Tuesday, November 30, 2010

Lempang

Sekarang, aku dan ABANG sibuk nak latih Afiq Khair supaya bangun pagi, mandi siap2 kat rumah sebelum dihantar ke neseri. Nak biasakan dia bangun pagi2...sbb next year kononnye nak hantar dia p sekolah dah.


Tapi, mamat sorang ni mmg susah nak bangun pagi. kejut dia ulang kali pun, dia takmo bangun. at last, aku atau ABANG akan usung dia ke bilik air dan paksa dia mandi, gosok gigi. so, meraung la dia..."Apiq nak tido...Apiq nak tido!!!". mmg nangis sakan. meronta ronta kat dlm bilik air tuh!!! nyampah tau!


tiap2 mlm sebelum tido, mesti janji dgn dia.

Aku/ ABANG: Afiq esok bangun pagi2 tau..mandi kat rumah. nanti dah nak sekolah, macam mana..kalo takmo bangun pagi??

Afiq Khair: OK. Apiq bangun. jangan nangis tau! (nasihat kpd diri dia sendri).

Aku/ ABANG: OK, jgn nangis tau. kalo Apiq nangis?

Afiq Khair: kalo Apiq nangis, nanti abah lempang saya!!!

ewah.....bukan main berani lagi dia nak suruh abah lempang dia eh...


Malam, mmg elok dia berjanji. akan bangun esok pagi nye tak nangis2. tapi, bila tiba next morning tu, dah lupa la dia. Afiq Khair bagai dah bertukar jadi Afiq Khair yg lain...yg lupa pada janji dia tu...hei, anak anak2...macam mana ni. susah nak bangunkan dia. ada sebulan ni aje pun utk latih dia supaya boleh bangun pagi tanpa nangis2... aduh!

* Afiq Khair tgh kunyah McDonald beef burger. Lokasi nye kat Penang Nyonya Subang Parade. Mula2 masa nak keluar rumah, Afiq Khair sibuk kata lapar. nak mkn mi. tapi, bila masuk Subang Parade, dah lalu dpn McDonald...dia mintak nak mkn burger pulak. mama dgn Abang Iman dah set nak mkn mi. maka nye kami tapaw Happy Meal McDonald beef burger utk Afiq Khair, p mkn kat Penang Nyonya.

Labels: , , ,

2 Comments:

At Thu Dec 02, 03:59:00 PM, Blogger Fith said...

amboi afiq,kemain lagi pandai suh org lempang dia,haha,lawak pulak.macam2 kerenah kan anak2 ni,kita mak pak ni boleh sabar je laa.gambatte ne kak noora,moga dlm sebulan ni berjaya train afiq bgn awal pagi mandi siap2...

 
At Thu Dec 02, 04:11:00 PM, Blogger umeboshi said...

Fith..tu le dia. mmg pandai je bercakap..emm! sou ne, ganbaru zo.. nak membangunkan Afiq Khair ni pepagi..

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home