Friday, June 30, 2006

Kek Coklat Mocha Kukus

(resepi2 dari Kak Liza KMC)

RESEPI 1
Bahan2:
2 cawan tpg gandum, 2 cawan gula kastor/brown sugar, 1 cawan serbuk koko, 1 cawan minyak masak/250g butter cair, 1 cawan air panas, 1 cawan susu pekat manis, 4 biji telur, 1 sudu kecik baking powder, 1 sudu kecik soda bikarbonat, 1 sudu nescafe.

Topping:
1 bar coklat masak (200g-220g)
1 sudu butter/majerin/minyak masak
1 sudu susu cair/ fresh milk

Cara2:
Sediakan pengukus.Sambil tu,ayak le tpg gandum+serbuk koko+nescafe+soda bikarbonat+baking powder. Masukkan ke dlm bekas dan buat lubang di tgh2. Masukkan telur,gula,susu,minyak dan kacau rata. Pastu,masukkan air panas dan kacau lagi.takyah la kacau lelama. kukus selama sejam hingga sejam setgh.
Bila dah masak..bleh la tuangkan topping nye.
(cara sediakan topping: cairkan coklat masakan cara double boiler. Bila dah cair, masukkan butter dan kacau2 sampai butter cair. kemudian masukkan susu cair. dah siap!)

RESEPI 2
Bahan A
1 ketul butter [250 gm], 1 cawan serbuk koko, 1 cawan brown sugar /gula kastor,1 cawan susu cair, 1 s/b nescafe, ½ cawan susu manis, 3 biji telur, 1 tsp esen vanilla

1 ¼ cawan tepung gandum, 1 tsp baking powder, 1/2 tsp soda bicarbonate

Cara2:
1. Campurkan semua bahan A dalam periok atas api yang sederhana….kacau sampai cair dan semuanya sebati, tak berketul2 lah. Biarkan suam.
2. Pukul telur dengan esen vanilla sampai kembang. Masukkan ke dalam adunan koko [no 1].
3. Masukan tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sikit sambil digaul hingga sebati.
4. Panaskan kukusan.
5. Tuang adunan dalam acuan .
6. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api yg sederhana. Acuan yang kecil memerlukan masa mengukus yang lebih pendek.

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home