sudah masuk bulan April ek. sejak akhir2 ini aku teramat sibuk dgn memacam keje kat opis ni. tu yg tak dpt luangkan masa utk up-date blog. sempat check email, baca news online dan sikit2 p jenguk blog kwn2 dan kenalan. ok...ni aku just nak up-date sikit citer2 yg dah berlalu.
8/04/2007, Ahad
sepjg hari aku,ABANG dan Iman lepak aje kat umah. pagi, aku rajin2kan diri utk masak cekodok sayur. Iman mkn dgn begitu berselera sekali. mkn dgn cicah sos cili Life. ABANG lak, request mintak gorengkan kopok ikan jugak. ok...goreng gak la kopok. sambil tu...aku menahan muntah. masak sambil tutup hidung. berapa kali aku pregnant ni, mmg tak bleh tahan dgn sesetgh bau. especially bau masak2 ni. utk lunch..kononnye janji dgn Wah utk mkn kat restoran Sakura Fuji kat Plaza Masalam sana. tapi...last minute tak jadi la pulak. so, aku usahakan gak la masak nasi. lauk2 nye, just panaskan aje lauk2 baki mlm tu. byk lagi.. settle utk lunch. kol 2.30pm...kitorg dah dok lepak dpn tv aje. nonton F1 Sepang. ptg lepas Asar lak, aku dan Iman ikut ABANG p shopping ke HERO. ABANG nak beli mentol utk lampu kat tangga umah kitorg tu yg dah berapa lama terbakar. disebabkan hari tu, kibun (feeling..?) F1, so utk dinner aku ajak ABANG p mkn kat restoran F1, IOI Mall, Puchong. dah lama aku teringin nak mkn western food. Dulu, masa restoran F1 ni letaknye kat depan IOI Mall, sebelum berpindah ke dlm IOI Mall ni...slalu gak aku& ABANG p mkn2 kat sana. tapi, sejak restoran F1 ni berpindah, ni le 1st time kami mkn ke sini. harga nye agak mahal sikit dari dulu, yg sebelum berpindah lokasi. my favourite is Chicken Black Pepper...dulu RM8.90...sekang dah jadik RM11.90.
Masuk ke dlm restoran F1 ni, Iman betul2 teruja. tengok kat dinding ada keta2 kecik terlekat kat situ...lagi dgn wall paper nye gambo keta. mmg suasana F1 le. Iman suka mkn chicken black pepper yg aku order tu. byk juga Iman mkn. Tapi, mlm tu Iman tak reti dok diam. kejap berdiri kat atas kerusi la..kejap tu baring2 kat kerusi nye..kejap tu turun ke lantai pakai selipar. mulut nye pun bising. pening kepala mama. Sebelum dpt cari location F1 ni, kitorg dok la berpusing pusing kat dlm IOI Mall tu.mencari cari. Yg aku ingat, Izan kata restoran F1 ni dok sebelah je dgn Sushi King. masa dok jln2 kat dlm mall tu..Iman punya la suka. maklum le, jarang kami bawak dia jln2 ke pasaraya besar camtu. kepala Iman sibuk toleh sana toleh sini.
"hebat! huiyo, hebat la..!" byk kali diulang ulang kata HEBAT tu. ntah mana belajar nye. sekang ni, mmg slalu gak Iman sebut2,
"hebat, hebat". Ultraman hebat la..power rangers hebat la. masa naik parking kat atas bumbung JUSCO tu kan, macam naik bukit. berpusing pusing gitu. itu pun dikata nye HEBAT!
9/04/2007, Isnin
hari ni sampai esok ABANG outstation ke Melaka. Overnight kat sana le. makna nye mlm tu aku dgn Iman je le kat umah. lepas solat Maghrib je, aku terus bentang tilam dan angkut bantal2 serta selimut ke depan tv kat tingkat bawah. tido kat bawah je le. esok pagi senang aku nak cepung Iman yg dah berat tu ke dlm keta. Iman payah beno nak bgn pagi. selalu masa aku anto Iman ke school pepagi tu, dia tgh dok nyenyak tido. So, takut esok Iman macam tu. Aku mmg tak larat sgt nak angkat Iman dari tingkat atas ke bawah, kemudian ke kereta. mengah rasa nye. berat Iman dah 13kg. anyway, agak lega. Esok aku dah amik leave. kononnye nak p settle kan mengepos brg kat pejabat pos...serta nak p LHDN.
Mlm tu...aku & Iman lepak2 kat tingkat bawah je. mmg takut gak aku tinggal berdua saja dgn Iman, mlm2 gitu. nak tido tu...serba tak kena. kalo ada bunyi2 apa pun, aku dok pasang la telinga. kalo jadi apa2, dok kat bawah tu...senang nak p bukak sliding door tu je ke, kemudian jerit kuat2. kunci, henset aku letak siap2 kat bawah bantal tepi kepala aku.mmg tak dpt nak tido lena mlm tu. Iman syok bila aku bentang tilam kat bawah tu. sebelum tido, disusun nye bantal keliling tilam.
