Tuesday, December 23, 2008

Bonenkai
















Jumaat lepas, 19/12/2008...company aku ni buat Bonenkai( Year End Party) . sama la jugak macam Annual Dinner gituk. semua staff dan family bleh join. buat kat Shogun Japanese Restaurant. (unit 119, LG2, Sunway Pyramid -new wing). Tel: 03-5622 1831.










sebelum tu, hari Jumaat tu ABANG amik coti. balik kg dgn Iman sbb nak menjenguk mak ABANG kat hospital Sabak. sejak ptg Selasa tu kena masuk ward sbb susah nak bernafas dan keadaan kesihatan yg agak lemah masa tu. alhamdulillah tgh hari Jumaat tu, mak dah boleh kuar spital. so, ptg tu....ABANG balik ke Shah Alam sekali dgn mak, abah, Pana dan Aida. umah aku dah le bersepah yg amat. ahhahaha.....










ptg lepas aku balik keje, p neseri amik Afiq Khair, dan terus balik umah. bersiap siap nak p dinner kat Shogun dgn ABANG dan anak2. tinggal kejap mak abah dan adik2 kat umah. Sampai Sunway Pyramid, terus p solat Maghrib kat surau Jusco. Lepas tu baru le berjalan cari Shogun rest. susah gak nak cari. kami bukan nye biasa meronda Sunway Pyramid. kol 8 suku gitu baru sampai kat Shogun rest. dah ramai gak staff yg dtg.










lepas aisatsu (greeting) kat semua yg ada..kami pun mula la menjamu selera. macam2 ada. seronok gak mkn situ. Iman pun enjoy the food. serta, enjoy bermain dgn kwn2 baru nye especially anak2 K.Isma. kol 10 setgh.....kedai nak tutup..kitorg pun angkat kaki la. balik umah. letih...tapi, ok la. seronok mkn2, borak2 dan lepak2 gitu sekali sekala. paling best, sbb mkn ditanggung. eheheh...mkn free mesti la seronok. alhamdulillah. moga bertambah rezeqi, thn depan bleh mkn2 free lagi macam ni. insya-ALLAH.

Labels: , , , ,

Friday, December 19, 2008

Update Terkini

Afiq Khair, masa demam cacar hari tu, mau pulak dia tido dlm buaian. tu, tgh merajuk. aku sumbat aje dia dlm buai. memula meronta taknak. lelama....makin layu dan terus tertido lak dia. hehehhe...





Aku sekarang ni, tak berapa sempat le nak buat entry kat blog nih. nak cerita apa pun, dah takde idea sebenar nye. ehehhe..






Semalam, pagi2 lagi my Boss..Mr T.U. dah sibuk2 dok alihkan meja dan perabot dlm bilik dia. pastu, dia sibuk soh staff tukar2 tempat. yg lelaki dok 1 row ngadap arah timur..yg pompuan dok 1 row ngadap arah barat. pastu, yg high level (boss) dok ngadap arah Timur. maka nye..semua kena bertukar tempat. termasuk aku. tapi, kalo aku pindah masuk opis besar sana, kang ms.SW tinggal sendirian kat opis kecik ni. kalo ms.SW kena kerja luar...takde sapa yg stay kat opis. pastu, byk benda aku nak kena angkut dan setting la pulak nanti kat opis besar tu. payah la pulak. maka nye, semalam boss kata aku takyah pindah tempat dulu. stay je tempat aku sekarang. tunggu boss kedua, madam G (wife Mr T.U. tu le...) masuk opis bebila kang. tempat aku sekarang...ngadap arah timur. dia nak madam G tukar dok kat tempat aku sbb yg pangkat boss ni mmg nak kena dok ngadap arah timur! sbb tu aku kena p tukar tempat. ni, gara gara boss aku tu terlalu taksub dgn Feng Shui le. kitorg tak le kisah pun kalo nak follow cara Feng Shui tu selagi tak nyusahkan diri, company. ni, ada tu...dia kata kalo susah sgt, dia nak pecahkan balik dinding opis la..utk pengaliran udara ke, apa2 la punya sebab. aku pun tak berapa nak paham. ahhahaha.. kan tu akan guna byk duit?






Sejak mlm semalam...Afiq Khair dah gian bertatih. makin berani dia nak melangkah sendirian. suka aku tengok dia macam tu. Afiq Khair pun macam bangga gituk. ehhehhe.. Go, Afiq! Go!!






Iman sekarang ni suka sgt nasi lemak. kalo tak dpt nasi lemak time sarap ujung minggu tu, ada roti canai pun ok jugak. dah 2,3 hari ni...balik ptg masa amik dia kat neseri...dia request nak nasi lemak utk dinner. so, ptg Rabu tu..aku belikan nasi lemak kat pasar mlm. puas hati dia dok pulun nasi lemak tu...walaupun sambal nye pedas!! ptg semlm pun dia mintak lagi nasi lemak. tapi aku kata, nasi lemak tak boleh dimakan hari hari. tak elok utk kesihatan. so, dia mintak nasi berlaukkan ayam masak merah sebagai ganti. aku pun cari le seperti apa yg dia nak tu. tapi, sikit je dia mau mkn. sbb kepedasan sgt!! ahahhaha..






ABANG, sejak hari Selasa mlm sampai ptg semalam out station ke Bukit Tinggi. macam biasa, tinggal le aku dan anak2 sendirian kat umah. hari ni ABANG amik coti. Mak ABANG masuk spital sejak ptg Selasa. tu yg ABANG nak p melawat mak kat spital Sabak sana. ABANG bawak Iman sekali. Afiq Khair tinggal kat neseri.

Labels: , , , , ,

Friday, December 05, 2008

Terbaru

muahhhh..abang Iman!!!!



menangis. entah nape, nak berdukong aje!!! err...maklum le, Afiq Khair bakal jadi abang eh.. insya-ALLAH July next year. doa2kan la moga semua ok dan selamat. kesian Afiq Khair, tgh nyusu badan lagi! mama dia tgh musim "mabuk2" nih :(


Afiq Khair...gambo tgh mood OK. kat kg ABANG. tu, time chickenpox nye dah mula mengering.
saja nak upload gambar2 ni. diambil guna henset .
anyway, selamat berhujung minggu dan salam aidil adha buat semua. maaf zahir batin.

Labels: , ,

Wednesday, December 03, 2008

Afiq Khair Dah OK!

alhamdulillah...Afiq Khair dah sihat. demam pun dah takde. chickenpox nye pun dah kering dan mula terkopak. mood dia pun dah OK. so, lepas dari Jumaat minggu lepas hingga semalam aku dok monitor Afiq Khair...baru hari ni aku masuk opis semula. anak2 dah boleh hantar neseri. alhamdulillah!

paling teruk...hari jumaat mlm sabtu lepas le...masa tu dah naik menggelembung cacar air nye kat seluruh badan..kepala...muka..saiz nye agak halus2 gitu..mungkin masa tu le yg rasa gatal amat sangat. afiq khair langsung tak boleh tido. sepjg mlm aku dgn ABANG dok berjaga melayan Afiq Khair yg kegatalan seluruh tubuh. merengek, menangis tak sudah. nak boh ubat sapu pun dia tak nak. at last...ABANG soh sapukan bedak sejuk. aku pun bancuh le ubat sejuk dgn air suam dan boh garam sikit!!! ahhahaha... terus sapu ke seluruh tubuh, kepala, muka dan segenap ceruk badan yg ada chickenpox tu. melalak lalak Afiq Khair. mungkin rasa agak pedih kot sbb mama dia 'kejam' dok bubuh garam sekali. tapi, bila bedak sejuk mula kering...mood afiq khair dah ok. ABANG layan dia bermain main. muka nye pun dah ceria. aku layan tido kejap sbb ngantuk yg amat. kol 4 setgh pagi baru aku nak landing. then, kol 5 setgh aku bangun. bergilir, soh ABANG lak tido. aku lak jaga Afiq Khair. time tu, aku saja je masukkan Afiq Khair ke dlm buai dan enjut sesikit....terus dia terlena. alhamdulillah. maka nye...sepjg hari Sabtu tu, kami sekeluarga dok layan mata je. tidur sokmo!

Labels: