Tuesday, March 24, 2009

Lima Tahun




semalam, 23/3/2009..genap usia Iman 5 tahun. rasa nye baru je aku melahirkan Iman. dah 5 tahun usia dia!!




kelahiran Iman, agak mengejutkan aku dan ABANG sebenarnye. masa tu, baru masuk minggu ke-36 baby tu dlm kandungan aku. hari tu, adalah 1st time nak jumpa doktor Ummul Wafi kat SALAM Medical Center, sec 19 Shah Alam. sebelum2 tu, buat check up kat klinik Noor Hajar sec 18 aje. tapi, sbb dah nak dekat bersalin, doktor dari klinik Noor Hajar pun syorkan agar kami cuba jumpa doktor kat SALAM , utk 'sesi berkenalan' dgn suasana di spital tu.. tapi, sejak pagi keadaan aku lain macam. sakit perut yg dtg dan pergi. bangun pagi tu, sedang aku berdiri di tepi tempat tidur, tiba2 aku rasa gelap pandangan. tau2 je, aku dah kat pangkuan ABANG. pitam sebentar kot aku. then, darah pun asyik keluar aje. tapi, aku pegi jugak ke opis. tapi, hati tak tenang. sakit perut makin kerap. dgn darah yg tak henti2 nye keluar. bila aku tepon mak kat kg, mak suruh aku cepat2 p klinik/ spital. terus je aku tepon ABANG. masa tu pukul 9 suku pagi. dekat kol 11am, ABANG sampai. kami terus ke SALAM. bila aku ceritakan kat doktor keadaan aku tu..doktor ummul terus scan dan dia kata..air kat dlm rahim dah nampak berkurangan. dia terus kasi ubat induce. 2 biji!




"dah tak boleh tunggu2 lagi ni. Baby awak dah nak keluar. dia yg kasi sign utk keluar awal dari jangkaan. kalo tengok kat scan ni, size baby pun dah matang. insya-ALLAH mlm ni atau awal pagi esok you both akan jadi mama dan papa". itu kata2 doktor ummul yg aku ingat. aku dan ABANG saling berpandangan. "tipu lah doktor!" kata ABANG. ahaha...memang tak percaya. kokoro no junbi dekiteinai. (takde persediaan mental dan hati langsung).




terus aje aku kena sorong masuk ward. ABANG tepon family dan parents kami kat kg. serta semua adik beradik. maklum le...anak pertama kami. ditambah dgn tiba2 aje terpaksa kena terima hakikat yg baby bakal lahir awal 4 minggu dari due. tanpa disangka-sangka!! masing2 kalut. panik. mak aku sampai dari kampung masa nak dekat2 zuhor gitu. aku dah mula sakit2. aku tau, mak pun risau dengan aku yg tak tahu apa2 ni. bila mak dah sampai, ABANG balik umah sekejap utk amik barang2 keperluan. tu le...barang2 utk dibawa ke spital pun, aku tak sempat packing langsung. so, ABANG main sumbat aje le apa yg dia pikirkan perlu. kesian ABANG.




disebabkan aku terasa sangat2 sakit tapi 'jalan' tak buka banyak pun lagi, maka nye doktor kasi suntikan kat peha utk ubat tahan sakit. kasi ngantuk sikit kata nye utk aku boleh tidur dan rehat seketika. terus aku mengantuk. sampai ke petang...doktor kejutkan pun aku susah nak bukak mata. doktor ummul kasi ubat supaya aku boleh membuang air segala. then, masa tu...berlambak lambak darah keluar, turun ke lantai!! ahahahha..aku panik sungguh. dalam kol 6 setgh petang, aku kena tolak ke labour room. bukaan baru je 5,6cm masa tu. sebelum masuk labour room, mak berkali kali pesan, kalo time meneran nanti, jangan angkat punggung sbb nak jaga 'jalan' agar tak terkoyak banyak. aku angguk2kan kepala dan berharap agar aku ingat sentiasa pesan mak tu.




