Kepala Pening!
sejak bangun pagi tadi, kepala ku pening dan terasa berat je. pandangan mata pun terasa panas. selera mkn takde! tekak ni, dah beberapa hari mmg perit. sejak semalam, dah mula batuk2. adududud... anak2 dan ABANG mmg dah seminggu ni tak berapa sihat. demam, batuk, selsema. harap2 keadaan tak semakin teruk. ya ALLAH, kurniakan lah kesihatan yg cemerlang ke atas kami sentiasa. amin!!
kat opis, sekarang ni agak busy. dah masuk 2 minggu aku sibuk buat honn-yaku (translation) utk my boss. japanese-english, A4 paper ada dlm 73pages. dah le eigo (english) aku tak berapa terror. hantam kromo jek la. pagi tadi baru siap dan dah submit kat boss. ni, nak kena survey lak pricing utk Adobe Illustrator, dan juga pricing utk Sony-VIAO. semua nye utk client. payah le nak dpt pricing list dari Sony. nak kena cari dealer/ distributor. dah tgk kat website, tapi..entah apa2 le. kwn2 kat luar tu, ada tak yg boleh kasi contact nomo yg boleh dihubungi utk dptkan pricing list ni? call customer care Sony, dan sales dept diorg..mmg hampeh le. memasing dok tolak sana...tolak sini. mintak diorg kasi nomo dealer pun, tanak kasi. soh cari kat website. uhh!
ni, gambar Iman. sekarang ni ,kan musim coti sekolah. so, byk le homework dia kena settle. ahad baru2 ni, sepjg hari dia dok main dan tgk tv je. ptg2, lepas mandi..aku suruh Iman buat homework. aku lak sambil baca majalah dan sambil tu layan gak dia. satu masa tu, bila aku toleh kat dia...TU DIAAAAAA!!! khusyu' sungguh buat homework!!!
4 Comments:
Hahaha...'khusyuk' bebenor tu...akak ni belum lagik tengok homework fareez...ingatkan hujung minggu ni nak pegi bawak diorang pi jenjalan...
kakakakka...!! khusyukk gillerrrr... sampai ke 'alam' lain akakakkakaka. gokurousama! mmg taihen buat translatio.. iya daaaaa!
Tu la pasai S0ni tu dah tak laku sangat dah (audio video ler, handphone rasanya masih up lagik), sampai dah tutup pun kilang kat penang tu kan... my ceo said, biz kena ada inovasi, jgn buat macam sony, buat macam LG... ni betul dia quote macam tu masa assembly hari tu..
k.anie,
bawak anak2 p jenjalan mana sempena coti sekolah last week? ume tak ke mana pun. sabtu baru2 ni je p putrajaya. tengok hot air balloon.
izan,
deshou?!! khusyu' Iman dok buat homework. ngehngeh.. tu le. paaaling tak suka buat translation yg pjg berjela. kalo sekadar sepatah dua perkataan tu, OK sesangat lagik!
k.ahni,
sony pun dengar nye dah sibuk nak cut pekerja dia. kesian! rerupa nye, model yg boss ume nak tu, takde dijual kat pasaran m'sia ni.
Post a Comment
<< Home