Monday, November 22, 2010

Hangit

Last week, ada sorg x-staff dari Singapore dtg opis utk kasi training kat staff opis aku ni. Then, mamat Singapore tu belanja kami sorg seketul Roti Boy. bau nye menyucuk hidung. Harum bau kopi. Aku tahan nafsu. sabar. nak bawak balik roti tu utk dimakan bersama sama dgn Iman, Afiq Khair dan Asha Zahra. Tapi, ptg tu agak kelam kabut aku cabut meninggalkan opis. sampaikan terlupa nak bawak balik Roti Boy yg harum tu.

pagi tadi masuk opis, aku tercium bau roti yg harum tu. baru aku teringat yg aku tertinggal roti tu last week. hohoho...aku berazam utk panaskan roti tu dlm microwave opis. dah kabo kat member opis. tapi member aku kata..."jangan". dia takut aku keracunan makanan sbb roti tu dah terbiar sejak jumaat lepas.

tapi aku degil. dlm kol 2pm, aku cuba perhangatkan roti tu dlm micowave. tak sampai 2 minit, aku tercium bau hangit. cepat2 aku berlari p Off switch microwave. aduh...berasap microwave tu. roti boy dah jadi hitam legam. bekas "tupperware" aku pun berlubang!! terus aku cari kertas, balut roti dan bekas tu sekali. kasi buang kat tong sampah awam kat blok ni. giler menggerunkan. alhamdulillah tak terbakar opis. ish ish...

mmg satu opis berbau hangit. kepoh satu opis. ahahha...kami ON aircond, ON kipas. bukak pintu utama opis utk kasi bau hangit tu hilang. huhuhu...mmg menyengat lubang hidung dgn bau hangit ni. naik pening kepala!! aduh...cari penyakit sungguh.

so, kena la aku simpan duit banyak2, beli Roti Boy yg harum tu berketul ketul...buat aku, buat ABANG, buat anak2...supaya dpt memuaskan hati aku utk dpt mkn roti harum yg enak tu sepuas puas nye...

Labels: , ,

4 Comments:

At Tue Nov 23, 12:00:00 AM, Blogger ambrynaa said...

mesti kempunan nak makan roti boy kan..tapi opos noora dekat shopping mall, hari2 nak makan roti boy pun x per...
tapi heran ek, kenapa leh terbakar kan..

 
At Tue Nov 23, 11:31:00 AM, Blogger umeboshi said...

zali, mmg kempunan. masih tercium cium lagi bau harum roti boy tu. errr,...bau hangit tu pun masih ada lagi ni. huhu!! kat empire ni takde roti boy. kena menapak ke subang parade/carrefour baru dpt roti boy!! tu le, kenapa ntah buleh terbakar..siap berlubang lak tu bekas "tupperware" nye tu..

 
At Wed Nov 24, 11:30:00 AM, Blogger Fith said...

aduhhh lawak pulak baca.boleh pulak terbakar tu,mmg bukan rezeki akak laa tu kan.takpe2 lps ni boleh beli byk2 utk hubby dan anak2 jugak...
btw,selamat hari raya buat kak noora sekeluarga!

 
At Sat Nov 27, 11:49:00 PM, Blogger umeboshi said...

fith, tu le. Awat tah boleh terbakar. K.noora set silap kot sampai over heat. Haha. Sejak tu takut dah nak guna microwave tu. Bentou hari2 bwk pun dah k.noora x panaskan pun mcm selalu. Fobia. Even yg terbakar hr tu roti.. Bukan nasi or lauk..haha. Salam raya gak buat fith.

 

Post a Comment

<< Home