Thursday, November 09, 2006

Matahari

Pagi tadi, on the way nak p keje, kat dlm keta. Aku tengok matahari pagi tadi yg mula nak naik, cantik sangat rupa nye. bersinar cantik, terang, kemerah merahan. Subhanallah!! Alhamdulillah. Aku, mmg suka sgt memerhatikan langit, matahari, bulan dan bintang.

Aku: Abang, tengok tu. (sambil tgn menuding arah matahari pagi yg cantik tu.)
ABANG: emm.
Aku: Cantiknye...
ABANG: emm..merah terang.
Aku: Ingat tak. dulu2 masa kecik2, kalo lukis tu, selalu lukis gunung2, pastu ada matahari kat sebalik gunung2 tu.
ABANG: ada..ada! pastu ada sawah padi.
Aku: a ah...sawah padi, pastu pokok kelapa.
ABANG: sawah padi petak2 je pulak tu.
Aku & ABANG: kekekkekek...(ketawa. geli hati dan sungguh natsukashi la pulak.)

Aku...masa kecik2 dulu selalu kata kat abah aku. "teringin nak pegi sampai gunung sana.. boleh sampai sana ke ha? apa ada kat sebalik gunung tu?" ye lah...time naik keta kat kg aku, slalu lalu kawasan sawah padi dan dikejauhan boleh nampak gunung2.tapi, tak selalu la boleh nampak. depend ngan cuaca gak. lagi2 dgn lukisan zaman kanak2 tu, gambo yg ada sawah padi, pastu ada gunung, pastu ada matahari tu. aku sangka kalo boleh sampai kat gunung, panjat2 gunung tu, aku bleh nampak seluruh 'badan' matahari. Adoi... macam best jek. Org lain tak pikir macam ni ke ek? ke....aku je sensorg berpikiran gini? Lupa nak tanya ABANG pasal ni.kekkeke..

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home