Thursday, March 05, 2009

Setahun 5 Bulan

Afiq Khair..kira nye semalam, 4 Mar 2009, masuk usia nye setahun 5 bulan sudah. dah pandai nak melompat lompat dan berlari. asal saja dengar lagu ke, muzik ke..dia dah pandai nak berjoget. sambil mulut pun sibuk macam berlagu juga. kalo sampai rumah petang2 tu dari neseri, turunkan aje dia dari kereta, dgn berkasut tu..sure dia terus je menuju ke paip air yg sedia terpasang saluran getah utk menyiram bunga tu. dia nak capai salur getah tu le..maklum le, pepagi ABANG sambil dukong Afiq Khair, akan menyiram pokok2 bunga kami kat halaman rumah tu. maka nye, Afiq Khair pun nak buat macam tu le kononnye.

cakap pun masih tak reti lagi. words "abah", "nak", "ni", "sysy"(for susu), "mua..."(muahh..bila nak kiss org), "aammm" (amin utk berdoa atau time bersalam dgn org), "epiiii" (tepi!! suruh org ketepi). "fishhhh" (utk finish/ abis) .tu je le yg jelas buat masa ni. lain2...masih bahasa alien.

Afiq Khair..sgt pandai merajuk. terutama sekali kalo kita lambat buatkan dia susu bila dia minta. mula la menangis..berguling guling..kekadang mau menghentak hentakkan kepala ke lantai/ bantal!!

ptg semalam..aku dok membaca majalah mami & baby. Afiq Khair pun kalo nampak org membaca, mmg suka sibuk2 nak baca jugak. bila dia ternampak gambar baby2 kat dlm tu, dia sibuk tunjuk2 dgn jari telunjuk dia yg comel tu sambil mulut menyebut "ebi..." (baby?!!!). pandai nye anak mamaaaaaa!

Afiq Khair pun dah boleh disuruh. minta dia tolong buangkan sampah ...nanti dia p buangkan le ke dlm tong sampah kat dapur tu. botol susu dia pun, kalo dah abis minum...suruh je dia p hantar ke sinki dapur..nanti dia p ke dapur tapi dia akan sibuk panggil2 org suruh letakkan botol ke sinki sbb dia masih kemetot, tak sampai nak letak botol kat sinki tu :) time dia malas, nanti dia kasi botol susu tu kat Abang Iman dia...minta hantarkan ke dapur!

kalo org sebut "jom mandi" atau "jom brush teeth", atau "jom p basuh b*nt*t"..nanti cepat je dia bangun menuju ke bilik air. sibuk2 nak tanggalkan pakaian dia.

cuba puji Afiq Khair. sebut "pandai!!" kat dia...nanti dia tepuk tgn sambil mulut bersorak "yeyy!!". alalalla... dan, kalo sebut, "come, hug mama...hug abah.." nanti dia cepat je dtg mendepakan tgn nak peluk mama/ abah.


Abang Iman pulak. bulan ni, 23hb..akan masuk umur nye 5 tahun. Iman dah lancar membaca buku teks BM dia. dari kulit depan ke belakang dah boleh membaca. buku BI dia..jarang dia nak selak baca. kalo disuruh baca pun...kejap aje. pastu..terus simpan dlm beg. ish ish... huruf2 jawi, belum ingat sepenuh nye. hafal dari "alif" sampai "ya"..boleh. tapi, kalo tunjuk huruf2 nye dan soh dia sebut ini huruf apa...itu huruf apa... ada aje yg dia lupa! aku pun sekarang ni, tak terlarat nak mengajar ngaji tetiap malam. kang, dlm seminggu tu...ada je la beberapa mlm yg ter-skip! sbb aku sibuk masak ke...sibuk layan kerenah Afiq Khair ke.. atau pun, kepenatan sendiri sambil layan tido aku!! teruk sungguh mama nye nih.

Iman pun, dah rajin nak mandi sendiri, cebok sendiri kalo p buang air kat toilet dan gosok gigi sendiri. petang2, masuk je ke dalam rumah, balik dari neseri, Iman akan keluarkan botol2 susu (Iman punya dan Afiq Khair punya) dan hantar ke sinki dapur. lepas tu, dia akan keluarkan baju2 kotor dari beg neseri dia dan Afiq Khair punya dan masukkan baju2 kotor tu ke dlm bakul khas utk pakaian kotor atau dimasukkan terus ke dlm mesin basuh kalo pintu belakang kat dapur tu aku dah buka siap2. malam2, lepas minum susu..Iman akan tolong cucikan terus botol susu dia dan botol susu Afiq Khair kat sinki. kitorg tak suruh pun. masuk minggu ni pulak, Iman sibuk2 menolong ABANG dok melipat pakaian bersih yg diangkat dari ampaian. belajar cara2 melipat pakaian. time tu, Afiq Khair pun dah tentu 'sibuk2 menolong' jugak! ahhaha..

dah beberapa minggu ni, dlm seminggu tu, ada gak la hari2 yg ABANG dpt balik ke rumah awal. Iman sekarang ni suka mengajak ABANG p solat kat surau yg baru kat putra heights sec.9 tu. kalo ABANG dpt sampai rumah awal..dpt le ABANG bawak Iman p ke surau. suka betul Iman.

minggu ni pun, aku agak rajin memasak utk dinner. menu yg simple2 je. masuk minggu ni, aku dah rasa agak sihat. takde dah terasa loya, pening2 dan muntah2 tu. cuma, pinggang dan badan dah terasa sengal2. makan, minum..dah mula boleh merasa akan keenakannye. tapi, tak boleh nak pulun mkn dgn quantity yg byk sekaligus. mkn sikit2 je. kalo tak...mmg terasa senak sungguh perut. time tu kang, mula la nak muntah pulak!! anyway, moga diberikan aku kekuatan, kesihatan, kesabaran, keimanan dan kemudahan sentiasa dlm semua perkara dan keadaan yg ku lalui ini. amin!

Labels: , ,

5 Comments:

At Thu Mar 05, 10:45:00 PM, Blogger aNIe said...

Umeboshi...seronok kan melihat anak2 membesar depan mata kita...melihat telatah dia....sebab nanti bila mereka dah besar....kita akan rindu semua yang dilakukan semasa kecil..

 
At Thu Mar 05, 11:37:00 PM, Blogger KakNi said...

Ume, seronoknya tengok anak2 membesarkan, every small step tu will lead to bigger steps kan.... tu adik pun dah OTW... heheheh...

 
At Fri Mar 06, 04:53:00 PM, Blogger *∽ IZAN ∽* said...

mmg sonot tgk mulut anak2 kecil mula berkata-kata nihh..huhuhu

 
At Tue Mar 10, 12:02:00 PM, Anonymous Anonymous said...

wahhh baguslah iman dan afiq bawa diri..mcm dah tahu nak dpt adik..alhamdulillah

 
At Wed Mar 11, 02:45:00 PM, Blogger umeboshi said...

k.anie,
mmg seronok melihat perkembangan anak2 ni. anak2 ume masih level kanak-kanak. masih bermanja dgn ume. tak tau la nanti, bila masing2 dah besar dan dok jauh dari ume. camne le agaknye perasaan ume nanti.

k.ahni,
ye, betul! tengok diorg membesar di depan mata sendiri..amat puas hati. tiap2 hari tak sabar nak abis keje opis dan balik umah. nak tengok muka diorg dan dengar celoteh diorg. tapi, kalo time depa bad mood...nak ngamuk nangis aje, ume pun boleh jadi tensen! ahahah

izan,
deshou..? tanoshimi je nak dengar patah2 perkataan dari mulut diorg ni.

nani,
ye. time mood OK, mmg masing2 good boy. boleh diharap. cuba le kalo time nakal tu..mmg sabo bebanyak ciknoora ni.huhu..

 

Post a Comment

<< Home