Tuesday, November 21, 2006

Cracker lapis/Murtabak cracker

Bahan-bahan:
1/2 peket Biskut lemak(cream cracker)
400gm daging hancur Ramly
2 biji kentang-didadu
1 btg carrot-didadu
1 biji bawang besar-didadu
1 peket kecil rempah kari
bawang merah, bawang putih
garam, gula
susu segar
marjerin
3 biji telur ayam-dikocok-kocok.
cheese mozarella (betul ke eja nye ni)

Cara-cara:
1. Daging+carrot+kentang+bawang besar ditumis dgn bwg2 dan serbuk kari. dijadikan macam inti karipap.
2. susun biskut lemak ke dlm loyang yg dah disapu sikit marjerin .
3. Tuangkan susu segar ke atas biskut. sikit saja, agar biskut basah. (kalau suka rangup, takyah tuang susu pun ok..)
4. letakkan inti daging yg telah dimasak tadi. susun rata ke atas biskut. Padat2.
5. ulang langkah 2-4 hingga loyang penuh, atau ikut suka nak banyak mana/tinggi mana.
6. tuangkan telur ke atas biskut. bakar dlm oven yg telah dipanaskan , dgn suhu 160 darjah Celcius, selama 30-40 minit.
7. kemudian keluarkan cracker lapis tu dari oven, taburkan cheese, dan sambung bakar lagi selama 10 minit.
8. lepas siap bakar, taburkan daun sup/ bawang goreng/ cili merah utk hiasan. boleh mkn begitu saja atau dicicah dgn sos cili. Amat digemari oleh kanak2...

Labels:

1 Comments:

At Thu Nov 23, 04:58:00 PM, Blogger PuteriSatu said...

salam perkenalan....tima kasih datang melawat blog saya...

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home