Hotlink dan penipuan.
Beberapa bulan lalu, aku ada terima sms, tertera dihantar oleh Hotlink. bunyi nye: "Congratulations! Anda memenangi WANG TUNAI RM9000 dari MAXIS. Info sila hubungi perkhidmatan MAXIS 006281398156968 http://www.hotlink.com.my"
Kalo korang dpt sms camni, mau caya ke? aku mmg langsung tak caya. masa memula baca, dpt RM9000 tu, nak terbeliak rasa nye mata aku. tapi bila terus membaca...bila tengok nomo tepon yg tertera yg patut dihubungi tu, aku terus percaya yg itu adalah sms palsu. aku agak, nomo tepon tu yg bermula dgn 0062+++++ tu, adalah kod panggilan ke indonesia. maklum le, aku slalu gak contact dgn customer di indonesia. so...terus aku syak itu nomo panggilan ke sana. lagi pun, aku tak pernah guna Hotlink. Hotlink ni utk panggilan prabayar kan? henset aku, guna line. mana ada kaitan dgn hotlink. aku pun, saja2 selidik ke website Hotlink tu, dan kat situ langsung takde cerita apa2 pun berkenaan dgn apa2 game atau hadiah sebanyak RM9000 tuh!
Tak lama lepas tu, Topik Pagi Di Era K&K ada membincangkan pasal hadiah2 lumayan yg ditawarkan adalah merupakan 1 penipuan. so...ramai gakla yg call, kata dah tertipu. ada yg dpt surat kata soh p amik hadiah. tapi, kalo nak amik hadiah kena bayo sekian sekian byk. aku tak sempat dgr abis. tapi, kata ABANG, dlm pada tu ada pemanggil ni bagi tau yg dia dpt sms dari Hotlink. macam yg aku dpt tu le. pompuan ni tau semua tu tipu, tapi saja je dia call nomo 0062++++++ tu. tuptup..yg angkat tepon tu, gaya cakap nye ala2 org indonesia. ish ish... bila borak2, org tu mintak nomo account bank ke, mintak pompuan ni bank in duit ke dlm 1 account bank ntah. aku pun dah lupa . Tapi, sbb pompuan ni dah kompom rasa tertipu, terus dia tinggi suara marah2 org tu. Ish ish... tu, pompuan tu pun ntah berapa kena bayo bil tepon utk buat panggilan tu kan? kalo betul nomo tu ke indonesia sana pegi nye...
sekang ni..memacam jenis penipuan org buat, demi nak untung, nak kaya cepat.
++++
citer lain. DIA dan ramai lagi graduan yg masih menganggur, teruja bila ditawarkan keje dgn company yg menjalankan perniagaan matawang asing. dijanjikan gaji rm1500++. bila dah keje, syarat utk menentukan basic salary ialah dgn menarik sekurang-kurang nye 1 org client. dan client nye mestilah melabur rm60,000 minimum. kemudian, kena buat sehingga 8 kali transaksi baru boleh dpt gaji. hampir 3 bulan bersabar. keje tapi tak dpt gaji lagi sbb transaksi yg dibuat belum sampai 8 kali. tak cukup dgn itu, bos mintak DIA kutip lagi pelaburan tambahan dari client nye . atas apa alasan, DIA pun sudah bengang. sakit hati tapi tetap bersabar, kerana risau wang yg telah dilabur akan hilang begitu saja, serta duit gaji pun belum sesen pun diterima.
keje mmg tak happy kata nye. langsung tak dibenar berborak dgn rakan sekerja. pergi mkn kena sorang2. tak boleh berteman. kalo ada masalah keje, terus kena utarakan ke pihak atasan atau bos. tak boleh bincang sikit pun dgn kwn opis. semakin hari, DIA mmg betul2 rasa tertipu. dpt contact dgn kwn2 opis yg lain secara sembunyi. masing2 mmg rasa tertipu dan akhir nye mereka sama2 amik keputusan benti keje. tapi, gaji bulan pertama, bulan ke2, hanya rm300 lebih kurang je yg dibayar. utk bulan terakhir itu, baru dpt gaji penuh rm1500. atas nasihat kwn2, sebelum duit pelaburan yg client DIA bayar itu lupus, baik DIA keluarkan semua nye dgn segera. tak sampai separuh dari duit pelaburan client nye, dpt balik. tapi, itu kira bersyukur juga lah. ada kwn DIA, hampir rm120,000 dilaburkan. duit emak, duit makcik nye..dilaburkan secara senyap2 tanpa pengetahuan ayah nye. tapi, semua nye lupus! hilang dari account! kata pihak atasan, semua nye gara2 kerugian perniagaan. bila si ayah dpt tahu, habis porak peranda keluarga. kwn DIA dihalau dari rumah. si emak yg cuba melindungi kwn DIA ni pun ikut sama diherdik dek ayah. lalu kwn DIA, emak nye dan adik2 sama2 keluar rumah. menyewa rumah lain.
DIA amat bersyukur. punya keluarga yg memahami. bukan salah DIA. DIA hanya ingin cuba mencari rezeqi. tapi tak sangka boleh tertipu dgn company yg bertopengkan ciri2 keislaman begitu. company milik org bumiputera, org melayu dan beragama Islam. duit, harta, insya-ALLAH boleh dicari. bila2 pun kalo ALLAH izinkan. tapi, kaum keluarga, hanya itu yg ada. takkan lah hanya kerana wang, sampai sanggup nak membuang ahli keluarga? ini sebagai pengajaran. bukan saja pengajaran buat DIA, buat kwn2 nye saja, tapi buat kita dan masyarakat semua nye. bahawa di Malaysia ini, wujud company begitu. betul2 1 penindasan.
DIA dan kwn2 bersungguh-sungguh mahukan keadilan. mahu pihak company membayar balik wang pelaburan. tapi, rayuan mereka langsung tak dipandang. DIA sepakat mengata "patutlah org opis ni semua nye perut boroi2. gara2 mkn duit haram lah ni!!" dgn geram DIA melontarkan kata2 itu. mmg geram. DIA dan kwn2 buat report kat balai polis pun, polis tak amik apa2 tindakan. kejam sungguh rasa nye.
moga DIA dan kwn2 nye byk2 bersabar. sesungguh nye doa org2 teraniaya itu insya-ALLAH dimakbulkan ALLAH. moga DIA dan kwn2 diberikan kekuatan, keteguhan iman dan beroleh keberkatan serta kemudahan sentiasa. amin!
Cerita pasal DIA dan kwn2 yg teraniaya, ada keluar kat paper KOSMO keluaran sekitar akhir januari gitu.
Labels: Lain2
4 Comments:
macam2 penipuan. Baru ni dapat call dari VISA & MASTERCARD service centre cakap nak offer kita kredit kad yang baru. Tapi sejak bila VISA & MASTERCARD merged?
Pasal kawan ciknoora tu, memang kesian sangat kan? Duit tu pegi mana sebenarnye ek? Syarikat bumiputera buleh lak tindas bumiputera sendiri? Teruk betul la
Ryu..org nak menipu, macam2 idea dan cara depa buat kan? mmg nyusahkan org lain sungguh. DIA kata, patutlah ada org2 tertentu kat opis DIA tu, gaji nye boleh sampai puluh2 ribu sebulan. mungkin duit pelaburan org lain yg depa dok pusing sana sini utk buat gaji depa.depa tak takut pun bila DIA& kwn2 kata nak report polis. nampak sgt macam polis/pihak berkuasa dah 'disuap' dek depa. wallahua'lam.
CIk Ume..
En Suami kita pun ada dpt SMS macam tu.Tapi tulisan RM.9000
aku tgk gelak2..kalau tulis macam tu kan RM0.90. Tapi ini Celcom le. Suruh call balik pun nombor obersea. Karut lah. dah le sms pukul 3 pagi. ting tong ting tong mata dok baca sms.POYO je.Tapi pasal DIA tu.kesian ek..biar le.kalau tak dpt pembalasan kat dunia. Yg Boroi tu akan di soal di sini..Biar lemak2 boroi tu yg tolong jawabkan.
ujen...cikume pun dpt sms tu tgh tido, dlm kol 2.30am gitu. mmg POYO. hehe.. tu lah, kesian kat DIA. teraniaya dek bangsa sendiri.
Post a Comment
<< Home