Wednesday, May 11, 2011

Jeruk Kedondong


kat tepi umah mak abah mentua ku, ada pokok kedondong. selalu berbuah. byk! kalo aku balik kg, abah akan petik, kumpulkan dan kasi kat aku. dibekalkan utk bawak balik ke putra heights. kalo dtg sini pun, diorg bawak kedondong tu utk aku :-) alhamdulillah.

hari tu aku buat jeruk kedondong.
resepi dari:-

http://www.myresipi.com/top/detail/2033

ni aku copy dan paste kan resepi nye:-

Bahan-bahan ( 50 biji )

  • 50 biji kedondong (boleh tukar kepada buah lain spt mangga muda, cermai, eh - apa2 buah le yg korang nak jerukkan!
  • 1/2 cawan garam kasar - larutkan dalam 2 liter air (x larut sgt pun xpe, masa merendam buah nanti larut la dia..
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 keping gula kabung ( boleh ganti dengan 2 sb gula melaka atau gula merah - x letak pun xpe)
  • 4 biji cili padi (optional - saya suka ada rasa pedas pedas sikit)
  • 2 liter air untuk air gula
  • 1 sk garam halus atau secukup rasa

Cara-cara

  1. kupas, basuh dan tuskan buah kedondong - rendam dalam air garam semalaman.
  2. bilas buah kedondong dan tuskan.
  3. masak air - masukkan gula pasir, gula kabung dan garam halus. akhir sekali masukkan cili padi.
  4. bila air gula dah sejuk, tuangkan ke dalam bekas buah kedondong. biasanya saya masak air gula ni 3 jam sebelum step 2 supaya by the time kita dah siap tus buah, air gula dah cukup sejuk
simpan dalam peti sejuk - seelok-eloknya biarkan 2 hari baru dinikmati.
sedappp!

Labels: ,

6 Comments:

At Wed May 11, 03:59:00 PM, Blogger Ija Zambry said...

uikk takde pakai cuka ke noora?

 
At Wed May 11, 04:06:00 PM, Blogger umeboshi said...

kiter follow je resepi ni. tak pakei cuka. tapi, nak kena tambah sket lagi gula dan kurangkan sket air le kalo utk 50 biji kedondong tu. kalo tak, tak berapa ok rasa nye. tu le, mak kiter dan my MIL punya jeruk pun mmg tak boh cuka pun.. semua taruh gula, garam, air jek. sodap gak :-)

 
At Wed May 11, 05:39:00 PM, Blogger Epelijau said...

wahhh..kalau tak guna cuka kita bole makan...sodapnya cik noora....:)

 
At Thu May 12, 08:11:00 AM, Blogger CikNi Ahnie (KakNi) said...

Mmmm... sodap nyer....

 
At Thu May 12, 08:25:00 AM, Blogger umeboshi said...

Am si epelijau, allergic dgn cuka eh? atau tak suka cuka? mmg sodap Am. makan tak hingat. tapi, kena gak le beringat. ahahha!!

k.ahnie, mmmmm mmg sodap!

 
At Mon May 16, 12:04:00 PM, Blogger umeboshi said...

Am kenapa? allergic dgn cuka eh? atau tak suka cuka? mmg sodap le Am...

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home