Wednesday, March 25, 2009

Kedai Nomo Tujuh!

hari tu, weekend, Iman keluar dgn ABANG dok ronda2 tengok kedai moto kat sec 27 shah alam tu. tgh dok belek2 nak tolong belikan moto utk aida; adik bongsu ABANG. tolong belikan jek. duit nye sure le dari aida sendiri. pastu mak abah serta adik beradik top up sikit2 gituk. aku dan Afiq Khair dok umah je.



sampai umah je...Iman kata kat aku; "mama, tadi Iman p kedai nomo 7".


aku, "owh ye ke...? OK!"


aku syak, tentu la kedai moto yg ABANG dan Iman pegi tu, kedai nye bernombor 7.









2 mlm lepas, kami keluar ke kedai moto kat sec 27 tu utk amik moto.

Iman, "mama, tu le kedai nomo 7 yg Iman pegi dgn abah hari tu."


Aku, " OK..." sambil dok tengok kat kedai moto tu...cari nomo kedai nye. tapi tak nampak lak nomo 7!


Iman, " tu, mama...kedai nomo 7!" aku perhatikan betul2..rerupa nye dia tunjuk ke arah kedai 7-eleven yg ada dekat2 situ!!!


Iman, "abah, mama tak tahu kan...kedai nomo 7 tu?!"


ish ish.... Kedai Nomo 7 = 7-Eleven store rerupa nye...



+++++




Hari Sabtu, 21 mar 2009, petang lepas asar, kami p putrajaya. sempena Hot Air Balloon Fest. so, pelbagai rupa dan bentuk belon ada. rupa badut, cawan, gajah, burung merak etc.. sampai ke malam kami kat situ..tengok Night Glow.


dari car park menuju ke padang yg ada belon panas.




belon bentuk cawan Nescafe!





nak balik ke kereta, dari padang lepas tengok night glow. ABANG dok dukong Afiq Khair kat bahu dan Iman berjln di sebelah ABANG.

Labels: , ,

Tuesday, March 24, 2009

Lima Tahun




semalam, 23/3/2009..genap usia Iman 5 tahun. rasa nye baru je aku melahirkan Iman. dah 5 tahun usia dia!!




kelahiran Iman, agak mengejutkan aku dan ABANG sebenarnye. masa tu, baru masuk minggu ke-36 baby tu dlm kandungan aku. hari tu, adalah 1st time nak jumpa doktor Ummul Wafi kat SALAM Medical Center, sec 19 Shah Alam. sebelum2 tu, buat check up kat klinik Noor Hajar sec 18 aje. tapi, sbb dah nak dekat bersalin, doktor dari klinik Noor Hajar pun syorkan agar kami cuba jumpa doktor kat SALAM , utk 'sesi berkenalan' dgn suasana di spital tu.. tapi, sejak pagi keadaan aku lain macam. sakit perut yg dtg dan pergi. bangun pagi tu, sedang aku berdiri di tepi tempat tidur, tiba2 aku rasa gelap pandangan. tau2 je, aku dah kat pangkuan ABANG. pitam sebentar kot aku. then, darah pun asyik keluar aje. tapi, aku pegi jugak ke opis. tapi, hati tak tenang. sakit perut makin kerap. dgn darah yg tak henti2 nye keluar. bila aku tepon mak kat kg, mak suruh aku cepat2 p klinik/ spital. terus je aku tepon ABANG. masa tu pukul 9 suku pagi. dekat kol 11am, ABANG sampai. kami terus ke SALAM. bila aku ceritakan kat doktor keadaan aku tu..doktor ummul terus scan dan dia kata..air kat dlm rahim dah nampak berkurangan. dia terus kasi ubat induce. 2 biji!




