Tuesday, March 18, 2008

Pilihanraya Umum ke-12

8/3/2008. Sabtu.
ni cerita dah agak basi. tapi pada aku.. macam baru je semlm berpilihanraya. apa tak nye... sebelum hari mengundi, mlm hari mengundi dan hari2 lepas pilihanraya ni pun, tido aku masih bermimpikan suasana pilihanraya. ntah apa kena nye. walhal ni kali ke-2 seumur hidupku aku mengundi. masa kali pertama, thn 2004...masa tu aku tgh memboyot. mengandungkan Iman. 3 hari lepas mengundi thn 2004 tu, selamat aku melahirkan Iman...awal 4 minggu dari tarikh jangkaan doktor.

aku pun tak tahu la. mengundi thn ni, mmg berkobar sungguh aku. mungkin kali ni, aku benar2 semakin faham betapa pentingnye dan bernilai nye 1 undi kita sebagai rakyat malaysia. kita yg menentukan kerajaan mana yg bakal memimpin daerah, negeri dan negara kita. tapi, kenapa sampai ke mlm tadi pun... setiap mlm aku masih bermimpi pilihanraya?!! aduih la hai. itu belum lagi, aku jadi calon pilihanraya!! ahahhaha...

mari cuci mata tengok perang poster, bendera dan kain rentang kat kampung aku dan kampung2 berdekatan.


jalan menuju ke kampung ABANG. DUN Sg Ayer Tawar. Parlimen Sabak Bernam.



ni kat depan sekolah parit 9, sekinchan. tempat aku buang undi. DUN Sekinchan, Parlimen Sg Besar.


Poster, bendera kat pekan sekinchan. mmg meriah!!


setentang simpang nak masuk ke rumah aku.


Kat Pasir Pjg, Sekinchan.. on d'way dari kg aku ke kg ABANG.

Semoga kerajaan yg terbentuk dpt memperjuangkan nasib semua lapisan rakyat malaysia. serta hak sebagai bumiputera dan muslim akan tetap terjaga. dan semoga negara kita sentiasa aman sentosa . amin!

Labels:

5 Comments:

At Wed Mar 19, 09:23:00 AM, Blogger pB said...

Ume


cayalah cara depa ni gantung poster.

 
At Wed Mar 19, 07:06:00 PM, Blogger maisya said...

akak pun tahun ni berkobar-kobar balik kg nak pi ngundi...tambah-tambah tempat akak tu kawasan Panazzz( tempat rafidah aziz..he..he.)...walaupun patutnya ni kali ketiga boleh mengundi tapi before ni tak pernah pergi...taaapi silap besar sebab bila pi pusat undi tu tengok-tengok nama akak tak de..hu..hu..rupanya dulu akak daftar SPR masa kat Nihon sebagai Undi Pos so nama akak kekal sebagai pengundi pos...idak le tahu kena pi tukar status tu kat SPR..iskh!...sib baik masa pergi tu dah petang, tak de orang...kalau tak malu je! Kecewa jugaklah sebab tak dpt mengundi tahun ni....

 
At Fri Mar 21, 10:59:00 AM, Anonymous ladys said...

Umeboshi...semua dah selesai kan...dan nampaknya banyak kejutan2...rentetan dari PRU yang baru lepas...mungkin banyak lagi yang menanti...so...tungguuu....

 
At Mon Mar 24, 09:45:00 AM, Blogger umeboshi said...

k.pb,
caya! ekkeke.. memacam cara nak tarik perhatian org. mmg meriah!

k.maisya,
alahai..sedihnye..tak dpt mengundi le akak thn ni ek. lepas ni, cepat2 p tukar status tau..hik hik..
**hari tu, ojyamashimashita ne. arigatou byk2!! suka betul iman dgn biskut comel akak tu. mama dia kena belajar buat le nih :)

k.lady,
itu le. kali ni punya PRU, banyak sgt kejutan. ada lagi ke kejutan lepas ni? ehehhe.. mari sama2 menunggu..

 
At Mon Mar 24, 06:47:00 PM, Anonymous ros said...

kak nora, org parit 9 rupanya, ros nye nenek parit 7, hahahaha mmg dekat sgt aa, sekinchan tu tmpt shooping ros dulu klu blk kg, ape pun kim slm noname n anak-anak akak ye...

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home