Friday, May 06, 2011

Hospital Serdang





Menu nye boleh tahan juga. sedap dan mengenyangkan. cukup utk anak dan penjaga mkn. ni menu ABANG dan Afiq Khair, 1st night at hospital.







Muka Afiq Khair, ptg Khamis, 14 April 2011.







Kaki Afiq Khair pada Khamis, 14 April 2011.









Mlm pertama tido spital. tgh lalok dan tak larat ni. demam teruk!













Tgh hari Sabtu, 16 April 2011. Mama dan Abang Iman dtg melawat. Afiq Khair tgh lena tidur.








The last day. Selasa, 19 April 2011. Afiq Khair dah mau main2 kat playground dlm ward.







Yeayy!! dah siap packing, kat dpn spital nak balik rumah.








Pakej 6 hari 5 mlm.

Gara-gara Afiq Khair yg demam panas lepas balik dari berlibur dgn family-in-law kat PD.
kalo demam aje.ok lagi. ni, siap naik bintat2 merah di tapak kaki, tapak tgn, telinga, dlm mulut. memula ingatkan penyakit HFMD..

tapi, lepas sehari demam, makin merebak lak bintat2 merah tu ke kaki, tangan, muka dan badan. kesian...

bila 2nd time bawak Afiq Khair jumpa doktor lagi, mmg bintat2 merah tu dah byk.
doktor suruh aje dibawak ke spital. ABANG bawak ke spital Serdang. nak jumpa doktor saja..kena nunggu hampir 4 jam. Afiq Khair yg masa pegi tu dah tak panas badan...jadik demam semula. mmg betul2 mencabar.

bila jumpa doktor, doktor arahkan supaya amik darah. utk test. result dlm 2,3 jam lepas tu. dohh..menunggu le lagi ABANG dan Afiq Khair kat spital. keputusannye, darah OK. bukan denggi atau apa2 yg bahaya. mungkin ada jangkitan kuman gituk...yg menyebabkan bintat2 merah naik tu.

doktor suruh Afiq Khair masuk ward. kandungan air dlm badan sgt kurang. tu yg nak kena stay kat spital. so, bermula lah "pakej istimewa" buat ABANG dan Afiq Khair di Hospital Serdang...14 april 2011 sampai 19 april 2011. 6 hari 5 malam. macam2 yg ABANG harus tangani kerenah Afiq Khair. nangis mmg tak henti2 bila dia celik mata. "nak balik!"..."nak mama".... tu yg diulang ulang. nangis siap guling2 kat lantai...siap lari pegi pintu sbb nak lari keluar, balik umah. ABANG terpaksa le pujuk2...berdukong aje le si baby besar kami tu. tidur pun dlm dukongan ABANG. bila dah lena baru le ABANG baringkan kat katil. Hari2 nak kena cucuk kat kaki atau tangan, utk masukkan air, masukkan ubat. tu yg tak tahan. mmg nangis tak hengat le Afiq Khair. mkn, minum pun takmo. dipujuk pujuk pun tak mkn saman. susu pun takmo. kalo mau pun, mkn sikit, minum sikit2 je la. doii...macam mana nak baik sayang oi.

tension gak ABANG kat spital tu. sampai satu mlm, ABANG sakit kepala. minta tolong nurse check tekanan darah, rerupa nye tekanan darah dah naik!!! Kesian ABANG.

Afiq Khair mmg tak brp mau mkn, minum. dia mau balik umah saja! emosi dia dah tak keruan. ABANG merayu kat doktor supaya kasi aje balik umah. tapi doktor tak kasi juga. tu yg ABANG tension..

19 april tu, selasa...ABANG mintak aku jaga Afiq Khair kat spital pulak. ABANG masuk keje..kononnya nak handover keje kat staff dia...sbb dia akan amik coti lagi beberapa hari utk jaga Afiq Khair kat spital. ikut kata doktor masa hari Isnin tu, seminggu lagi kena stay. doiiiii...

hari selasa tu, aku kat spital.. alhamdulillah Afiq Khair ok je. badan dah tak panas. bintat2 merah dah makin pudar. dia mau mkn, mau minum. mau bercakap. mau buat "kerja" sendiri kat buku mewarna dia tu. alhamdulillah. bila doktor dtg check tgh hari tu, alhamdulillah doktor pakar kata Afiq Khair dah boleh discharge ptg tu. bagai nak melonjak aku. ehehhe...itu yg kami tunggu2.

sempat borak2 dgn ibu2 yg jaga anak2 sakit kat ward kanak2 tu. masing2 kata, ABANG penyabar sungguh. Afiq Khair yg kuat nangis tu, ABANG layan aje kerenah nye dgn tenang dan sabar. kadang2 je nampak muka tegang bila Afiq Khair nangis tak henti bila dipujuk. nurse dan doktor2 pun masing2 cakap macam tu. masing2 puji ABANG. alhamdulillah! aku tumpang syok la pulak. sengeh senyum kambing dlm hati!

terima kasih ABANG atas kesabaran ABANG jaga dan layan kerenah Afiq Khair yg manja tu. . ikut kata ABANG, ada suatu ptg tu Afiq Khair nangis2 tak henti. ABANG bacakan surah Toha
dan tiup2 kat Afiq Khair. alhamdulillah sejak tu Afiq Khair dah kurang mengamuk. kurang nangis.