"dah tak boleh tunggu2 lagi ni. Baby awak dah nak keluar. dia yg kasi sign utk keluar awal dari jangkaan. kalo tengok kat scan ni, size baby pun dah matang. insya-ALLAH mlm ni atau awal pagi esok you both akan jadi mama dan papa". itu kata2 doktor ummul yg aku ingat. aku dan ABANG saling berpandangan. "tipu lah doktor!" kata ABANG. ahaha...memang tak percaya. kokoro no junbi dekiteinai. (takde persediaan mental dan hati langsung).




terus aje aku kena sorong masuk ward. ABANG tepon family dan parents kami kat kg. serta semua adik beradik. maklum le...anak pertama kami. ditambah dgn tiba2 aje terpaksa kena terima hakikat yg baby bakal lahir awal 4 minggu dari due. tanpa disangka-sangka!! masing2 kalut. panik. mak aku sampai dari kampung masa nak dekat2 zuhor gitu. aku dah mula sakit2. aku tau, mak pun risau dengan aku yg tak tahu apa2 ni. bila mak dah sampai, ABANG balik umah sekejap utk amik barang2 keperluan. tu le...barang2 utk dibawa ke spital pun, aku tak sempat packing langsung. so, ABANG main sumbat aje le apa yg dia pikirkan perlu. kesian ABANG.




disebabkan aku terasa sangat2 sakit tapi 'jalan' tak buka banyak pun lagi, maka nye doktor kasi suntikan kat peha utk ubat tahan sakit. kasi ngantuk sikit kata nye utk aku boleh tidur dan rehat seketika. terus aku mengantuk. sampai ke petang...doktor kejutkan pun aku susah nak bukak mata. doktor ummul kasi ubat supaya aku boleh membuang air segala. then, masa tu...berlambak lambak darah keluar, turun ke lantai!! ahahahha..aku panik sungguh. dalam kol 6 setgh petang, aku kena tolak ke labour room. bukaan baru je 5,6cm masa tu. sebelum masuk labour room, mak berkali kali pesan, kalo time meneran nanti, jangan angkat punggung sbb nak jaga 'jalan' agar tak terkoyak banyak. aku angguk2kan kepala dan berharap agar aku ingat sentiasa pesan mak tu.




masuk labour room...berkali kali kaki aku kejang. bilik tu dah le sejuk. nurse pun ramai gak la. 'jalan' utk keluarkan baby pun, laaaama sungguh tak buka sepenuh nye. aku sakit teruk dah masa tu. bila tiba masa yg aku dah boleh meneran, aku langsung terlupa akan pesan mak agar jgn angkat punggung. sakit sangat punya pasal. entah berapa kali meneran, aku pun tak ingat sbb aku tak reti nak meneran. cara meneran pun aku tak tahu. nurse kata, meneran macam org nak buang air besar. tapi, aku tak dpt bayangkan sbb aku membuang air pun aku tak meneran. 'dia' keluar je dgn sendiri nye!!! meaahahahah... at last, aku pun dah lemah, doktor pun risau takut baby lemas kat dalam... maka nye, dgn pertolongan doktor dan nurse, doktor tarik baby dgn forcep...dan lahirlah baby pertama ku yg kami namakan RAZAN AZIMAN. berat nye masa tu 2.95kg. selamat lahir dlm pukul 9 setgh mlm, 23/3/2004, hari selasa... alhamdulillah!!!




sebelum tu, 20/3/2004..aku sempat pulang ke kampung utk tunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia. p mengundi utk pilihanraya.




kini, Iman dah berusia 5 tahun. dah jadi abang yg baik kepada adik nye, Afiq Khair. boleh lah berdikari sesikit. boleh membantu mama dan abah dia apa2 yg patut. semoga Iman sentiasa sihat ceria, jadi anak yg baik, yg soleh, disenangi dan disayangi oleh semua orang serta selamat selalu di dlm lindungan rahmatNYA. amin! HAPPY BIRTHDAY, Iman!!!

