Wednesday, November 01, 2006

Cuti2 Raya





Hai..hai... dari 21/10 sampai 29/10 hari tu, coti deepavali dan raya. kemudian 30/10 aku amik coti sbb appointment dgn doc. semlm le baru masuk keje...lepas seminggu lebey bercoti. amboi... lama beno coti. otak pun cam dah beku skett. hehhehe.. masuk keje, byk benda kena kejar dan kena settle. tapi,e-mail dgn internet still on jek.


amacam dgn coti raya? aku, best la! sekali sekala dpt coti pjg..dpt lepak kat kg..dpt kumpul reramai dgn family,sedara mara,kwn2 lama, jiran tetangga..dpt mkn sedap2.. happy sesangat. alhamdulillah. penat tu, mmg la kan. dah tetamu dtg umah, kena la layan...sediakan mkn minum diorg, cuci pinggan/cawan/bekas isi makanan yg dah kotor2 tu.. kena kemas/sapu2 rumah, dan lain2. tapi, dpt meluangkan masa berkumpul dgn family reramai gitu la..masa yg paling indah dan best.


thn ni..giliran sambut raya puasa kat kg aku dulu. so...macam thn2 sebelum ni, kalo mlm raya tu aku dan adik beradik,mak abah dan family kitorg duduk berkumpul. bertakbir bersama-sama. inilah masa yg aku slalu nanti2kan. mmg syahdu dan seronok sgt dpt bertakbir bersama-sama gitu. lepas bertakbir...kitorg mkn2 le kuih raya, nasi impit, rendang daging, daging masak kicap yg dah siap dimasak tu. lepas tu...pagi2 raya semua org bangun seawal mungkin. siap2....sbb pagi2 sebelum org lelaki pegi solat raya kat masjid, org2 umah aku, dgn family adik beradik abah yg ada kat kg tu; especially busu ipah, angah ajis, angah bali, semua akan berkumpul. rumah yg jadi pot tempat berkumpul tu, ikut giliran juga la. kalo raya puasa yg lalu dah kat umah angah ajis, raya haji yg lalu kat umah busu ipah, so kali ni raya puasa lak kumpul kat umah mak abah aku pulak. seawal pukul 7 suku pagi gitu diorg dah mula dtg berkumpul utk majlis doa selamat. selalu nye abah aku yg jadik imam baca doa nih. lepas mkn2, kitorg bermaaf- maafan la pulak. lepas tu org2 lelaki pegi masjid, org2 pompuan lak kemas2 rumah, sambung borak2, dan ada yg solat raya sendiri kat rumah.


Thn ni, raya ke3 baru lah balik beraya kat kg ABANG. Naik kereta, dlm 45 minit gitu jarak antara kg aku dgn kg ABANG. Mlm tu pulak, kitorg buat BBQ kat kg ABANG. anak2 kecik pulak sibuk main bunga api. Iman pun dah pandai nak main bunga api. tak mau berenti. walaupun bunga api nye dah abis, tapi Iman nangis2 nak main. aku risau betul kalo anak2 ni main mercun/bunga api. maklum lah, kan dah banyak kejadian yg tak diingini berlaku gara2 mercun/ bunga api. kerajaan pun dah haramkan penjualan/ main bunga api/mercun. tapi ada jugak yg degil dok jual2 juga. budak2 ni tau nye nak seronok2 je. ada org jual, mesti la ada yg nak beli. huh... ntah la.

anyway, alhamdulillah...aku seronok dgn coti raya aku tu. pjg umur, insya-ALLAH aku sambut raya lagi thn depan!
*gambar2 raya kat kg ABANG. disebabkan aku dan adik2 aku takde sesapa pun yg ada digi-camera, tu pasal la takde gambar beraya kat kg aku yg bleh aku letak kat sini.hehhe*

Labels: ,

4 Comments:

At Thu Nov 02, 04:39:00 PM, Blogger Hanisah said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dah Batin.

Meriah sungguh noh!! tumpang seronok :D
bestnyer!! memang syok kalau bleh balik kampung time raya.

 
At Thu Nov 02, 04:47:00 PM, Blogger umeboshi said...

TQ hanisah. Selamat hari raya. Maaf zahir& batin. mmg syok beraya kat kg. heheh..

 
At Thu Nov 02, 11:37:00 PM, Blogger ryu_hana said...

Meriahnyeeeee....

 
At Fri Nov 03, 04:44:00 PM, Blogger umeboshi said...

ryuhana...meriah lo!!

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home