg dlm nihongo le sebab tengok yg dah didownload kat pc( kat rumah ni tak de tv )...depa dok terikut-ikut gak cakap nihongo...cute je bila dengar...tapi sebutan tu kekdang tak berapa betul.

 
At Wed Mar 12, 01:30:00 PM, Blogger umeboshi said...

k.maisya...owh, anak2 kita guna buku yg sama la ek kat tadika tu.
kat umah takde tv? mmg tanak beli tv ek? iman pun tgk Atashinchi, kat tv9. dah alih ke bahasa melayu. comel jek katun tu kan..

 
At Wed Mar 19, 07:10:00 PM, Blogger Maisya said...

setakat ni tadika anak akak dah cover hampir separuh buku 1 tu...

memang tak de perancangan utk beli tv...dah ada pc dan internet connection tu dah kira cukup dah.

 

Post a Comment

<< Home