Tuesday, March 20, 2007

Balik kg

17/03/2007, Sabtu
selepas siap kemas2 dan sarapan, kami keluar rumah dlm keadaan hujan lebat. dlm kol 9 setgh pagi. bertolak balik kg. dlm keta, cam biasa aku dan Iman duduk kat seat belakang. Iman dok menjauh dari aku sbb aku kebasahan dek hujan. walaupun berpayung nak masuk keta, tapi sbb ujan yg lebat, basah jugakla aku kena tempias hujan. Iman mmg jenis penggeli. kalo tgn sesapa basah, tak kisah lah sbb peluh ke, sbb air ke...Iman akan cepat2 cari kain lap utk kesat tgn dia, kalo dia terpegang tgn kita yg basah tu.

hujan mmg betul2 lebat. air naik ke atas jln kat area shah alam...kat2 sec 27,28,26 shah alam tu. jln nye jadi banjir gak la sikit. ada 2,3 buah keta terkandas. aku nampak, ada jugak van yg terkandas. kami dah risau.tapi, teruskan juga perjalanan. alhamdulillah sampai area kapar, ujan dah reda. kat kg, mak abah aku kata tak hujan pun. just mendung je. dlm kol nak dekat 11 setgh gitu sampai kat kg aku. adik2 aku, Baya dgn Diba dok sibuk tolong mak siapkan laksa. woh, tgh hari tu menu kami ialah laksa. hampir 2kg ikan kembung kami bersihkan sesama utk buat kuah laksa. lenguh2 pinggang. hehhe... tapi, aku tak bleh nak pulun mkn sesgt. sejak pregnant ni, mmg kena control jugak mkn. sbb takde selera....dan lagi, kalo terlebih mkn...kang muntah2 lak aku. semua mknan aku rasa cam tak sedap. tapi perut mmg sentiasa lapar! ntah la.

Diba pulak..lepas lunch gitu, dia sibuk membikin kek batik.ala...kek yg bahan2 nye guna biskut marie dgn serbuk milo tu! Diba mmg rajin buat kek batik. mak dan adik beradik aku yg lain semua puji kek batik dia sedap. aku je yg tak pernah merasa. so, ini kali pertama la aku nak rasa kek batik Diba. tapi, aisey mak! ntah apa silap nye, kek batik tu bila dikeluarkan dari peti sejuk, keras betul. mmg macam batu. tak bleh nak dihiris. dok korek2 dgn sudu pun, sudu nye jadi bengkok. frust betul diba. selama ni, dia buat tak pernah jadi camtu. elok, lembut je. so,kami biarkan je dulu kat suhu bilik.tak yah simpan dlm peti sejuk. bila agak ok, cuba dipotong. fullamak! rasa nye mmg sedap.tak manis sgt. cuma ada rasa sikit pahit. mungkin sbb Diba boh sikit serbuk koko. bila semua org kata rasa nye ok,sedap, baru le Diba puas hati. baru le dia mau senyum! peh...

tgh hari tu, time semua org baring, tido dan rehat...Iman syok betul berlari sana sini dgn Nabil (anak Baya). main berdua. riuh rendah. ptg lepas asar gitu Baya sekeluarga bertolak ke kg mentua nye pulak. kat Sabak. tinggal lah Iman main sorang2. lepas maghrib gitu, Iman mintak susu. "ngantuk la mama. nak tido". mmg betul! kasi aje susu, Iman minum sambil baring ngadap tv, kejap aje terus terlena dia. mmg letih betul la tu. puas bermain dgn Nabil. tido sampai esok pagi nye!

18/03/2007, Ahad
semlm, aku dok risau sbb Iman langsung tanak mkn nasi/laksa. minum susu je byk...dgn kuih donut dan kerepek ubi pedas. pagi ni, sarapan, Iman mau jamah nasi grg dgn ikan grg. lega hati aku. lepas sarapan dan siap2, kitorg pegi umah nenek dan umah angah ajis (pakcik aku, adik kpd abah) yg umah nye dekat depan umah aku aje. ziarah mereka kejap. then, terus aku,ABANG dan Iman bertolak ke Sabak, kg ABANG lak. singgah Sg Besar beli buah rambutan dgn anggur. kat kg Sabak, walaupun takde sesapa geng, Iman tetap ligat. atok dgn nenek nye kat sana pun rajin melayan Iman main bola la...main lawan2 ultraman vs raksasa la. memacam. Tgh hari tu, lama juga Iman lena.

Lepas asar, kami siap2 utk bertolak balik ke shah alam. tapi, cam selalu, kami akan singgah dulu kat kg aku. sebelum bertolak, mak ABANG kasikan aku 1 salinan doa utk diamalkan oleh ibu2 mengandung. mak kata, kebetulan mak baru je dpt doa tu 2,3 hari lalu masa pegi kelas ngaji kat masjid. terharu aku. terima kasih mak.

sampai sg besar, jln dah mula jem. byk keta. terus aku call Baya. dia dah kat Tg Karang. Baya bawak Diba sekali, utk dihantar ke asrama nye kat Tg Karang.Baya kata, kat sana mmg jem teruk. ABANG terus decided utk bertolak balik ke shah alam mlm tu je la. kami lepak2 dulu kat kg aku. sampai kg aku pun...dah nak kol 7pm. sampai2 je, aku yg pening kepala, dan tak sedap badan..terus je berbaring. rasa bersalah juga, sbb biarkan mak masak2 utk dinner sorang2. tapi aku betul2 tak larat. sorry ye mak ye..

lepas solat isya', dan dinner...hampir kol 10pm kami pun bertolak balik. Ingatkan Iman akan terus terlena bila naik keta.memandangkan dia begitu ligat bermain sepjg hari sampai ke mlm. tapi...dia masih sihat dan segar bugar aje. singgah kat petronas kuala s'gor, Iman mintak belikan ais krim dan air ribena. nak dekat Kapar gitu, baru lah Iman terlena. sampai kat rumah nak dekat kol 12pm dah. Iman mmg terus lena. memasing terus tido keletihan. otsukaresama!

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home