Monday, November 27, 2006

Topik Pagi di ERA

Pagi tadi, macam biasa on d'way pegi keje, dlm kereta, aku dan ABANG mendengar celoteh K&K di radio ERA. hari ni nyer topik... "pasal hantaran kawin. barang apa yg pelik/unik/ lain dari yg lain yg pernah anda dpt utk hantaran perkahwinan anda?" aku terus jawab.. (cakap kat ABANG aje le...). "saya dpt sayur2an segar yg dibeli dari Cameron Highland!! org kan selalu nye letak buah2 an...". Ye lah, dulu masa dpt hadiah hantaran dari pihak ABANG masa majlis perkahwinan kitorg kat kg aku... semua org berkata-kata, "ei, tak pernah dibuat org kan. hantaran letak sayur2an macam ni. menarik jugak!". aku pun berfikiran macam tu. nampak menarik. ada broccoli, carrot, terung,piman merah/hijau/kuning, timun, tomato... tu yg aku ingat la. sungguh colourful. sayur2 tu mostly dibeli kat cameron highland, kata ABANG . kebetulan aida (adik bongsu ABANG) pegi rombongan sekolah ke sana, tu yg mak mentua aku pesan beli sayur2 tu kat sana. bunga2 utk gubahan sirih junjung pun, aida beli dari cameron jugak.

ABANG kata, "ha, tepon la radio ERA, tak pun sms..." kekkke.. tak rajin la aku nak buat cenggitu.

Labels:

2 Comments:

At Mon Dec 04, 10:35:00 AM, Blogger ryu_hana said...

haaa..baru kita tingat...masa dengar ERA pasal ni, kita ada cakap ngan koki....memang ada la member dapat hantaran pelik niii...tapi lupa sapa...hahahahah...ciknoora la rupanye, dapat sayur-sayuran kan..selalu orang bagi buah jer

 
At Mon Dec 04, 11:31:00 AM, Blogger umeboshi said...

iye, hada. kiter pun tingat, hada ada tegur dulu..."mezurashi ne hantaran boh sayur2.."

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home