Thursday, April 30, 2009

Selamat Bercuti!!

Esok Coti.

Hari Buruh! yeyyy!!!

yg sebenar nye, aku akan bercoti pjg sket. sampai selasa dpn. adikku, ida...bakal melangsungkan perkahwinan nye pada hari sabtu ni kat kg. so...aku amik kesempatan le, isnin amik coti. company aku kasi coti khas utk staff nye sempena adik beradik nyer majlis kawin. then, aku apply sehari lagi coti..guna annual leave le. maka nye...aku coti esok sampai selasa. hurray!!



yg tak syok nye, ABANG coti sampai isnin jek. so, apa2 pun, isnin tu dah mmg kena balik putra heights le jugak ikut ABANG. selasa...aku rileks sendiri jek la. ni tgh buat plan nak jumpa member aku...insya-ALLAH!



mlm tadi, pagi tadi...aku dah siap2 packing brg2 utk balik kg. mlm ni insya-ALLAH kami bertolak balik kg. harap2 majlis walimah Ida ni nanti, akan berjalan lancar, sempurna dan diberkati ALLAH hendak nye. amin!

** Selamat Hari Pekerja buat semua!! dan selamat ber-weekend...**






ni gambo anak2 yg sedang menyonyot botol sambil tengok tv. gambo entah bila entah ni. time gambo ni diambil, Iman masih membotol. sekarang dah tak membotol pun. masa tu, Afiq Khair mmg suka main periuk tu. asal ke dapur je, sure dia amik periuk tu dari rak dapur dan akan diusung nye ke sana ke sini.

Labels: , , ,

Thursday, April 23, 2009

6th Wedding Anniversary.

*gambo masa majlis di rumah aku 6 tahun lalu. tema nye, kaler maroon dan cream. gambo ni aku cilok dari web friendster adikku; ida. hehehe..sorry and tq,da!!*


Alhamdulillah..tahun ini, 20 April (Isnin) yg lalu, genap 6 tahun ikatan aku dan ABANG sebagai suami isteri. moga berkekalan jodoh, kebahagiaan kami ini. serta moga makin bertambah erat kasih sayang antara kami dan bertambah keimanan kami..amin!!!

Company aku, mmg ada coti khas utk b'day staff2 nye, atau b'day spouse masing2, atau wedding anniversary. tapi, dlm setahun, boleh pilih 1 je la antara 3 tarikh istimewa ni. tahun ni, aku amik coti utk wedding anniversary ni la. ABANG pun amik coti.


tapi, dlm pada happy nak spend hari coti tu berdua je dgn ABANG..tup tup..Afiq Khair kena demam la pulak. panas sgt badan nye sampai cecah ke 40 darjah celcius.


actually, hari jumaat mlm tu, kami bawak Afiq Khair p jumpa doktor. kena cucuk utk setahun setgh. mlm tu, dia ok. tak demam pun. Sabtu pagi, hantar Afiq Khair kejap ke neseri. so, aku dan ABANG boleh la mengemas rumah (luar dan dalam), cuci pakaian, masak2 dgn aman. kalo si kecik tu ada, mmg tak boleh buat keje dgn senang hati. ada je yg dia nak..ada je yg dia rengekkan nanti. pastu, suka sgt menyibuk kat dapur..dok punggah brg2 dari kabinet la..macam2!! Iman pulak, pagi tu bila kami kejutkan nak dihantar ke neseri sama2 dgn adik dia...dia takmau. Iman nak lepak umah je kata nye. tapi, bila dia dah mandi tu, sibuk lak nak p neseri. maleh kami layan. kejap2 tu Iman dok tanya, lama lagi ke nak amik adik kat school tu?!! ahahhaa..dah rindu kat adik dia la tu.


