Saturday, June 10, 2006


Aku keje la hari ni. ABANG lak..kena p developer's opis...(umah kitorg nyer developer). Ada hal nak settle kan tu. Lepas tu ABANG p kenduri kat Senawang,dgn mak abah.(ni...mak abah mentua ku). Iman lak..kami hanto ke school.

Iman masih demam lagi tu. Mlm tadi,macam tak bleh tido dia. asyik la menangis2,mintak dukong. Alhamdulillah pagi tadi anto ke school,dia ok. Cepat sihat ye Iman. Ptg ni plak,lepas keje, plan nye nak p kenduri kawin Kamil(x-staff kat company aku ni. La ni dia dah chow keje tpt lain). Mimi (buat QC kat company aku ni..) nak join aku & ABANG p sekali ke sana. Actually,kenduri nye hari ni la. Tapi,sbb aku keje...p la lps keje dan maybe la sampai sana (kat sg buloh) dah mlm kot. Errr..lauk ada lagi tak agaknye?hehehe.

Citer pasal mlm tadi...K.Ayu (kakak ABANG yg 2nd) ajak p mkn2 kat umah Imah& Peah (kedua-dua nye adik ABANG. Anak mak yg ke-5 & ke-6..). Sempena b'day Zafri-anak K.Ayu. B'day ke-7 thn... So, kitorg pun p la.Hei..mkn free..tak bleh lepas nih.hhehe..ada satay,nasi impit,tomyam,nasi putih,sayur pucuk ubi rebus,sambal tumis,ikan tilapia msk lemak pedas, ayam goreng, of course lah b'day cake pun ada.kek pandan...sedap sgt! Aku..dan ABANG, kalo ada family gathering gini, slalu bawak coklat dan kacang as buah tgn la. Erk...slalu kitorg bawak coklat YOSSS (yg Zafri baca..Y.O.S.S.S...=COKLAT bunyi nye...!!), brand Munchys. Coklat ni special..size kecik.Depa kata, tak pernah jumpa pun coklat tu dgn size kecik gituk. Err..aku pun tak pernah jumpa. Tapi,kat pasar mini kat Alam Mega tu...ada tau. Sedap.Digemari oleh anak2 sedara kitorg...dan juga adik-badik lain. ada rasa strawberry,oren,coklat,vanilla. diorg kata, coklat tu trademark aku&ABANG...dulu2, masa memula kawin..kitorg nyer trademark buah manggis..sbb slalu bawak buah tu bila gathering gitu.hehehe.. So, mlm tadi mkn2 sambil borak.Until kol 11 suku gitu baru la aku&ABANG blah. K.Akish & A.Jali (satu2nye abg ipo ku, anak ke-3 mak), serta anak2 depa...yasmin & lia dah balik beberapa minit sebelum aku beredar.
Alhamdulillah..kenyang. Tido dgn keletihan dan kemengantukan gituk,aku. Tapi kejap2 diganggu dek tangisan2 Iman...Aduhai Iman...cian nye.. ABANG lak dah mula layan World Cup yg bermula semlm la...9th June.

ni..citer psl weekend last week ek..citer dah basi. layaannn!
Sabtu, 03/06/2006
berkonvoi 4 kereta ke muar sbb kenduri kawin sepupu ABANG. mak,abah dan semua adik badik ABANG join. janji, 9am semua kumpul kat R&R A.Keroh Melaka. Dari situ kitorg p sesama ke muar. yg kawin ni..anak nye CikNah & CikZaid (C.Nah tu adik kpd abah.Laki bini keje polis kat Melaka.tapi depa buat umah kat muar..). Lepas kenduri,kitorg semua p desaru. kakak (Kakak sulong ABANG) dpt penginapan free. under TNB kat desaru. best la banglo tu. ada 3 bilik tido+2 toilet/bilik air.ada dapur,living room. ptg tu,kitorg prepare utk buat BBQ mlm nye. Resepi perapan BBQ sumber dari K.Anis MTM ni mmg sedap la.Puas hati!! Lepas siap potong2 ayam,ikan,dan perap semua tu..kitorg reramai p pantai.Tg Balau.main2 air sat.Mlm tu, ABANG,Abg Jali dgn Abg Sobah (hubby kakak) serta abah dok tungkus lumus nak hidupkan api utk bbq tu. liat betul arang tu nak nyalakan api!! bikin geram aje.ehhehe..tapi,alhamdulillah menjadik gak bbq kitorg tu. Aida(adik bongsu ABANG), jadi tukang suap mknan kat anak2 kecik tu..Zamir,Adik,Zahwan,Aisyah,Zafri,Yasmin,Lia,Iman..8 org cucu mak&abah.memasing dok nganga je nunggu giliran utk disuap! Mlm tu, Iman tanak tido dgn aku&ABANG kat bilik. Dia sibuk2 nak tido kat dpn tv dgn semua sepupu sepapatnye. Diorg semua tido reramai kat situ. Tu yg buatkan Iman syok nak join..

