Friday, June 02, 2006

Perapan BBQ (sumber:kak Anis MTM)

BAHAN2 (cukup utk 8 ketul lamb shoulder/12 ketul dada ayam)
1 labu bwg besar
10 ulas bwg merah
7 ulas bwg putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 btg serai
1 botol sos BBQ (jenama Knorr,perisa Traditional BBQ atau lain2 jenama)
3 sudu besar gula perang/ 1 ketul gula kabung
3 sudu besar madu
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar mentega/marjerin/minyak sapi
1/2 cawan kicap pekat manis
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada sulah
3 sudu teh garam/secukup rasa

CARA2
1. Kisar bwg2, halia, lengkuas, serai (tak halus sgt pun ok).
2. Gaul rata bhn kisar dgn semua bhn.
3. Tuangkan ke atas lamb shoulder/ayam dan perap selama 3 jam pada suhu bilik.

TIPS TAMBAHAN
1. Perapan ni,bleh juga guna utk daging,sosej dll.
2. Ayam,daging,ikan..eloklah dikelar2 sket isi nye supaya bhn perapan lebih meresap.
3. Ayam yg dah diperap,elok dikukus hingga separuh masak terlebih dahulu sebelum dipanggang. Agar mempercepatkan ayam masak masa memanggang dan ayam taklah jadik kering sgt nanti.
4. Baki perapan boleh disimpan dlm peti sejuk bahagian dingin beku,dan bleh digunakan lagi lain kali.
5. BBQ lebih sedap kalau diperap lama. 2,3 mlm sebelum nak buat BBQ tu pun,dah bleh mula perap. Mula2 perap selama 3 jam pada suhu bilik.Lepas tu bleh la simpan dlm peti sejuk bahagian dingin-beku. Nanti,bila tiba hari nak BBQ, kuarkan dari peti sejuk dan biarkan mencair pada suhu bilik. Takyah le nak rendam atau panaskan...

3 Comments:

At Sun Jun 04, 09:19:00 PM, Blogger halela said...

cik asamboi,
daging tu kukus bersama marinate atau kukus dulu baru perap marinate?
Klela tak pernah kukus daging pangang sebab takut hilang manisnya. Itu yg nak tahu nie.

 
At Mon Jun 05, 11:15:00 AM, Blogger umeboshi said...

K.Lela..kekee..ada2 saja la ek.asamboi pun asamboi le.
pasal ayam tu..lepas diperap dgn marinate tu le, baru dikukus.kukus pun tak lama. sekejap saja.kalo beef tu,takyah kukus kot?ntah le.kiter pun baru dpt resepi ni last week.gara2 nak berBBQ kat Desaru pada mlm minggu baru2 ni.dan kami just bakar gitu je ikan siakap,ayam,sosej. ayam tu, kami tak kukus pun.hehhe. anyway, details..nanti kiter try tanya K.Anis ni le..tuan yg empunya resepi.ok..?

 
At Tue Jul 04, 10:36:00 AM, Blogger umeboshi said...

dah confirm dgn K.Anis. Yg patut dikukus ni ayam saja. tu pun, yg potongan dgn saiz besar,tebal2. macam peha,dada gituk. kukus setelah diperap dgn bhn2 sos tu lah.kukus dlm 10 minit gituk.

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home