"ni umah Iman.."chehwah...macam main 'pondok2' la pulak. ehhe.. alhamdulillah selamat. mlm tu takde apa2 yg pelik dan menakutkan pun berlaku.
10/04/2007, Selasa
hari ni aku dah apply coti. dlm kol nak dekat 9am gitu, anto Iman ke school. Pagi ni awal lak Iman bgn. siap nak join mandi pagi dgn aku lak tu. ok la tu.
Aku p park keta kat kompleks PKNS. then dok berpusing pusing kat kompleks tu, mencari mana pejabat pos. jarang sgt jln2 kat situ, tu yg tak ingat mana letaknye pejabat pos. aduih... 1 bangunan aku ronda. alhamdulillah jumpa gak. ehhehe..lepas settle kat situ, rasa lapo lak. p mkn kat restoran kegemaran aku yg dekat2 pejabat pos tu aje. apa nama nye ntah...lupa lak. tapi, kat situ agak mahal...yg best sbb byk choice. pagi tu, aku mkn lontong. lepas mkn, relax kejap, terus aku p LHDN. err...korang dah isi form cukai pendapatan utk thn 2006? aku belum lagi. hari tu baru je dpt nomo pin utk buat e-filing. semlm, aku p LHDN, bukan lah utk isi form tu, tapi nak semak berapa hutang aku, berapa hutang ABANG yg selama ni tak berbayar lagi kat LHDN tu. hari tu, Ms S dah bising2 kat aku sbb sejak thn 2004-2005 aku tak pernah bayo LHDN. dia check kat LHDN la tu. bukan apa...kalo aku tak bayo, kang company yg kena. ha...Ms S la yg kena nanti. ehheee... sbb dia taknak susah la tu, dia bising2 kat aku. dia kata, hutang aku kat LHDN beratus ratus. ish ish...terkejut aku. tetiap thn aku isi form, aku kena bayo tak sampai pun rm100. then...apa citer? semlm bila aku check kat kaunter nomo 14 tu, puan yg kat situ tolong check utk aku...dia kata sejak thn 2001 sampai 2005...hutang aku tak sampai pun rm10. ekkeke.. gara2 masa company lama aku tu dulu ada buat PCB, tapi time tu aku tak kena bayo cukai pun. so...tambah tolak semua...amount yg tak sampai rm10 tu je le aku kena bayo. alhamdulillah! huh! Ms S ni, tak betul.dia ada sakit otak kot. suka nyusahkan org. suka bebel2 kat org. nak buat org lain pun sakit jiwa macam dia kot?! huhuhuhu...lega hati.
tapi, itu pun, aku tak p bayo lagi duit LHDN tu. kena bayo kat Public Bank, atau CIMB. kalo nak bayo kat kaunter opis LHDN tu, kena bayo guna cheque kata nye. emm...leceh la. turun dari opis LHDN tu, aku duduk2 lepak sat kat kerusi yg ada kat ground floor Plaza Perangsang tu. rasa cam nak pitam. bila dah ok sket tu...aku p jln2 kat SACC Mall. aku naik jln2 kat setiap tingkat mall tu. then, p ronda kompleks pkns lak. kat situ, aku mmg suka lepak kat kedai buku MPH. lama gak lepak situ. suka belek buku/majalah. then, mesti terbeli punya.. hehehe.. aisey, rasa lapo. aku pun beli tapau je le nasi dgn lauk. bila dah beli, dan bayo...rasa cam tak selera lak nak mkn nasi. terus aku p kedai bakery.beli roti sikit. then...dah tgh hari panas terik tu. terus la aku balik. singgah kat school Iman. amik Iman dan terus balik umah. kol 1.30pm aku dah kat umah. lepak2 dgn Iman kat dpn tv. sambil mkn roti.
ptg tu..nak dekat kol 5pm,ABANG dah sampai umah dari Melaka. alhamdulillah semua nye selamat. hu...syoknye bercoti di kala org lain tgh keje. atlast, nasi dgn lauk2 yg aku beli tgh hari tu, kami mkn sama2 masa dinner mlm tadi. ehehhe..
11/04/2007, hari ni hari Rabu
dari pagi tadi...byk sungguh keje kena settle. pening kepala. ptg ni pulak, aku jadik HOT!HOT!HOT! kat Ms S. ish tak habis2 menyakitkan jiwa dan perasaan aku. tapi aku buat cool aje. tak layan sgt dia. ehhee..bagus jugak camni. biar le dia terjun dgn labu2 nye. aku harus lebih byk sabar! kesian kat baby yg dlm peyut ni...so, aku byk2 la beristighfar.
Labels: Aku, Keluarga, Kerja