lalu, mulut aku pun jadi celupar...
Petang Rabu baru2 ni, macam biasa aku berjalan menuju ke pondok hentian bas selepas habis waktu kerja. sedang aku berjalan, aku nampak ada satu lori ni yg dipandu laju betul2 menghala ke arah aku. aku betul2 gabra dan secara spontan aku melompat ke tepi jln. Aku memang dah berjalan kat tepi jln, tapi sebab utk mengelak dari dilanggar lori tu, aku terpaksa mengelak lagi ke tepi dan tersandar di tepi besi penghadang jalan. dalam hati, kalo lori tu akan melanggar aku juga, pasrah saja lah. Time tu jugak lori tu sempat mengelak ke tepi betul2 kat depan aku dan aku terlihat lah pemandu lori dan co-pilot nye sedang gelak2 kan aku. chesss! baru aku sedar, yg mereka ni nak mengacau aku. nak menakut-nakutkan aku.
masa tu jugak terus mulut aku terungkapkan "bodoh!" sambil angkat tangan macam nak tampar je diorg tu. diorg terus memecut laju lori sambil bunyikan hon. aku jerit sekali lagi "bodoooooh!!". ha...kena 2 ketul ba wau dal wau ha. geram sungguh aku. apa yg diorg dpt dgn mengacau org macam tu? sambil menyambung perjalanan aku, dlm hati penuh dgn sumpah seranah. degupan jantung masih berdegup kencang dan tgn masih sejuk2 gitu. gara2 rasa takut akan dilanggar dan kemudian rasa amarah yg amat tadi. tiba2, timbul rasa menyesal. kenapa lah kerana 'org sewel' macam tu pun aku jadi lupa diri dan mulut pun jadi celupar. selama ni aku betul2 jaga mulut ni dari melemparkan perkataan 'bodoh' dan sewaktu dgn nye kpd org lain. tak mahu aku mengata 'bodoh' depan2 org tu. tapi, dek kerana 2 org sewel tu, aku jadi macam tu. ish... terus aku istighfar byk2. menyesal sungguh.
sejak kecil...mak abah aku selalu pesan kat kitorg, jgn biasa2 dan senang2 sebut 'bodoh' kat org. lagi satu yg paling teruk...'ba alif ba ya' tu. aku paling ingat, ada sepupu sepupu aku yg kalau bergaduh, suka sebut ' ba alif ba ya'. mak aku siap cakap kat kitorg adik beradik, jgn ikut2 sebut benda tu. tak elok. sampaikan kalo borak2 biasa ke, nak menyebut perkataan 'babi' pun jadi takut. selalu kitorg sebut 'ba alif ba ya' aje. dulu, satu masa...di zaman masih kecik2 gitu...salah seorg adik aku, sambil gaduh2 dan menangis tu..mulutnye dok sebut2 'bodoh'. kebetulan mak aku tgh menumbuk sambal kat lesung batu. byk kali mak aku kata, kalo sebut2 jugak lagi perkataan tu, akan dia suapkan sambal ke mulutnye. adik aku masih sebut2 lagi. terus mak aku angkat anak lesung yg ada sambal tu dan suakan ke mulut adik aku tu. hohoho... apa lagi, terus meraung sekuat hati adik aku tu. ahahahhaa.. kepedasan gituk!
anyway, sekadar nak mengingatkan diri ini. jgn senang2 nak menyebut perkataan yg tak elok . lagi2 ditujukan kat org. dah jadi mama ni, kalo boleh nak tuturkan kata2 yg baik2 saja. biar jadi doa yg baik2. emm...boleh ke? kadang2 terpacul juga dari mulut ni.. "eee, bodoh nye org tu buat keje tak senonoh macam tu." atau.. "baaaaka betul lah org tu..". ish ish..
Labels: Aku
4 Comments:
itu dikira sbg impak tanpa kawalan..tetiba tersebut BODOH. ekekekeekek...lexla noora..bukan sengaja...:)
owh..impak tanpa kawalan ek. emm..spontan gitu kan!
terkena sekali adik cik ume tu yerk...ahakhakhak...
itu la..padah tak dengar kata mak! misa la tu,hada! dulu2 dia ciwek+nakal. sekang mmg boleh harap.ehhe
Post a Comment
<< Home