dlm kol 3pm, kami p amik Afiq Khair dari neseri, time tu badan nye dah agak suam2. Mlm tu, makin panas lak suhu badan nye. aku kasi mkn ubat demam. then, pagi ahad tu pun masih panas lagi. kasi ubat demam pun takmo surut2 gak. tapi, Afiq Khair masih aktif bermain main. cuma tak berapa nak mkn. hari ahad mlm tu, bawak ke klinik. mmg panas sungguh badan dia. tido nye pun tak lena. gelisah aje. aku pun tak bleh nak tido. tak henti2 dok basahkan kepala dan tubuh Afiq Khair dgn air. dia ni cepat sgt perasan nye...kalo dok letak kain lembap kat kepala/ badan dia, cepat je terjaga. mmg dia tak suka kalo kami letak kain lembap tu. nak basahkan kepala/ badan dia pun mmg payah gak. ditepis-tepis nye tgn mama/abah dia.geram aku dibuatnye!!


dlm kol 5am...Afiq Khair terjaga. aku masih tak tido lagi masa tu dok jaga dia. kasi dia minum susu sikit, pastu kasi ubat demam. tepuk2 dia, lelama tertido semula. aku pun dah tak boleh tahan, terus terlelap jugak.


bangun utk solat subuh pagi isnin tu, aku rasa2 badan Afiq Khair, masih panas lagi. so, biarkan je la dia tido. kami dok siap2kan Iman utk ke sekolah. ABANG hantar Iman ke sekolah, beli sarapan dan kami lepak kat umah je pagi Isnin tu. dok layan Afiq Khair yg demam. dekat kol 11am, hantar Afiq Khair ke neseri...aku dan ABANG p hantar borang BE ke LHDN shah alam. sorry aaaa...tahun ini, kami masih tak buat e-filing. takde masa nak godek2 e-filing tu. then, kami p lunch kat Sunway Pyramid. lepas dok tengok menu dari 1 restoran ke 1 restoran, kami kimeta(decided) utk mkn kat Sushi King aje le. dah lama tak mkn Sushi King. takde le mkn byk mana sbb perut aku yg dah memboyot ni, cepat rasa penuh sekarang ni. kalo terlebih isi, ha....terima la akibat nye. SENAK!! ABANG pun, sekrg ni mkn macam ala2 diet gituk!! hehe..


lepas mkn, p cari buku utk anak2 kat Popular book store..lepas tu, terus balik sbb teringatkan Afiq Khair yg demam tu. masa p amik anak2 kat neseri tu, diorg masing2 tgh tido. Afiq Khair, sampai kat umah pun, sambung tido lagi. mmg lemah je dia..


ptg Isnin tu, lepas asar...tgk angin bertiup elok je. so, kami bawak anak2 ke taman dekat2 umah. layan Iman main layang-layang. lepas tu, layan anak2 main kat playground pulak. Afiq Khair pun berseronok main papan gelongsor. panas badan nye pun berkurang dah masa tu...sampai ke mlm, dah nampak ok.


selasa...dah tak panas pun badan Afiq Khair. tapi, pagi semalam (rabu)..naik balik suhu badan nye. ish ish...selsema dan batuk pun mula jugak. mkn, minum tak berapa nak sgt. macam takde selera gak la kot. semalam ptg lepas amik dari neseri, balik umah tu...mmg baring je Afiq Khair ku itu. kejap2 tido. kejap2 celik mata nye. ubat demam pun dah nak abis sebotol...

pagi tadi, alhamdulillah..macam dah reda panas badan nye. cuma, batuk dan selsema makin teruk. pastu, mata nye kuyu je. nampak lemah sungguh dia. huhuhu....mama doakan moga anak2 mama semua nye sihat2 belaka. ceria sentiasa. moga Afiq Khair cepat sembuh eh?!! amin!!