masuk labour room...berkali kali kaki aku kejang. bilik tu dah le sejuk. nurse pun ramai gak la. 'jalan' utk keluarkan baby pun, laaaama sungguh tak buka sepenuh nye. aku sakit teruk dah masa tu. bila tiba masa yg aku dah boleh meneran, aku langsung terlupa akan pesan mak agar jgn angkat punggung. sakit sangat punya pasal. entah berapa kali meneran, aku pun tak ingat sbb aku tak reti nak meneran. cara meneran pun aku tak tahu. nurse kata, meneran macam org nak buang air besar. tapi, aku tak dpt bayangkan sbb aku membuang air pun aku tak meneran. 'dia' keluar je dgn sendiri nye!!! meaahahahah... at last, aku pun dah lemah, doktor pun risau takut baby lemas kat dalam... maka nye, dgn pertolongan doktor dan nurse, doktor tarik baby dgn forcep...dan lahirlah baby pertama ku yg kami namakan RAZAN AZIMAN. berat nye masa tu 2.95kg. selamat lahir dlm pukul 9 setgh mlm, 23/3/2004, hari selasa... alhamdulillah!!!




sebelum tu, 20/3/2004..aku sempat pulang ke kampung utk tunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia. p mengundi utk pilihanraya.




kini, Iman dah berusia 5 tahun. dah jadi abang yg baik kepada adik nye, Afiq Khair. boleh lah berdikari sesikit. boleh membantu mama dan abah dia apa2 yg patut. semoga Iman sentiasa sihat ceria, jadi anak yg baik, yg soleh, disenangi dan disayangi oleh semua orang serta selamat selalu di dlm lindungan rahmatNYA. amin! HAPPY BIRTHDAY, Iman!!!

Labels:

5 Comments:

At Tue Mar 24, 04:04:00 PM, Blogger JahRera said...

salam nora,

semoga Iman menjadi anak yang membawa kebahagian pada keluarga.

Gigi dia masih berbaris cantik, tunggu kejap lagi pagar jatuh satu2..nak bujanglah tu.

 
At Tue Mar 24, 05:06:00 PM, Blogger SEMTZ...LADYSEMTZ said...

Otanjoubi omedetou Iman!! Teruja K Ija bace kes bersalin Noora. Byknye darah! Alhamdulillah semuanya selamat yek. Da 5 tawun da pun hero ni! Yg dalam perut tu da scan bulum? Hero gak ker? Hihihi.

 
At Tue Mar 24, 05:39:00 PM, Blogger Name: Kak Wah said...

Sronok baca kisah org bersalin normal nih. Kdg ngeri je rasa membayangkan sakitnya. Tapi itu pengalaman berhargakan. Hopefully next time sy pn boleh rasa sendiri la.
Happy birthday to Iman.

 
At Wed Mar 25, 10:35:00 AM, Blogger IZAN said...

Happy bufday Imann..! kena simpam memory nih.. satu hari nanti bila Iman dah pandai baca boleh bagi Iman baca sendiri macamana ibunya susah payah nak lahirkan Iman..!
Wish you all the besy Iman!!

 
At Wed Mar 25, 04:05:00 PM, Blogger umeboshi said...

salam k.lela,
terima kasih. a ah, gigi dia elok lagi. punya le dia jaga gigi dia tu. bangun pagi, mandi ptg, nak tido mlm...mesti gosok gigi. then, dia suka belek gigi dia depan cermin!pastu tanya kat mama dia,gigi dia cantik dan putih tak? huh..

k.ija,
thanks ya! dah 5 thn hero kiter ni. mmg time nak lahirkan dia dulu, darah byk kuar dulu. tak henti henti.yg dlm peyut ni, scan hari tu, tak nampak le dia boy ke girl. heheh..

wah,
thanks. bersalin normal ni, masa nak keluarkan baby tu, yg sakit sungguh. harap2, wah pun ada peluang utk merasa camne sakitnye bersalin normal ni. amin!

iza,
thanks ne. ye la, mmg nak simpan 'karangan' ni. kang soh iman baca bila dia besar nanti. hehehh..insya-ALLAH!

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home