Thursday, April 27, 2006

Citer Lawak

Ni, citer dpt dari email seorg teman...Heehhehehe...Just for fun gituk!

Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........

Citer 4
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Labels:

Wednesday, April 26, 2006

kaf+lam+ya+nga

Heii...aku kan, dah nak masuk 4 thn keje kat company ni. Bermakna, selama tu jugak la aku dah keje sama opis ngan this kaf+lam+ya+nga girl.(Lepas ni aku mention dia as Ms.S). Aku betul2 tak berkenan ngan perangai dia. Berlagak tu,satu hal. Lagi, dia ni pemalas pun ye juga. Hai... kitorang staff lain rasa geram betul ngan dia. Production staff dok gelar dia Pari-Pari la.. Si-Ireng (Wong jowo kata..Ireng = black) la...memacam gelaran. Tu, sbb memasing tak puas hati la. Kitorang pun, bukan la jenis pendam2 kalo tak puas hati. Kami cakap gak ngan dia. Tapi this girl..buat2 tak reti je. Tak cuba pun nak improve. Aku yg dok opis sama dia ni, kekdg rasa cam nak 'terbakar' je!! Suka2 hati dia je suruh aku buat itu ini. Pemalas! Aku, jenis malas nak berbalas2 kata. Nanti buat sakit hati...terus masam muka...nambah dosa je. So, aku kalo bleh buat tu, aku buat. Kalo aku pun malas, tak dayo nak buat...ha,lantak la situ. Hehhee. Macam tadi dia dok bising2 pasal invoice la. Aku dah malas nak layan...Boleh dia kata aku ni LEMBAP!! Grrrrr... Tapi,aku kan baik hati.Hehhehe..Aku langsung diam dan buat2 tak reti gituk.

Kalo diingat...masa memula aku keje sini...aku slalu tension ngan Ms.S ni. Aku slalu nangis2 kalo geram dan tak puas hati ngan dia. Tapi,nangis sendiri la. Kat toilet ke... Emmm, bila difikirkan balik,tah apa2 je aku ni kan. Cuba la kuat sikit. Toksah layan org camtu. Dah la kaf+lam+ya+nga. Bukan Islam lak tu. Buat apa la nak amik pot sgt. Sah2 aku sorang2 merana. Dia? Huh...bahagia sentiasa kot.heheh. Sekrg ni, Alhamdulillah. Aku ok dah. Try buat derk je. Kekdg, aku lawan kan aje apa yg dia kata.

Hari ni, sampai surat saman dari Pejabat polis trafic. Aahhaha... Saman ke atas company car la. BGU xxxx. Sah2 Ms.S nyer miss ni. Sbb dia la the only one who are using our company car tu sekrg. Kekkeke..berdekah2 my bos jopun dok gelakkan dia. Aku? Mesti la gelak. Tapi dlm hati je. Kekkekeke...

Ish....cik puan umeboshi...hari ni sesi mengumpat Ms.S ke? hehe...Taklah!! Sekadar luahan rasa je.

Labels:

Monday, April 24, 2006

Iman

Bln lps...23hb/3, Iman dah 2 thn. Kejap je dah makin membesar dia. Makin cerdik. Makin ligat! Mulutnye selalu gak potpetpotpet...eheheheh. Disebabkan Iman pun dah pandai ngajuk2 org cakap, aku ngan ABANG decided utk mula ngajar ngaji muqaddam kat Iman. Muqaddam tu pun dah sebulan lebih kami beli. Then, baru seminggu ni kami mulakan pengajian muqaddam kat Iman. Lepas solat maghrib, lepas aku ngaji quran, Aku pun suruh la Iman ambik dan pakai songkok dia. Alhamdulillah, dia mau ngikut apa yg aku sebutkan. Memula ni, dia tak bleh shuuchuu* sgt. Aku sediakan 2 btg penunjuk utk kami tunjuk huruf2 tu nanti. 1 btg utk Iman, 1 lagi utk aku. Mula2, baca doa pembuka ( Allahummaftah 'alaina....), lepas tu baca al-fatihah. Lepas tu ajar huruf2 alif ba ta je dulu. Great! Dia mau ikut setiap apa yg aku sebutkan. Cuma, sebutan tak la berapa betul. Ok la tu. Practise make perfect. gituk. Lepas abis alif sampai ya, yg diulang 2,3 kali, maka abis la ngaji utk setiap sesi.hehehe. Bila sebut je 'Sodoqallahul'aziim'..pandai lak Iman amik muqaddam tu dan kucup. Tak tau la mana dia belajar. Mungkin dari pemerhatian dia...tengok aku ngan abah dia buat camtu bila abis ngaji.