Ahad, 04/06/2006
Pagi ni kakak buat nasi lemak. harum je bau nye.rasa nye pun sedapp! lepas tu kitorg lepak2 sambil borak. dlm kol 11 am memasing bertolak for the next kenduri. kakak sekeluarga masih ada semlm kat desaru. aku&ABANG p kenduri kawin kwn lama,Alin kat Durian Tunggal,Melaka. Yg lelain tu, p shopping dulu kat ayer hitam. On d'way tu...hujan lebat giler. Aku janji nak jumpa kohai* aku yg sama2 study kat Yamaguchi dulu; Shikin/aku panggil Chi-chan. Tapi..aku sampai kat kenduri tu dlm kol 3 setgh ptg gituk...kwn2 lain dah balik. Tak jumpa sesapa yg kami kenal pun! Sebelum tu,benti kat A.Keroh...solat jamak Zuhor+Asar. Aiseh, rasa terkilan juga la sbb tak dpt jumpa Chi-chan. Dulu,masa kat Yamaguchi..dia la kohai yg agak rapat dgn aku. slalu bergossip2 bersama. maklum la..selang sebuah rumah je, kedudukan rumah kitorg tu dulu. Takpe la..next time kikai attara* , zettai aitai ne*. insya-ALLAH.

Lepas kenduri kat Melaka tu..aku dan ABANG, macam slalu...kalo dtg ke mlaka je,mesti nak ronda2 1 mlaka ni. maklumla...dulu kami pernah 'bermastautin' kat melaka. pernah sekolah kat mlaka..pernah keje kat mlaka.so..memacam kenangan kami ada kat sini. lagi2 la kat bukit rambai tu!! lepas ronda2 yg makan masa hampir 2 jam tu..kami p pekan alor gajah sbb aku nak beli cencalok dan belacan. aisey...Iman dah nampak patung2 ultraman,spiderman,dan macam2 bergantung2 kat situ. aku pun,sbb mmg ada niat nak belikan 1 utk Iman...maka aku belikan la patung spiderman.diperbuat drpd kekabu (kapok...just t'ingat kat citer K.Lela) isi nye. Suka betul Iman. Dipelok2, dicium2 spiderman tuh. Aku pun,happy sbb tengok Iman happy camtu. bahagia betul!Adus..kat highway area senawang-seremban..jem giler. aku&ABANG dah decide nak join aje mak,abah dan adik badik lain yg nak p kenduri kat semenyih. Diorg sakan betul shopping kat ayer hitam. tu yg jadik lambat. konon nak sampai kat kenduri semenyih tu dlm pukul 5,6 ptg.tapi...kol 6pm baru lepas ayer keroh.huhuhu. so,kitorg jumpa kat exit nilai.dan konvoi ke semenyih.sampai sana around 9pm. mkn2 dan borak2 gitu. dlm kol 10pm..kuar dari situ. uhhh! aku&ABANG sampai umah dlm kol 12 lebey.letih giler. 2 hari b'jln sakan...tapi syok la sekali sekala dpt jln2 macam tu sekeluarga. alhamdulillah semua nye selamat..

kohai* =junior
kikai attara* =kalo ada peluang
zettai aitai ne* =mesti nak jumpa ek..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home