* Afiq Khair sgt happy bila memakai topeng ni. gambo masa sambutan b'day Iman yg ke-5 baru2 ni*

Labels: , , , , , , ,

Monday, April 06, 2009

Sambutan B'day Iman


tahun ni, 23 March lalu masuk le umur Iman 5 tahun. mmg aku bercadang nak buat sikit sambutan b'day Iman yg ke5 ini. ABANG pun OK aje. Bukan nye apa..susah benar nak berentikan Iman dari nyusu dgn botol. so, kena promise le dgn dia...b'day yg ke5 tahun ni, Iman nak apa? dia kata nak kek BEN 10. aku kata, boleh..tapi, Iman kena promise, dah takyah minum susu dgn botol. minum dgn cawan biasa saja. dia pun OK!

so, kami plan utk buat majlis nye tu pada Sabtu, 4 April (malam)..memandangkan tarikh tu je la yg agak free buat aku dan ABANG. risau gak aku nak masak2 ni. dah lama tak masak2 utk mkn reramai gini. jemputan kami cuma mak abah aku dan mak abah ABANG, serta adik beradik kami aje. then, jemput gak la family makcik ABANG yg umah nye kat Alam Megah tu...dekat sgt dgn umah ni. pastu, 1 keluarga jiran sebelah umah kami ni...melayu. tu je le. tu pun...total dewasa, dlm 25 org kot. kanak2 just 7 org je le, sepupu2 Iman belah aku dan belah ABANG.

Menu yg aku masak...nasi impit segera, rendang daging, mee bandung ayam (tak tau le mee bandung ke, mee rebus ke...hahhahaha), pastu goreng nugget ayam dan sosej ayam ber-cheese, buat dadih perisa coklat dan durian serta potong2 buah betik utk pencuci mulut. utk kek b'day, aku order kek BEN 10 dari kwn lama aku masa kat MRSM Jasin dulu...Lili. order gak choco chip muffin dan choco fudge cup cake. ABANG lak, order sate ayam/daging dari kwn dia. sate mmg sedap. 50 sen sebatang. kuah sate nye pun lazat!!! kek dan muffin serta cup cake yg aku order dari Lili pun mmg marvellous. lain2, Kakak (k.long ABANG) ada bawak triffle, kuih kasuwi yg amat lazat serta kek pisang yg sedap jugak!!! then, adik beradik dan jiran aku tu pun memasing dtg bawak makanan jugak. ada kerepek pisang, buah anggur, apple, pear, oren, dan jajan2.

penat gak la nak sediakan segala nye ni. alhamdulillah dan lega sesangat sbb adik2 aku; Ida dan Misa dtg membantu sejak tgh hari Sabtu tu. ada la yg boleh aku harapkan utk tolong cuci2 pinggan. bukan itu saja, diorg tolong kemas umah, cuci sinki kat dapur serta cuci toilet!!! terharu!!! tenkiu..tenkiu...my sist! moga murah rezeqi dan beroleh kesenangan la diorg ni. amin!

Iman lak, sangat seronok la dia. dapat hadiah macam2. kebetulan most of them kasi hadiah dgn tema BEN 10. heheheh..lagi, dia dpt kereta control yg jadi idaman nye sejak dulu2 lagi. cuma aku dan ABANG mmg tak pernah nak belikan. malam tu, puas sunguh Iman dan Afiq Khair bermain main dan bergurau dgn semua sepupu nye tu. riuh rendah rumah.

alhamdulillah, aku rasa semua nye berjalan lancar. lepas Isya' gitu...semua yg dijemput pun dah berkumpul, so..majlis dimulai dgn bacaan doa selamat oleh abah ABANG. (mak abah aku tak dpt dtg sbb ada kenduri kat kg. ) lepas doa makan, semua org makan2 la...sambil berborak dan amik2 gambo. lepas makan yg berat2 tu...baru le reramai nyanyi lagu happy b'day dan Iman pun memotong kek BEN 10 nyer tu.

gambar2 nanti le bila free aku upload. hehehe.. owh ye, ni website kwn aku..Lili yg berbisnes kek tu. http://chocncheezz.com/

misi utk berentikan Iman dari nyusu dgn botol alhamdulillah terlaksana. actually, sejak 23 Mar hari tu, dah cuba2 kasi dia minum susu dgn cawan biasa aje. then....sampai sekarang, mmg Iman dah tak membotol. yeyyyyy!! good boy, Iman.

Labels: , , ,