Family Day Hajjah Zaharah
Ini cerita sudah basi.. Baru hari ini aku ada mood, bleh luangkan masa utk buat entry pasal Family Day ni. 20/08/2006, Ahad yg lalu....seperti yg dah dirancang sejak sekian lama, family besar ini berjaya mengadakan family day - Family Day Hajjah Zaharah (nenek kpd ABANG, belah mak). Dari 9am hingga 3,4pm pelbagai acara diadakan. Tema hari tu, kuning. So...semua org mmg digalakkan pakai pakaian warna kuning.
Aku dan ABANG, bertolak dari kg ku, sbb mlm sebelum tu ada kenduri kat kg aku. mak abah buat kenduri doa selamat dan tahlil. So, pagi2 Ahad 20hb tu, aku&ABANG (of course lah dgn Iman sekali), bertolak ke Klang umah Cik Nah, tempat berlangsung nye family day tu. Ini bukan calang2 family day. Kitorg semua dpt kad jemputan yg dipos , dan ada yg diedarkan by-hand saja. hehehhee.. bersemangat makcik pakcik kami nih. Setiap family mmg dikenakan bayaran dan digalakkan utk menyumbang sikit2 makanan, hamper dan hadiah2. ABANG sepjg hari tu, jadik pengacara majlis. (Tu pun, sempat lagik join masuk pertandingan karaoke kategori dewasa). hehhee..
Acara2 nye antara nye ... majlis tahlil & doa, ucapan ,pertandingan mewarna utk anak2, pertandingan karaoke utk anak2/remaja/dewasa, pertandingan rebut kerusi utk anak2, pertandingan cantum gambar utk anak2, Main bola beracun utk anak2, pertandingan cari pasangan utk dewasa, pertandingan kembar tiga (ni, tiap kali kalo kami ada family gathering, game ni le paling famous...mesti ada), lucky draw...kemudian ada sesi bergambar, dan paling penting..mkn2 dan penyampaian hadiah.
mknan ni, kami amik catering jek. nasi beriani, lauk ayam masak merah,rendang daging, acar. pastu ada la mknan sampingan yg lain. semua nye nampak sedap2 belaka. cuma, aku tak jamah semua tu la. lauk2 pun aku amik secubit dua sbb masa tu aku tgh dok kena gatal2 kat kaki dan tgn. sampai bengkak2. tu yg aku tak berani nak mkn sembarangan. kena la berpantang.
Di samping tu...semua family kena buat poster family. Bukan lah poster apa pun...cuma letak gambo2 kenangan keluarga dan hias dgn kreatif. Utk ini, family kitorg...(family mak ABANG) dpt nomo 2. Family day kali ini..mmg best dan meriah. selain dpt beraktiviti, dpt byk hadiah, kitorg pun dpt la merapatkan lagi tali kekeluargaan. Paling best, anak2 lah sbb byk aktiviti utk diorg. menang kalah, semua dpt hadiah. pastu, semua yg hadir pun, dpt door-gift jugak. mmg puas hati. sampai pukul 6pm jugak lah kami berkumpul reramai kat sana. penat tu mmg penat, tapi seronok sekali sekala bleh kumpul reramai gini. Iman pun seronok bermain dgn sedara mara yg lebih kurang baya dia tu.
Nak balik pun...dpt buah tgn lagik. macam pegi kenduri kawin jek...dpt 'bontrot' gituk. ehhehe..
Labels: Keluarga
0 Comments:
Post a Comment
<< Home