Tuesday, November 30, 2010

Lempang

Sekarang, aku dan ABANG sibuk nak latih Afiq Khair supaya bangun pagi, mandi siap2 kat rumah sebelum dihantar ke neseri. Nak biasakan dia bangun pagi2...sbb next year kononnye nak hantar dia p sekolah dah.


Tapi, mamat sorang ni mmg susah nak bangun pagi. kejut dia ulang kali pun, dia takmo bangun. at last, aku atau ABANG akan usung dia ke bilik air dan paksa dia mandi, gosok gigi. so, meraung la dia..."Apiq nak tido...Apiq nak tido!!!". mmg nangis sakan. meronta ronta kat dlm bilik air tuh!!! nyampah tau!


tiap2 mlm sebelum tido, mesti janji dgn dia.

Aku/ ABANG: Afiq esok bangun pagi2 tau..mandi kat rumah. nanti dah nak sekolah, macam mana..kalo takmo bangun pagi??

Afiq Khair: OK. Apiq bangun. jangan nangis tau! (nasihat kpd diri dia sendri).

Aku/ ABANG: OK, jgn nangis tau. kalo Apiq nangis?

Afiq Khair: kalo Apiq nangis, nanti abah lempang saya!!!

ewah.....bukan main berani lagi dia nak suruh abah lempang dia eh...


Malam, mmg elok dia berjanji. akan bangun esok pagi nye tak nangis2. tapi, bila tiba next morning tu, dah lupa la dia. Afiq Khair bagai dah bertukar jadi Afiq Khair yg lain...yg lupa pada janji dia tu...hei, anak anak2...macam mana ni. susah nak bangunkan dia. ada sebulan ni aje pun utk latih dia supaya boleh bangun pagi tanpa nangis2... aduh!

* Afiq Khair tgh kunyah McDonald beef burger. Lokasi nye kat Penang Nyonya Subang Parade. Mula2 masa nak keluar rumah, Afiq Khair sibuk kata lapar. nak mkn mi. tapi, bila masuk Subang Parade, dah lalu dpn McDonald...dia mintak nak mkn burger pulak. mama dgn Abang Iman dah set nak mkn mi. maka nye kami tapaw Happy Meal McDonald beef burger utk Afiq Khair, p mkn kat Penang Nyonya.

Labels: , , ,

Monday, November 22, 2010

Hangit

Last week, ada sorg x-staff dari Singapore dtg opis utk kasi training kat staff opis aku ni. Then, mamat Singapore tu belanja kami sorg seketul Roti Boy. bau nye menyucuk hidung. Harum bau kopi. Aku tahan nafsu. sabar. nak bawak balik roti tu utk dimakan bersama sama dgn Iman, Afiq Khair dan Asha Zahra. Tapi, ptg tu agak kelam kabut aku cabut meninggalkan opis. sampaikan terlupa nak bawak balik Roti Boy yg harum tu.

pagi tadi masuk opis, aku tercium bau roti yg harum tu. baru aku teringat yg aku tertinggal roti tu last week. hohoho...aku berazam utk panaskan roti tu dlm microwave opis. dah kabo kat member opis. tapi member aku kata..."jangan". dia takut aku keracunan makanan sbb roti tu dah terbiar sejak jumaat lepas.

tapi aku degil. dlm kol 2pm, aku cuba perhangatkan roti tu dlm micowave. tak sampai 2 minit, aku tercium bau hangit. cepat2 aku berlari p Off switch microwave. aduh...berasap microwave tu. roti boy dah jadi hitam legam. bekas "tupperware" aku pun berlubang!! terus aku cari kertas, balut roti dan bekas tu sekali. kasi buang kat tong sampah awam kat blok ni. giler menggerunkan. alhamdulillah tak terbakar opis. ish ish...

mmg satu opis berbau hangit. kepoh satu opis. ahahha...kami ON aircond, ON kipas. bukak pintu utama opis utk kasi bau hangit tu hilang. huhuhu...mmg menyengat lubang hidung dgn bau hangit ni. naik pening kepala!! aduh...cari penyakit sungguh.

so, kena la aku simpan duit banyak2, beli Roti Boy yg harum tu berketul ketul...buat aku, buat ABANG, buat anak2...supaya dpt memuaskan hati aku utk dpt mkn roti harum yg enak tu sepuas puas nye...