**dpt petua dari Ustaz Zamri Mari Mengaji:-
amalkan baca surah al-Insyirah (alam nashroh...) sejak baby baru lahir dan surah Toha ayat 1-5. supaya anak2 mendengar kata, lembut hati gituk. insyaALLAH ada kesan yg baiknye.

ptg 19 april tu, ABANG terus ke spital dari opis. nak angkut brg2 dan Afiq Khair balik umah. yeayyyyy!! lega bila dpt balik umah, dpt berkumpul sekeluarga di bwh satu bumbung. kami rindukan suasana itu. Iman dan aku siap nangis2 bila kami berdoa lps solat bersama-sama semoga diberikan kesihatan yg cemerlang buat Afiq Khair dan semua, masa ketiadaan ABANG
dan Afiq Khair kat rumah selama 6 hari 5 mlm tu.

alhamdulillah! Afiq Khair dah sihat. kulit pun makin bersih dari kesan bintat2 merah tu. mkn pun berselera sungguh. semalam p follow up checkup kat spital, berat sudah 12.4kg. lepas demam dan kuar spital, berat badan dah bertambah 1.4kg!!!!!! bagus lah Afiq Khair. ehhehe..

semoga anak2 mama dan abah semua nye membesar dgn sihat, ceria, cemerlang dan beramal soleh selalu!!! amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin!!!!!!!!!!!

we all sekeluarga sgt puas hati dgn layanan nurse, doktor dan semua staff di ward 5A, ward kanak2 spital serdang. semua baik2 belaka. manis muka. overall memuaskan lah. cuma nye....kalo dah warded tu, mmg payohnye lah nak dpt keizinan utk discharge dari doktor pakar. selagi ubat tak abis, selagi antibiotik tak abis, selagi procedure tak settle...selagi tu le tak bleh kuar spital. doiiii.... Anyway, Terima Kasih hospital serdang dan all staffs there!!!

berkat Afiq Khair warded tu, kasih sayang antara kami sekeluarga makin erat. lebih2 lagi aku...rasa sgt menghargai suami dan anak2 serta mak abah dan ahli keluarga yg lain, yg ALLAH anugerahkan buatku. mereka semua sgt bernilai buatku.

aku setuju dgn ABANG...yg katanye,kami mmg patut bersyukur sbb Afiq Khair tak le sakit teruk macam anak2 org lain kat spital tu. tengok anak2 lain kat ward tu, diorg ada yg jauh lebih teruk dan kronik. ada yg dah biasa keluar masuk spital. muka diorg tenang aje...sabar juga melayan anak2 yg sakit. Insaf bila tengok diorg semua!!

maka nye, dari sekarang, aku dan ABANG juga harus lebih kuat dan tabah dlm melayan anak2. insyaALLAH!


ok, have a nice weekend semua!!! esok Iman ada sekolah ganti utk deepavali.











































Labels: , , , , , ,

8 Comments:

At Fri May 06, 06:14:00 PM, Blogger Maisya said...

Alhamdulillah dah sihat. Dekat seminggu berkampung di hospital ye.

Akak macam selalu pulak baca anak-anak kawan yg demam teruk sampai warded lepas balik dari PD...mmm...mungkin kebetulan.

 
At Sat May 07, 10:20:00 AM, Blogger *∽ IZAN ∽* said...

siannya afiq hair... alhamdulillahh... dah sihat. sama laaa.. bila danish dania masuk wad doctor memang pesann.. ni salah satu process utk anak survive *create antibodi* dan membesar huhuhu

 
At Mon May 09, 08:50:00 AM, Blogger umeboshi said...

k.maisya...
alhamdulillah sihat dah afiq khair. tu le...dekat seminggu gak kat spital. mmg ramai eh yg balik PD kena demam? mm... syok sgt main air kut.

Izan, alhamdulillah mmg sihat dah dia skrg. mmg pun...anak2 kena demam, kena sakit ni, utk create antibodi kata nye. wallahua'lam...

 
At Mon May 09, 08:58:00 AM, Blogger Ija Zambry said...

alahai siannye tengok afiq khair. kena virus ke noora? bukan measles ek? takpe sakit budak2 ni nak bagi badan dia kuat, kata org tua2.
tokorode noora skrg keje mana?

 
At Mon May 09, 09:05:00 AM, Blogger umeboshi said...

k.ija...mmg sian masa dia tgh demam dan bintat2 tu tgh merah ranum! dia sokmo gatal. tgh2 mlm, pepagi buta dok sedap tdo, dia terjaga minta disapu ubat sbb gatal yg amat. tdo pun x lena. ntah le. doktor x cakap lak itu measles. kiter pun ada terpikir gak, kut itu measles..tapi, sbb doktor tak sahkan gitu, maka nye.. idok le kiter tau apa sbb sebeno nye. tu le, kiter pun percaya, mungkin beno nye gitu le. sakit diorg sbb diorg nak membesor dan nak bagi badan kuat. gituk? amiiiiin!!

kiter, masih kat empire subang ni. lagi 2 minggu keje kat cyberjaya. new company. nape k.ija? nak offer kiter job tak? heheheh..

 
At Mon May 09, 09:27:00 AM, Blogger pB said...

apasal tak sms akak ...???
boleh gie melawat...
bukannya jauh pun dengan umah kak pB

 
At Mon May 09, 11:49:00 AM, Blogger aNIe said...

Alhamdulillah dah sembuh...kesian tgk afiq.. teruk juga bintat2 kat muka dia tu... mungkin jangkitan kuman kot...

 
At Mon May 09, 05:28:00 PM, Blogger umeboshi said...

k.pb,
dok sibuk layan kerenah anak2, tu yg x ingat pun nak sms atau kasi tau sesapa kecuali family di kg. huhu...sori eh.

k.anie,
alhamdulillah. mmg teruk bintat2 merah tu merebaknye. siap dlm mulut pun penuh. tu yg dia takmo mkn, minum!! sakit!!

 

Post a Comment

<< Home