Labels:

Tuesday, March 17, 2009

Kepala Pening!

sejak bangun pagi tadi, kepala ku pening dan terasa berat je. pandangan mata pun terasa panas. selera mkn takde! tekak ni, dah beberapa hari mmg perit. sejak semalam, dah mula batuk2. adududud... anak2 dan ABANG mmg dah seminggu ni tak berapa sihat. demam, batuk, selsema. harap2 keadaan tak semakin teruk. ya ALLAH, kurniakan lah kesihatan yg cemerlang ke atas kami sentiasa. amin!!

kat opis, sekarang ni agak busy. dah masuk 2 minggu aku sibuk buat honn-yaku (translation) utk my boss. japanese-english, A4 paper ada dlm 73pages. dah le eigo (english) aku tak berapa terror. hantam kromo jek la. pagi tadi baru siap dan dah submit kat boss. ni, nak kena survey lak pricing utk Adobe Illustrator, dan juga pricing utk Sony-VIAO. semua nye utk client. payah le nak dpt pricing list dari Sony. nak kena cari dealer/ distributor. dah tgk kat website, tapi..entah apa2 le. kwn2 kat luar tu, ada tak yg boleh kasi contact nomo yg boleh dihubungi utk dptkan pricing list ni? call customer care Sony, dan sales dept diorg..mmg hampeh le. memasing dok tolak sana...tolak sini. mintak diorg kasi nomo dealer pun, tanak kasi. soh cari kat website. uhh!




ni, gambar Iman. sekarang ni ,kan musim coti sekolah. so, byk le homework dia kena settle. ahad baru2 ni, sepjg hari dia dok main dan tgk tv je. ptg2, lepas mandi..aku suruh Iman buat homework. aku lak sambil baca majalah dan sambil tu layan gak dia. satu masa tu, bila aku toleh kat dia...TU DIAAAAAA!!! khusyu' sungguh buat homework!!!

Labels: , , ,

Thursday, March 05, 2009

Setahun 5 Bulan

Afiq Khair..kira nye semalam, 4 Mar 2009, masuk usia nye setahun 5 bulan sudah. dah pandai nak melompat lompat dan berlari. asal saja dengar lagu ke, muzik ke..dia dah pandai nak berjoget. sambil mulut pun sibuk macam berlagu juga. kalo sampai rumah petang2 tu dari neseri, turunkan aje dia dari kereta, dgn berkasut tu..sure dia terus je menuju ke paip air yg sedia terpasang saluran getah utk menyiram bunga tu. dia nak capai salur getah tu le..maklum le, pepagi ABANG sambil dukong Afiq Khair, akan menyiram pokok2 bunga kami kat halaman rumah tu. maka nye, Afiq Khair pun nak buat macam tu le kononnye.

cakap pun masih tak reti lagi. words "abah", "nak", "ni", "sysy"(for susu), "mua..."(muahh..bila nak kiss org), "aammm" (amin utk berdoa atau time bersalam dgn org), "epiiii" (tepi!! suruh org ketepi). "fishhhh" (utk finish/ abis) .tu je le yg jelas buat masa ni. lain2...masih bahasa alien.

Afiq Khair..sgt pandai merajuk. terutama sekali kalo kita lambat buatkan dia susu bila dia minta. mula la menangis..berguling guling..kekadang mau menghentak hentakkan kepala ke lantai/ bantal!!

ptg semalam..aku dok membaca majalah mami & baby. Afiq Khair pun kalo nampak org membaca, mmg suka sibuk2 nak baca jugak. bila dia ternampak gambar baby2 kat dlm tu, dia sibuk tunjuk2 dgn jari telunjuk dia yg comel tu sambil mulut menyebut "ebi..." (baby?!!!). pandai nye anak mamaaaaaa!

Afiq Khair pun dah boleh disuruh. minta dia tolong buangkan sampah ...nanti dia p buangkan le ke dlm tong sampah kat dapur tu. botol susu dia pun, kalo dah abis minum...suruh je dia p hantar ke sinki dapur..nanti dia p ke dapur tapi dia akan sibuk panggil2 org suruh letakkan botol ke sinki sbb dia masih kemetot, tak sampai nak letak botol kat sinki tu :) time dia malas, nanti dia kasi botol susu tu kat Abang Iman dia...minta hantarkan ke dapur!

kalo org sebut "jom mandi" atau "jom brush teeth", atau "jom p basuh b*nt*t"..nanti cepat je dia bangun menuju ke bilik air. sibuk2 nak tanggalkan pakaian dia.

cuba puji Afiq Khair. sebut "pandai!!" kat dia...nanti dia tepuk tgn sambil mulut bersorak "yeyy!!". alalalla... dan, kalo sebut, "come, hug mama...hug abah.." nanti dia cepat je dtg mendepakan tgn nak peluk mama/ abah.


Abang Iman pulak. bulan ni, 23hb..akan masuk umur nye 5 tahun. Iman dah lancar membaca buku teks BM dia. dari kulit depan ke belakang dah boleh membaca. buku BI dia..jarang dia nak selak baca. kalo disuruh baca pun...kejap aje. pastu..terus simpan dlm beg. ish ish... huruf2 jawi, belum ingat sepenuh nye. hafal dari "alif" sampai "ya"..boleh. tapi, kalo tunjuk huruf2 nye dan soh dia sebut ini huruf apa...itu huruf apa... ada aje yg dia lupa! aku pun sekarang ni, tak terlarat nak mengajar ngaji tetiap malam. kang, dlm seminggu tu...ada je la beberapa mlm yg ter-skip! sbb aku sibuk masak ke...sibuk layan kerenah Afiq Khair ke.. atau pun, kepenatan sendiri sambil layan tido aku!! teruk sungguh mama nye nih.

Iman pun, dah rajin nak mandi sendiri, cebok sendiri kalo p buang air kat toilet dan gosok gigi sendiri. petang2, masuk je ke dalam rumah, balik dari neseri, Iman akan keluarkan botol2 susu (Iman punya dan Afiq Khair punya) dan hantar ke sinki dapur. lepas tu, dia akan keluarkan baju2 kotor dari beg neseri dia dan Afiq Khair punya dan masukkan baju2 kotor tu ke dlm bakul khas utk pakaian kotor atau dimasukkan terus ke dlm mesin basuh kalo pintu belakang kat dapur tu aku dah buka siap2. malam2, lepas minum susu..Iman akan tolong cucikan terus botol susu dia dan botol susu Afiq Khair kat sinki. kitorg tak suruh pun. masuk minggu ni pulak, Iman sibuk2 menolong ABANG dok melipat pakaian bersih yg diangkat dari ampaian. belajar cara2 melipat pakaian. time tu, Afiq Khair pun dah tentu 'sibuk2 menolong' jugak! ahhaha..

dah beberapa minggu ni, dlm seminggu tu, ada gak la hari2 yg ABANG dpt balik ke rumah awal. Iman sekarang ni suka mengajak ABANG p solat kat surau yg baru kat putra heights sec.9 tu. kalo ABANG dpt sampai rumah awal..dpt le ABANG bawak Iman p ke surau. suka betul Iman.

minggu ni pun, aku agak rajin memasak utk dinner. menu yg simple2 je. masuk minggu ni, aku dah rasa agak sihat. takde dah terasa loya, pening2 dan muntah2 tu. cuma, pinggang dan badan dah terasa sengal2. makan, minum..dah mula boleh merasa akan keenakannye. tapi, tak boleh nak pulun mkn dgn quantity yg byk sekaligus. mkn sikit2 je. kalo tak...mmg terasa senak sungguh perut. time tu kang, mula la nak muntah pulak!! anyway, moga diberikan aku kekuatan, kesihatan, kesabaran, keimanan dan kemudahan sentiasa dlm semua perkara dan keadaan yg ku lalui ini. amin!

Labels: , ,