Monday, May 29, 2006

Motor Show, dan macam2

Sabtu,27/Mei/2006
Pagi ni aku buat cekodok bawang+ikan bilis+roti gardenia yg ada balance 2 keping, makan utk breakfast hari ni. Cicah ngan sos cili Life. Iman suka jugak mkn cekodok. Siap cicah sos lagi tu.
Sambil mkn, borak2 dgn ABANG pasal ada Motor Show kat PWTC sejak semlm sampai 4 Jun ni kot. ABANG kena p keje hari ni. Tapi, tak lama. Tgh hari ABANG dah kat rumah.

Masuk rumah je, ABANG soh siap2. Apesal lak? Rerupa nye, serius dia ajak p tengok Motor Show tuh. Apa lagi, aku pun siap2 la. Kuar rumah dlm kol 11.50 gitu.Kami p park keta kat Shah Alam komuter station. Naik komuter sampai Putera Station. (station paling dekat dgn pwtc). RM2.90/person/one way. Iman, sejak dlm keta dia dah terlena. Dukong dia masuk dlm train pun dia masih lena. Sampai kat Subang Jaya gitu, dia bangun. Tercengang gakla dia. Hehhehe...tengok keliling ramai org. Lepas minum sebotol susu, terus sihat cergas Iman. Excited lak dia. Tengok pemandangan luar lalu tingkap train tuh. Turun kat Putera, p toilet dulu.Pastu, beli sebungkus buah jambu dgn sebungkus kacang tanah. Buat kunyah2 nanti. Emm...lalu depan The Mall Shopping complex, kami decided nak p lunch dulu baru masuk pwtc tu. Mkn kat medan selera kat tingkat paling atas The Mall tu. Nama medan selera tu...Medan Hang Tuah. Siap ada pintu gerbang. Kat situ dia buat ala-ala Melaka la konon. Aku dgn ABANG, amik nasi campur.Both of us amik lauk ayam goreng seketul sorang, sambal belacan, sayur sejenis sorang. Fuh...itu aje RM5/person. Mahai gak eh..Air minum, mochiron* rege lain yo.
Bila aku letak je makanan aku kat atas meja, Iman yg siap sedia tunggu kat situ terus capai nasi.
Kesian Iman. Kelaparan la tu. Banyak gak dia mkn. Lepas mkn...terus la kami p pwtc.

Hamboi mak!! nak amik tiket masuk pun,ramai nye org.Panjang beno barisan. Aku dgn ABANG p surau dulu. Solat Zuhor. Lepas tu baru la p amik tiket. Yokatta sbb kami p amik family pakej. Husband&wife..2 org dewasa, rm40/pakej masa weekend. Ala...kalo amik single nye fee pun sama gakla. rm20/person gituk. Anyway, queue kat family pakej ni,tak sepjg macam single punya.tu yg yokatta. Takyah baris,tunggu lama utk dpt tiket.

Dlm kol 3pm gitu kami masuk dlm.Masuk dlm tu...memacam jenih kereta,motor ada.Iman pun mmg giler motor dgn car. Suka la dia. Jalan ke sana sini. Tapi,sbb org ramai sgt...aku dgn ABANG rela gilir2 dukong Iman. Iman dah la kecik cinonet..kang org tak pasan..terlanggar la plak. Kalo ada exhibit camni, biasala...mesti ada souvenir macam beg plastik/kertas, pamplet etc dari memana booth. Sana sini nampak org pegang beg ada nama Hyundai, Mazda, JRD, Toyota, Nissan, Proton. Jenuh gak kami dok round sambil tengok2 keta/motor tu, kalo terserempak ngan staff yg dok agih2kan beg2 tu...nakla buat muka tak malu p mintak. tapi, takde la jugak jumpa. Atlast...naik kat floor atas, kat tempat Mazda, baru dpt belon dan kat JRD Motor dpt beg. Kat tpt Honda lak, ABANG p mintak beg kat kaunter diorg.Kekkeke..Staff kat situ soh syyy...senyap2. Tanak kasi org lain tau la yg kami dpt beg dari situ.Pastu...kat Perodua dgn Naza kot...ABANG just isi form jwb soalan2 quiz...then jawapan2 betul dpt la gak gift. Dpt bekas isi air, key-chain, stickers, alarm clock yg rupa bola,etc. Then, kan ada dpt sms dari Maxis...Yg kata nye kalo tunjukkan sms tu kat Maxis booth masa Motor Show ni akan dpt hadiah misteri. So, time nak keluar tu, kitorg p kat Maxis booth. ABANG p dulu, then dpt la key-chain dgn tpt simpan sim card. Aku pun nak p tunjukkan gakla sms yg aku dpt tu.Tapi,bila check2..sms tu dah takde. Aku rasa, aku dah terdelete masa borak2 dgn ABANG waktu breakfast this mornig. Haiya!! kuyashii* jerkkk!!!

Ops..dlm ramai2 manusia kat situ...ada gakla kitorg terserempak dgn org yg dikenali...member opis ABANG, pastu member company aku;Faisa.

Fuh...kitorg abis ronda tu dlm kol 6pm gakla. Aku paling suka tengok keta2 lama yg antik2 gitu. Lagi, syok tengok Naza nyer cars. Emm...best gakla. Aku rasa, berbaloi gak la bayo rm20/person tuh. Cuma...aku pun heran, kenapa model2 utk Motor Show ni, kena pakai seksi2 gituk? Dedah sana...dedah sini. Dulu,aku ingat Motor Show kat Jepun je gitu. Tapi,kat Malaysia pun sama je ek. Tabikla kat Nissan booth..diorg nye model tak seksi.Tak perlu dedah2. Nampak lawo dan bersopan jek.

Lepas kuar dari show room tu..aku dgn ABANG terus p solat Asar kat surau. Tukar drypers Iman sekali. Dan kat situ gakla belon Mazda tu pecah sbb Iman dok tenyeh2 belon tu kat lantai!! Hahhaha..Terus kitorg nuju ke Putera Station. Naik train dlm kol 7.22pm. Decided turun kat KL Central je la sbb nak Maghrib dan dinner kat situ je. Putera-KL Central...RM1/person. Iman sebelum naik train lagi dah lena. Lepas solat, p dinner kat food court tu pun Iman lena lagik. Dinner mlm tu, kami amik Thai style food. Aku nyer...tomyam+nasi putih. ABANG lak nasi putih lauk paprik. Emm...ok la.Oishikatta. Lepas kitorg mkn baru la Iman bangun. Naik train ke Shah Alam..dlm kol 8.55pm. KL Central-Shah Alam, RM2.50/person. Ramai betul org dok nunggu nak naik train. Alhamdulillah kitorg dpt seat. Lega...Iman lak mulutnye kepoh je kat dlm train tu.Hahhahah.

Adus..sampai rumah dlm kol 10pm. Sehari suntuk dok jln, sambil dukong Iman. Aku dgn ABANG memasing rasa lenguh2 badan ngan kaki ni. ABANG kata, kaki dia rasa membengkak.Kakakakkaak...Mmg betul2 letih. Ma...tsukareta kedo, sugoi tanoshikatta.* Rasa nye Iman pun sure seronok dgn journey dan aktiviti hari ni. Dia langsung tak mengamuk atau nangis2. Lagipun..hari ni, kira Hari Ini Dlm Sejarah. Iman 1st time naik komuter. Hajimete no densha.* Aku dgn ABANG pun, sejak kawin...ni la 1st time kami naik komuter bersama. ABANG, otsukaresama deshita ne.

Bila p exhibition camni, aku & ABANG dok pk..alangkah baiknye kalo kami ada digi-cam. Kami sekang ni masih guna kamera style lama..yg guna roll film tuh. Org lain sana sini dah guna digi-cam kan. Insya-ALLAH kalo ada rezqi lebih, kami nak la beli 1. Yg murah pun ok le.

Ahad, 29/Mei/2006
Hari Ahad...slalu nye kitorg lebih suka lepak2 kat rumah aje. Pagi ni, aku masak maggi goreng. Iman pulak...kol 9am gitu baru bangun.Hamboi anak mama..penat sgt la tu semlm p jln. Ni, balas dendam tido puas2...Lunch lak, buat sup ayam, then kacang bendi direbus+pelam kuinin+buah tomato+cili padi,bawang,bilis,udang kering digoreng&tumbuk. (ni,macam nak buat kerabu tu la..). Sambil2 tu..aku siapkan cuci kain baju. ABANG lak p beli newspaper kat kedai, pastu potong rumput yg dah mula memanjang kat dpn rumah tu. Iman..dok tengok tv la...layan citer cartoon. Tgh hari, Iman takmo tido. Main aje. Ptg dlm kol 3pm gitu kitorg p Giant. Nak beli hadiah utk org kawin weekend akan dtg ni.

Dlm keta,Iman dah lena. Penatla tu.Dari pagi tak tido. Sampai2 kat Giant tu, Iman bangun dan terus muntah2. Masa tu dia dlm dukongan ABANG. Habis baju ABANG pun kena muntah Iman. Terus kitorg lari p toilet. ABANG soh aku p belikan t-shirt yg murah2 utk depa ganti pakai. Aku belikan la t-shirt utk ABANG,rege RM9.90, ngan Iman,RM2.50 sepasang. Lepas both of them tukar baju...kami pun teruskan hajat utk bershopping. Then...p Maybank ATM utk bank in duit sewa rumah. Pastu,terus balik rumah. On d'way, singgah beli goreng pisang. Then,kat umah, ABANG buatkan air nescafe o panas,mkn dgn goreng pisang tu.

Mlm..layan tv. Tengok bola MyTeam vs Malaysia. Kejap2 tu ABANG alih2 gak tengok F1. MyTeam 1, Malaysia 2. Malaysia team tu..ok la kan sbb pro dan berpengalaman gituk. Yg MyTeam tu...tak dinafikan walaupun depa nampak cam 'budak baru belajar', tapi ada certain part tu,nampak main dgn penuh semangat. Cuma, MyTeam ni, emosional la. Sikit2 nak gaduh2 dan naik tgn! Pemain MyTeam..nama Faisal ke,Firdaus ek..respect gakla kat dia ni. Lincah dan cara dia main tu...aku suka la.Kan ABANG kan..

Pjg lak entry aku kali ni...

mochiron*= of course
kuyashii*= frust
tsukareta kedo,sugoi tanoshikatta*= letih tapi, seronok sgt

Labels:

2 Comments:

At Tue May 30, 08:52:00 AM, Blogger ryu_hana said...

heheheh..entry cikume ni memang salu panjang...hehehehe..
bestnye jalan-jalan...mesti letihkan dari tengahhari sampai ke malam...

 
At Tue May 30, 09:08:00 AM, Blogger umeboshi said...

woh..ye lah kot ek.salu pjg. hehhe. mmg best hada.lagi la iman dah besau sket ni,senang nak p memana dgn dia. tak byk ragam. tapi hari tu,letih gak yo...

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home