Friday, August 29, 2008

Salam Weekend

Kepada semua..
Salam Ramadhan 1429H.
Salam Merdeka yg ke-51.
Selamat berhujung minggu.
Take care ye..

Labels:

Thursday, August 28, 2008

Sihat

alhamdulillah..ptg semlm masa amik anak2 kat neseri, masa tu Iman dah tak demam. cuma batuk2 je yg tinggal. Afiq Khair pun, aku tgk mata nye dah ok. dah tak berair. cuma, hingus masih ada le. mood pun, kurang baik lagi. tanak ditinggal dek mama. asyik nak dok kat riba mama je. tak pun, nak mimik jek!

hari ni ABANG keje ke Seremban. esok pagi2 lak..flight ke JB. keje kat Skudai. Sabtu...kitorang sama2 ke Kota Bharu!

lunch semalam, boss belanja. mkn sama2 dgn opis-mate. kat kedai mamak, restoran Madheena yg dekat2 dgn opis ni. aku, kedai mamak ni..kureng sket le. ehehhe.. anyway, semlm..masing2 dok order tosei le, roti telur le, roti cheese (pilihan aku) le..dan ada sorg je mkn mee grg mamak. then, diorg ada lak yg amik lauk2 utk diratah bersama sama. tak habis mkn lak tu. ditapau nye dan kasi aku. buat lauk dinner! ahahah..alhamdulillah..dinner, takyah beli atau masak dah aku. just tanak nasi dan mkn dgn ulam timun dan tomato jek.

Labels: , , , ,

Wednesday, August 27, 2008

Anak-anak

ptg semlm, masa amik Iman dgn Afiq Khair kat neseri..diorg nampak cam tak bermaya. masing2 mata merah berair. hidung pun meleleh je hingus. Iman bukan main lagi kuat batuk nye. bila disentuh badan Iman, terasa membahang. Demam! terus kasi ubat demam dan ubat batuk, bila kami sampai kat umah. alhamdulillah Afiq Khair tak demam. tapi, mata belah kiri asyik kuar tahi mata. berair gituk mata nye. kesian.. Afiq Khair pun bad mood. lepas maghrib gitu, kedua-dua nye dah terlena. tapi, mlm...masa ABANG balik umah, diorg pun bangun. masing2 nak bermanja dgn abah nye pulak...Mlm tadi, Iman tido dok meracau, mengigau ngigau jek...kesian.

hari ni, Iman tak pegi sekolah. aku tinggalkan dia kat neseri. berehat kat neseri je lah. Afiq khair, masih lagi bertahi mata..mata belah kiri tu le. Harap2, semua nye OK.

Labels: ,

Permatang Pauh.

tahniah buat PKR. Khususnye buat Anuar Ibrahim yg menang pilihanraya di parlimen Permatang Pauh semalam.

Labels:

Thursday, August 21, 2008

Kelantan!

Aku dah lama dok cadang2 nak p jln2 cari mkn. antara Kuala T'ganu, Kota Bharu dan Penang. Akhir nye, lepas ku dok belek2 internet...try tgk flight fee...aku kimeta (tetapkan) utk pegi Kota Bharu le dulu. Bukan utk jln2 sgt. sekadar nak tengok2 negeri org dan yg utama nak p mkn yg sedap2 kat sana. kan kelantan tu terkenal dgn mknan yg enak2...contohnye, laksam, nasi kerabu dan nasi dagang ...

teringat gak masa zaman bujang dulu. pernah buat plan dgn member kamcing, Wah, cuti hujung minggu sabtu ahad tu, kitorg p kelantan naik bas. semata mata utk mkn makanan yg best2 kat sana. mmg semata mata utk mkn dan shopping beli keropok ikan! tapi, bila sampai sana, masing2 tak lalu nak mkn sgt. mkn pun sekadar isi perut. pastu, takde le rasa keenakan nye mknan tu. rugi sungguh!! bila balik ke KL, dok teringat ingat kat mknan yg kami nampak masa jln2 kat psr mlm kat pekan Kota bharu tu. dok terbayang bayang kat mata..semua mknan tu. ish ish..

harap2 kali ni..aku OK2 aje. lagi la kali ni pegi dgn ABANG dan anak2. moga selamat pergi dan balik. tiket fireflyz dah confirmed. stay 1 mlm je, kat New Pacific Hotel, Kota Bharu..pun dah confirmed booking.

++++
seminggu ni aku kat opis sorang2 je. opis mate (s.wah) amik coti sempena coti sekolah ni. dia p berjalan dgn anak dia. syoknye lah.. geng2 opis lain ada le..tapi kitorg dipisahkan oleh dinding! complicated sket company baru ni. sorang boss, mempunyai beberapa buah company. so...3,4 company di dlm 1 bumbung, 1 opis..tapi berlainan dinding/bilik!! aku lak, keje under nama company lain, tapi meja/tempat dok aku kat dlm company lain. ehehhe..anyway, buat masa ni seronok bekerja kat sini.

Labels: ,

Friday, August 15, 2008

Welcome Party?!

owh...hari ni lunch aku pjg. 12 setgh tgh hari sampai dekat kol 4 pm baru masuk opis. eheh..
member opis (pompuan sahaja) belanja aku mkn kat Ogawa Restaurant...kat Taipan nun. USJ 10. P mkn dgn kak isma, Momo-chan dan Shiho-chan. depa siap2 dpt permission dari boss jopun tu. Mr T.U. meraikan aku sebagai new staff kat sini le kononnye. aku amik menu Zaru-soba-tenpura. aku punya menu tu..lebih kurang rm28++ kot?! utk lunch.. semua dpt mkn aiskrim secedok. ehehe..aku amik strawberry aiskrim. ok la mkn situ. not bad. yokatta! (nasib baik/ bagus?!!)

biasa la aku. tiap kali mkn japanese food ni, mesti teringat kat ABANG. ada hati nak ajak ABANG mkn kat situ pulak. kalo mkn ala2 malaysian food yg sedap2 tu, especially yg buffet gituk.. aku mesti teringin nak bawak mak abah dan adik2 mkn sama. maklum le, mak abah aku ni... kalo makanan pelik2 sket, bukan nye depa nak mkn sgt. takut2 je nak rasa. macam pizza ke, mc donald tu ke...mak abah aku tak reti nak pulun. sekadar rasa sket jek. ekkke.. tekak melayu tak bleh nak ubah. tingin gak nak bawak depa mkn kat F1 restaurant yg ala2 western tu. agak nye tak berapa nak kenyang kot depa mkn situ. hikhikhik..entah le! mkn nasi gak yg sedap, kan?!

anyway, aku berterima kasih kat kak isma, Shiho-chan dan Momo-chan sbb bawak aku mkn kat Ogawa rest tu. kat my boss..Mr T.U pun tenkiu la jugak sbb dia kasi chance kitorg berlama lama lunch hari ni. eheheh... dah le hari ni opis-mate yg sama dgn aku; s.wah tak masuk opis. byk keje sebenar nye aku ni..

kpd teman2 yg kasi award kat aku, terima kasih byk2. kang bila agak free aku tayangkan le award tu semua kat blog ni eh. (macam le byk sgt dpt award nye..). heheh..

ok, selamat berhujung minggu kpd semua. aku mlm ni bertolak balik kg. dah laaaama aku tak berpeluang balik kg le. esok ada kenduri kat umah mbah Pandi (pak sedara kpd mak ABANG).
ok minna (semua), take care eh!

ps: Japanese Kitchen Ogawa, 4B, Jalan USJ 10/1J, 47620 UEP, Subang Jaya.
Tel: 03-80237476

Labels: , ,

Thursday, August 07, 2008

Kerja Baru

1 Ogos, aku dah mula kerja baru. 9am masuk opis, 5 setgh ptg tepat aku dah boleh keluar.
buat masa ni belum ada kerja sgt. sikit2 tu ada le. tgh dlm minggu2 'study' le. byk benda baru
kena hafal. member2 opis, team-mate..semua OK. most of them bleh berbahasa Jepun. ada
chinese, malay dan japanese. byk lelaki drpd pompuan. aku pun belum kenal sgt lagi dgn
semua org.

hari tu, 31 july ,last day kat company lama. bertungkus lumus dok settle kan macam2.
sampai sekarang pun, aku still kena contact dek ms s atau staff dari Japan HQ. pening.
tak cukup tido kot...mlm lepas isya' gitu aku dah lena. sambil nyusukan Afiq Khair. kang
tgh2 mlm aku bangun utk settle kan document utk machines shipment. machines akan
dihantar balik ke Japan dan ada jugak akan hantar ke Philippines sbb customer beli. 31 july
yg last day aku kat company lama, Mr FF belanja dinner. aku dgn ms s dan mr FF.
mkn kat Grand Blue Wave hotel. Semarak restaurant. kol 6 setgh ptg kitorg dah kat
sana. dlm kol 8 setgh mlm aku dah blah. dok teringat kat anak2 kat neseri tu. ABANG kan
out station masa tu. masa aku siap2 nak blah, hubby ms s dtg join kitorg. masa tu, buffet.
rm54++ per person. ok la.

ok, doa2kan la moga aku OK sentiasa dgn keje baru ni. insya-ALLAH.

Labels: ,