Labels: , ,

Friday, November 19, 2010

Aidil Adha

dah lama tak update blog ni.
sibuk berpindah opis. sibuk kemas opis, kemas umah, emosi tak berapa stabil, perasaan kurang tenteram dan macam2 lah. tu yg tak terupdate blog ni.

anyway, alhamdulillah dah masuk opis baru. kat empire shopping mall. phone/ fax line takde lagi. cuma, sapa2 yg call ke number opis lama, akan di-transfer ke henpon opis.. internet pun tak berapa stabil. anyway, syukur le dgn apa yg ada setakat ni. tunggu bln 12 ni, boss kata akan install Unifi kat opis.

eh, nak wish kat all muslims...salam aidil adha! ada yg masih bercuti kat kg agaknye eh. aku dah bekerja semula sejak semalam. happy weekend juga. dok berpikir nak masak apa hari sabtu dan ahad ni...buat santapan suami dan anak2 tercinta. daging qurban yg diangkut dari kg agak byk. buleh ke weekend ni kami pulun mkn daging aje? tak berapa bagus utk kesihatan,kan..? tapi, buat masa ni ongkos tak berapa bagus utk beli ikan, seafood, ayam..

ok...take care semua di hujung minggu!

Labels: ,

Tuesday, November 02, 2010

Packing

we all mmg tau akan kena pindah. boss nak jual opis yg ada ni. then, we all akan keluar, p rental opis lain kat building yg berdekatan. tapi selama ni we didn't know bila kena keluar p. tup tup semalam boss tepon ,kata we all kena bergerak pindah pada hari khamis ni. 4 nov. awat lak? tak bleh postpone ke boss? then boss kata, cannot! sbb tarikh tu mmg cun dan the best date utk move out. aiyo...tu semua, fengshui teacher dia le yg kabo kata nye. so, nak tanak, kena gak le kami p tempat baru pada hari khamis ni.

dengan kami yg takde buat apa2 pun lagi ni. opis still camni. tak pack apa2 pun lagi. dah tu, sorg staff opis ni start esok sampai jumaat dah apply coti. sbb sekolah dan daycare anak dia coti deepavali. takde sapa bleh jaga anak dia. so, tu yg dia apply coti start esok tu.. boss kata, khamis ni semua kena dtg utk keje2 perpindahan opis. wahhhh...sure le bengang acik yg dah apply coti tu. anyway, shouganai (no coice) ne...we all bukan nye boss kat opis ni. we follow je lah!

aku tak start packing apa pun lagi. dok sibuk key in data dan prepare agreement bagai le. quotation, invoice semua nak kena settle kalo buleh dlm minggu ni. sebelum p tempat baru... sbb bila dah p sana kang, dok busy nak set up tempat baru dan macam2 le lagi.. takut terlupa nak settle keje2 penting tu semua.

we all tak suka p tempat baru tu. we all dah sayang sgt dgn tempat sekrg ni. dekat dgn macam2 bank..(Public Bank, Hong Leong, Maybank, RHB, CIMB, Ambank, BSN, Affin Bank, Bank Muamalat..), pelbagai restoran (dari yg murah sampai ke mahal, ada malay/arab/chinese/japanese/indian/mamak etc), ada kfc/ mcD/ pizza hut/ canadian pizza/ noodle sta etc...ada macam2 kedai kek, hardware shop, mini market, dan serba serbi ada le kat sini. klinik pun ada! semua tu boleh kami p hanya dgn berjalan kaki saja. syok tau!!

kat tempat baru...serba serbi mahal le kot. kat Empire Subang sana. tempat shopping orang2 elit kut. nak cari kedai mkn yg murah (tak le murah mana kut), kena menapak le jawabnye. bank yg ada kat sana cuma Maybank je le yg terdekat.. parking pun tak bleh dapat reserve atau season card parking macam sekarang ni. so, hari2 nak kena prepare duit utk parking. satu jam pertama, kena RM1.50. setiap satu jam yg berikutnye RM1.....tu kalo parking kat Empire la. so, utk sehari, kena prepare minimum dlm RM10.50 la kalo aku...8am hingga 6pm. harus tepat jam 5.30pm aku dah cabut dari opis! oppps!! kalo company akan tanggung duit bayaran parking, tanpa had minimum...ok la jugak...kan? macam sekrg ni, utk parking mmg kitorg ada season card. company tanggung. hari2 takyah sibuk cari duit utk bayo duit parking. alhamdulillah. kat tempat baru nanti...huh!!!

ok la. apa2 pun, kena pack..pack...dan pack barang2 ni. semoga p tempat baru nanti, akan ada good news buat kami, buat company, buat bisnes kami, dan buat future kami..semoga ada seribu satu hikmah buat aku dan family juga...aminnnnn!!!!

Labels: ,