afiq khair 2 tahun.
4 oct lalu..genap le umur afiq khair 2 tahun. Afiq Khair bukan nye paham pun tang happy birthday ni. mama dan abah dia je yg excited. Abang Iman pun over excited jugak.
ptg 4 oct, ahad tu..kami pegi makan2 kat umah ani. lepas tu pegi solat maghrib kat surau sec 24 shah alam. masa ABANG nak p solat tu, Afiq Khair sibuk2 nak ikut jugak. Iman pun kalo diikutkan, dia pun nak ikut sekali. tapi ABANG kata; " Iman dok kat kereta je. jaga mama ek!". so, dgn terpaksa...Iman pun kata le.."okey lah!". hihihi...lepas ABANG dan Afiq Khair pegi, Iman pun kata; "kalo lah Iman boleh cipta alat yg membuatkan Afiq tanak dgn abah je..dia mau dgn mama, kan bagus. nanti Iman boleh la ikut abah pulak". ish ish...ni tgh geram le tu. asyik2 dia je kena mengalah eh? kesian abang Iman. tu pun, terpengaruh dgn cerita doremon dan kiteretsu la kot tu. siap berangan nak cipta alat tah apa2 tah.
lepas solat, kami pegi beli kek birthday kat sec 18. alamak!! byk kek dah sold out. at last, aku amik kek tiramisu. pastu, Iman sibuk2 suruh beli topi yg colourful tuh. dia kata, utk Afiq Khair sbb birthday Afiq Khair. eleh..yg sebenar nye, Iman yg teringin nak topi tu. maka nye, aku belikan la..1 topi utk Iman, dan 1 topi utk Afiq Khair. pastu, Iman gak la yg sibuk2 nak beli patung gula berbentuk doremon (utk Afiq Khair) dan patung pikachu(utk Iman sendiri). letak patung2 tu kat atas kek.
on the way balik umah, Iman kat dlm kereta byk kali sebut2.."lama nye nak sampai rumah. Iman dah tak sabar nak mkn kek birthday Afiq.." pastu siap kata; " Iman tanak tido la. Iman nak mkn kek birthday Afiq". tapi, tak lama tu...Iman dah terlena. kesian.. sampai kat umah pun, dikejutkan.. dia takmo bangun. so, mlm tu tak jadi la nak potong kek birthday Afiq Khair. kitorg simpan aje kek tu dlm peti sejuk.
esok pagi nye..Isnin, bangun tido tu, Iman tanya.."mama dah abiskan ek kek birthday Afiq?" ish.. idak le mama kemaruk sgt nak perabihkan kek tu semua. emm...isnin tu, mlm nye time dinner, kami sama2 nyanyi happy birthday kat Afiq Khair. Afiq tanak tiup lilin. "takut!" kata nye. siap peluk ABANG sbb takut dgn api. Iman yg tiupkan lilin. ingatkan anak2 tak suka kek tiramisu tu. sbb slalu diorg mkn kek coklat jek. anyway, kali ni...kek tu sedap. iman dan Afiq Khair ulang2 kata; "yummy!" dan "yummy!". alhamdulillah. sampaikan..esok nye tu, balik dari school, sampai umah je ptg tu..masing2 jenguk ke peti ais mintak kek. aku pun kasi le sorang sepotong. then, mmg licin masing2 makan.
utk sambutan birthday Afiq Khair kat school (neseri), aku baru je prepare utk sambutan nye pada jumaat last week. order kek kat lili aje le. kek lili mmg sedap. dah beberapa kali gak le aku order kat lili. mmg tak menghampakan. kek sedap, dan penghantaran sampai ke rumah. thanks a lot lili!! kali ni, order kek sponge bob, jenis choco fudge. Iman kata sedap sgt. dia mkn kat school, siap menambah sampai 5 kali!!!!! http://www.chocncheezz.com/
my dear Afiq Khair. dah 2 tahun anak mama. makin membesar. makin cerdik. makin keletah. makin byk gak le perkataan yg dia boleh sebut dan pahami. tapi, makin manja!!! mungkin sbb jeles kat asha zahra kot. sejak ada baby, dia dah tak berapa mau dgn aku. kalo ada ABANG, mmg ke ABANG je le dia pegi. mmg manja sgt dgn ABANG. sikit2 abah. sikit2 abah. lepas tu, suka nangis menjerit jerit, sampai serak2 suara nye. tak boleh nengok abah dia pegang Asha Zahra. kang mula la merajuk..menangis...nak tarik perhatian abah dia.
Afiq Khair. mama sayang sgt kat Afiq Khair. sama aje macam mama sayang kat Abang Iman dan Adik Asha Zahra. doa dan harapan mama, moga Afiq Khair menjadi anak yg soleh, org baik2, taat kpd perintah ALLAH, jauhi laranganNYA, ingat dan sayang sentiasa keluarga, sihat, ceria, berjaya, selamat dan bahagia dunia dan akhirat!! amin! HAPPY BIRTHDAY AFIQ KHAIR. I Love you so much!
PS: gambar2 yg tertera ni ,dari henpon..
Labels: Afiq Khair, Gambar, Iman, Keluarga
5 Comments:
happy birthday afiq khair.. sedap nama...:)
thanks, k.hanny. sedap ek nama dia? tenkiu. hehe..nama anak2 semua nye idea dari cik ABANG. cik ume tinggal pilih je mana nama yg best.
Happy besday Afiq Khair! bestnya kek!
happy birthday afiq khair. Makin keletah dia yek.. mesti mcm Sabrina kot. Asyik meniru org bercakap. Moga terus membesar sihat walafiat. Jadi abg yg baik mcm Iman yek. Otonashi jgk yek Iman skang.
Sedap nampak kek sponge tu.
aunty zali, tenkiu!! kek tu mmg best tau.. hehhe..
aunty wah, tenkiu jugak. afiq khair main bijak. apa yg abg iman dia buat, semua dia nak tiru. tapi, makin ciwek pun iye. kuat nangis. amat jeles dgn adik asha zahra nye..huhuhu..kek sponge bob ni mmg sedap tau!! cuba la sesekali order dari lili nih.
Post a Comment
<< Home