Hai...kalo cerita pasal anak2..macam tak boleh habis 1 hari. Sentiasa ada saja yg nak diceritakan. Tapi..tu lah...ini je lah dulu pasal Iman...ABANG & mine's beloved son.

Sebagai ingatan..aku letakkan la msg2 yg aku terima sempena b'day Iman last month.

1. Dari adikku yg Iman panggil Mak Ngah:-
IMAN;),hr ni dh 2 tahun!x sgka skjp je masa b'lalu,dh besariman.moga jd anak yg soleh.
sender: DIKYAH +6012xxxxxxx
sent: 23-Mar-2006, 14:34:45

2. Dari adikku yg Iman panggil Mak Anjang:-
Kakwa, hr ni besday iman ke 2, eii dh beso dh iman ye..ada wt parti ke hehe
sender: IDA +6012xxxxxxx
sent: 23-Mar-2006, 17:50:30

Sebenarnye...awal2 pagi 23hb tu,aku dah received msg dari my sist-Misa..yg Iman panggil Mak Andak..tapi dah terdelete. Hehehe.

Tak sabo nak balik ..nak jumpa Iman!

shuuchuu* = concentrate

Friday, April 21, 2006

Kinenbi

"2004
2005
2006
Happy
anniversary
ke-3!!"

Sender:
IDA
+6012xxxxxxx

Sent:
20-Apr-2006
00:04:32

Ha...tu msg aku dpt drpd my-sist yg nama Ida...yg putera ku,Iman panggil nya Mak Anjang.
Yess..semlm sebenarnya my 3rd years' kekkon kinenbi*. Thn ni masuk thn ke3 kami sambut
kinenbi, dan Ida tak pernah miss utk wish kat kami. Tq Ida...hehehhe.
Heee..ada apa2 party special ke? Takde lah! Biasa2 je. Kalo sebelum2 ni, kami mesti nak ada kek, dan mkn kat luar. Tapi this year, tak kisah la. Mkn kat rumah saja. Pastu, takde kek pun..sbb Monday hari tu, kami baru je beli 2 potong cheese cake. Hehehe..yg penting, kasih sayang kami makin bertambah subur, mekar mewangi gituk.Kan kan kan...
Alhamdulillah...

Dlm pada tu...ada gak yg special nye.Heheheh.. You know what? Aku order sejambak bunga
ros merah (ada 10 kuntum) bersama sekeping kad kaler merah, lalu online jek. So,semlm..around 3pm gitu, my hubby (kore kara* aku bahasakan ngan ABANG ek..) received the roses kat opis. Heheheh..tu le kejutan yg aku kabokan hari tu. Kejutan utk my darling ABANG. KEKKON KINENBI OMEDETOU NE ABANG. ZUTTO OSHIAWASE DE IYOU NE*.

Ok...bersama sama lah kita semua berbahagia, dimurahkan rezeqi dan diberkati ALLAH
hendaknye ek...minna oshiawase ni!*

kekkon kinenbi* = wedding anniversary
kore kara* = dari sekarang
omedetou* = tahniah
zutto* = sentiasa
oshiawase* = bahagia
zutto oshiawase de iyou ne* = always be happy
minna* = semua org





Wednesday, April 19, 2006

Esok

Esok...ada kejutan.
Tak sabar utk aku menunggu nya.
Yg pasti, aku lah yg buat kejutan itu.
Tunggu!!

Labels:

Yang Awal ini

Utk yg pertama kali
Utk yg mula2 sekali
Utk yg awal ini

Dgn Pembuka kata
Permulaan segala nya
"Dgn nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

1 2 3
Satu Dua Tiga
One Two Three
Ichi Ni San
Siji Loro Telu
Satok Duak Tigak
Yoroshiku ne minna!!
Hehehehe

Labels: