Friday, September 26, 2008

Salam Lebaran 1429H

Kepada semua muslimin dan muslimat...cik puan umeboshi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin eh! jemput lah dtg beraya ke rumah. raya bebaik...take care! serta, selamat berholiday.

aku akan bercoti bermula esok sampai 5 oct (ahad). insya-ALLAH jumpa lagi.

Labels: ,

Thursday, September 25, 2008

Puasa Jadi Alasan?!

sekarang ni..sejak Iman dah tahu bahawa yg puasa itu ialah tak boleh mkn dan tak boleh minum... dia dah pandai suka2 hati je gunakan alasan berpuasa tu, utk tanak makan bila disuruh mkn! hari tu, masa aku dan ABANG dok berbuka puasa.. ajak le Iman mkn sekali. then, Iman kata, "Iman puasa la mama." hot betul aku dgn ABANG. bila dia tanak mkn je... mula la, "Iman puasa la..". kami pun terangkan la, kalo malam...kena mkn. tak boleh puasa. siang aje yg boleh puasa! tang tu, dia tanak terima.

Iman mmg tak berapa suka nak mkn. seronok le dia kalo org suruh berpuasa. cuma, susu je yg tak boleh tinggal. kadang tu, ikut mood dia jugak. kalo time nak mkn tu, aku cepat2 sediakan apa yg dia nak mkn. nasi dgn serunding ke, nasi dgn ikan/ayam dan carrot ke, roti coklat ke. kalo lambat2 sediakan, nanti macam terbang je mood dan selera dia. sat aje, terus dia kata tanak mkn. jenuh aku & ABANG memaksa dia mkn!!

Afiq Khair pulak, pantang nampak kita sibuk2 kat meja mkn tu. pantang nampak kita dok mengunyah sesuatu..sibuk le dia dtg dekat. nak mintak disuap jugak. kalo lambat menyuapkan kat mulut dia, mesti terjerit jerit le dia. teruk betul. macam kelaparan sgt! ish ish...gigi, dah ada 2 btg kat atas, 2 btg kat bwh. ni, ada nampak gak sebtg lagi bakal muncul kat bahagian atas tu. hari cuti, kalo sempat, aku masakkan jugak le bubur nasi utk Afiq Khair. tapi, dah berapa minggu ni, tak sempat pun! just masak nasi lembik2 sket..campurkan dgn sup, berlaukkan ikan/ayam bersama carrot/sayur2 yg ada...dan lenyek2 sket sebelum suap ke mulut Afiq Khair. nyum nyum...mulut mengunyah sambil berbunyi bunyi dia! bulan puasa ni, selalu gak Afiq Khair join aku & ABANG bersahur. time kitorg sibuk2 nak mkn, dia pun sibuk bangun..merengek rengek.at last, aku cepung dia sekali ke meja mkn. suapkan gak le nasi kat dia. ehehhe.. baru senyap. lepas mkn, dia sibuk nak mimik, then..terus le tertidur. kami hantar p neseri pun, siap lena sungguh. tak terjaga pun!

Afiq Khair..sejak masuk usia 7 bln gitu..dah kenal org. so, kalo dgn org yg jarang dia nampak, mmg dia nangis2 tanak dekat/ didukong oleh org tu. termasuk le atuk dan nenek dia. huhuhu.. tapi, kalo org tu ada makanan, kasi dia mkn...dia tak keysah pun! dok je la dgn org tu sambil mengunyah. kalo makanan nye abis, baru dia melalak lalak menangis...kalo takde mama/abah dia kat sebelah. ahahhh..

raya nanti, sure Afiq Khair sibuk2 jugak..bila tgk org mkn2 nanti!

Labels: ,

Friday, September 19, 2008

Hujung Minggu Lagi!

owh..esok cuti, yeyy! cuti hujung minggu.
selamat berhujung minggu kpd semua.
selamat menambah amal ibadat!!

++++
Mlm tadi, Afiq Khair dah belajar berdiri sendiri. dah berani cuba2 berdiri sendiri tanpa bantuan mama dan abah. bagus! teruskan usaha!!

Labels: ,

Friday, September 12, 2008

Puasa

Iman dah 4 thn. sebetul nye..4 thn 5 bulan. aku takde le nak paksa dia berpuasa. aku dulu2 pun, mak abah soh berpuasa bila masuk darjah 1. usia 7 thn gitu. tapi, masa umur 5, 6 thn gitu...aku dah mula sibuk2 nak cuba berpuasa. follow sepupu2 yg dok kat umah nenek aku le. Terutama, kak nizah. dia slalu ajak aku puasa. aku pun, mmg join gak berpuasa. tapi, tak pernah nye abis sehari. masuk tgh hari je, dah sibuk nak mkn dan minum. eheheh.. anyway, naik drjh 1, mmg dah mula puasa penuh sehari. masa tu, total 8 hari aku berpuasa separuh hari. selebih nye dpt penuh. masuk drjh 2, aku dan adik beradik mmg kena puasa penuh sebulan. takde alasan. kecuali demam dan sakit gituk!

so...iman, 4 thn ni..bila tanya apa itu puasa pun, dia tak tahu lagi. bila aku dan ABANG dok terangkan...puasa tu, tak boleh mkn...tak boleh minum.. tak boleh korek hidung dan telinga tau! Iman pun angguk2 macam paham. ehehhe..

hari tu, suatu mlm saja pesan kat Iman, "esok Iman puasa ek." Iman kata OK!

esok nye, lepas balik rumah..aku tanya Iman, "puasa ke tak?" Iman kata..."puasa!" tapi tak lama tu dia nak aku buatkan susu. walhal belum lagi dgr azan.
aku, "kan puasa..?"
Iman, "ye lah.puasa. Iman nak susu aje."
aku, " puasa kan tak bleh mkn, tak bleh minum"
Iman, " yelah mama. Iman tak mkn. tak minum. kat sekolah tadi Iman ikut macam mama kata"
aku, "kat school (neseri)?"
Iman, "kat school...Iman mkn biskut..." sambil tersengeh sengeh.
pastu..tak lama tu, Iman kata, " mama, puasa tu tak bleh mkn..tak bleh minum, kan?"
aku, "iye lah. tapi nape Iman nak susu?"
Iman, "susu boleh lah mama..apa lah mama ni.. susu boleh tau!"
erk.....???


++++
tahun ini, aku dan ABANG just berbuka puasa dgn juadah yg simple aje. aku sampai rumah pun dah nak dekat pukul 7pm selalu nye. sempat masak air, kukus pau segara (import dari kg ABANG), atau pun grg popia segera..mkn dgn kurma, buat air teh-o/nescafe panas dan buah2 yg ada dlm stok kat rumah. tu je yg sempat aku sediakan. ABANG ada gak la bawak bubur dapat dari opis dia. menu bubur nye pun bertukar tukar ikut hari. bubur lambok, bubur pulut hitam etc. nak p singgah pasar ramadhan, malas sgt! balik dok harungi jem dan dah agak lewat camtu, aku jadi penat la pulak nak meronda dlm lautan manusia kat bazaar ramadhan tu. kepala ni dok ingat nak cepat2 amik anak2 dan cepat2 balik rumah. sudah nye, kami berbuka dgn apa yg ada aje le. tu pun dah kenyang. alhamdulillah. mkn nasi cuma masa bersahur je la. cuma, ada hari tu...aku nak ubah selera, beli mihun grg sebungkus..mkn share dgn ABANG masa berbuka. tu pun, aku sakit hati sgt. sebungkus mihun tu, selalu nye rege dlm rm1.50 atau rm2 je. ni...aku beli tu rm2.50!! mahal nye aku rasa.

utk sahur pulak...kena ada nasi! lauk nye simple2 jugak. time rajin, aku masak le sendiri. mlm lepas afiq khair tido, atau bangun awal pagi..masak le pagi2 tu. kalo rasa penat sgt, aku beli je la siap2 lauk tu kat gerai yg kat bawah opis aku ni. sebelum sahur, aku panaskan lauk tu.

tapi, kalo berbuka puasa dan bersahur kat kg...mmg hebat. baik kg aku, atau kg ABANG. memacam menu ada. lagi la bila adik beradik kumpul beramai ramai kat kg. meriah. mak pun suka sgt masak pelbagai utk anak menantu. kitorg pun of course menambah menu dgn juadah2 yg dibeli dari pasar ramadhan sekinchan, tak pun..sg besar. ala, kalo dah mkn beramai ramai ni, menu yg biasa2 tu pun jadi sedap!

Labels: , ,

Thursday, September 04, 2008

Dah Pergi Kota Bharu.

salam!
halo....aku dan keluarga dah selamat p dan balik dari Kota Bharu (KB). best! lebih kurang macam ni la...

sabtu, 30/8/2008.
kol 4am aku dah bangun. siap2 semua. dlm kol 4.30am...aku dan ABANG bangunkan anak2. mandikan diorg dgn air suam. kol 5am, teksi yg kitorg tempah melalui sorang kenalan aku, dtg amik kitorg. p Subang airport , kena charge rm45 dek teksi tu. ok la... terus check in beg. then, kami p solat subuh kat surau airport. ish...berbeza beno subang airport yg aku tau dulu2...dgn yg ada sekarang ni. errkk...

kol 6.30am camtu....dah masuk balai berlepas...flight dlm kol 6.50am. sampai kat KB dlm kol 8am. terus breakfast kat airport. aku amik mee grg, kuih apa tah ek..manis2, kaler kuning gituk...kuih tu seketul, air oren. ABANG lak amik nasi lemak dan air teh tarik kot? semua2 tu kena rm12?!! mahal seh.

lepas tu, p kat kaunter kereta sewa yg ada kat airport tu, company HAWK sdn bhd. sewa kereta Proton Saga Baru..masa dlm 24 jam ++ gitu...kena charge rm140. aku p beli peta negeri Kelantan, utk panduan perjalanan kami. lepas tu, terus drive p Pengkalan Kubur. niat di hati nak p beli toto Narita. (ish ish...macam le kat Selangor takde narita ek..?) dpt le, Narita rm37, dgn toto Yuri rm34. Iman lak sambar mainan ultraman. masa sampai Pengkalan Kubur..jam baru kol 9.30am lebih. senang dpt parking. lepas puas ronda2 kat situ, kitorg pun nak keluar balik ke arah KB. time dah kol 12.30pm..panas terik. nak keluarkan kereta payah la pulok sbb ada org park kereta kat belakang kereta kami. double park gitu. kena la tunggu org tu keluar...dah dpt keluar, lega! jln kat KB jem la pulak. jem giler. kami dijemput lunch kat umah member lama. Cikli, kwn aku & ABANG..sama sekelas masa kat SAMT bt 38 dulu. kebetulan kuarters hospital yg cikli duduk tu, betul2 belakang hotel New Pacific yg akan kami stay tu. pusing punya pusing, sampai gak la kat umah cikli. sebelum kol 2pm.

aduh...lama tak jumpa cikli. dia, dgn suami dia...laki bini doktor. dpt mkn best la pulak kat situ. nasi dgn lauk tomyam, ikan bawal masak masam manis (kot?), sotong grg tepung, kacang botol diulam, budu+tempoyak+cili padi. sedap nye...alhamdulillah. moga cikli sekeluarga dimurahkan rezeqi lagi!! anak dah 3, minah tu!! lepas mkn...punya le seronok beborak. ehhehe.. lepas kol 3pm, aku dan keluarga pun bertolak ke hotel. check in...solat, landing2 dan tertidur. dlm kol 5pm..kami keluar ke Pantai PCB. main air. Iman seronok sgt main air. siap nak buka baju nak mandi. tapi mama dia tak bawak baju spare dan towel ke pantai, tu yg pujuk2 Iman..takyah la mandi. main kat tepi2 gitu2 je le. basah2kan kaki jek. alhamdulillah Iman good boy. mkn dek pujuk. heheh.. then, mkn kopok leko kat tepi pantai tu. punya le lama nunggu kopok leko tu dtg. lamaaaaa sgt! abis mkn pun dah nak masuk maghrib. terus balik ke hotel. on d'way, singgah kat 1 kilang kopok leko. beli kopok leko rm10 utk setiap 4 btg. pastu kopok ikan lak..rm10 utk setiap 4 bungkus (depends pada berat setiap pek..). tanya kat makcik owner kilang kopok tu, nak mkn nasi dagang yg best kat mana? dia tunjuk le restoran yg jaraknye tak jauh dari situ. mmg sedap kat situ, kata nye. tapi, zannen da wa. (kecewa nye..). org kelantan mkn nasi dagang waktu pagi. breakfast. kalo mlm, takde...kata nye. owh eh???? huhuhu...

terus le kami balik hotel, mandi2...solat...terus keluar semula. hamboi mak...jln jem le. semua org keluar umah ke ek? p pekan KB. aduh..jem giler. dgn bebudak muda yg berbasikal, bermotor..siap usung bendera malaysia. owh, mungkin depa nak nunggu ambang merdeka kat stadium tu kot?

sampai kat pekan KB, dgr dari jauh cam meriah je kat Gelanggang Seni tu. kitorg pun p le panjang2kan langkah kaki ke sana. owh, ada persembahan kebudayaan. tak tau le sempena apa. kat dewan tu ada kain rentang.. "Hari Karnival Usahawan".. mlm tu, kami layan dikir barat le, nyanyian memacam lagi, diiringi alat2 muzik tradisional. terhibur gak!! lagi2 tgk pemukul gendang tu, sambil pukul gendang...dia dok melenggang lenggangkan punggung dan badan, berjoget joget gitu. lawak sungguh.. abis persembahan, kami terus blah p food court yg dekat2 situ. kat situ pun jem dgn manusia. penuh. aku amik nasi grg kerabu, sup ayam, ABANG amik nasi grg daging merah. emmm...rasa nye biasa2 jek. tapi, nasi grg kerabu tu...agak sedap le.

lepas mkn...1 hal la lagi..nak meredah jln yg penuh dgn manusia yg berbasikal, bermotor, berkereta tu. aduh..depa memeriahkan jln. kami kat dlm kereta ni, dok tertanya tanya...apa org dok buat ek..sbb sepjg jln kat area pekan KB tu...ada je org dok berderet lepak2 kat tepi2 jln tu. mungkin nunggu hanabi (bunga api) kot, yg akan dilepaskan dlm kol 12mlm tu. mlm tu, kami drive..ronda2 pekan KB..pegi gak la ke area yg banyak jenis muzium tu. just drive pusing2 gituk. terus balik ke hotel. anak2 dah tertido kat dlm kereta. kat depan dan tepi2 hotel New Pacific tu pun, penuh dgn org dan kereta. diorg dok tunggu hanabi gak la kot sbb memasing dok dongak2 pandang langit. kitorg tunggu gak la...tapi, tak nampak pun hanabi nye. sbb dah maleh nak nunggu lama..terus je le kami naik hotel.

Ahad, 31/8/2008. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
bangun pagi. mandi siap2...terus turun breakfast kat hotel. ada mihun grg, nasi kerabu, daging bakar dgn sambal tumis (sgt yummy!!!), pelbagai jenis roti, koko crunch, buah nanas & tembikai, scramble egg, baked beans..
masa tu, dah bermula perarakan kemerdekaan. diorg mmg lalu betul2 depan hotel New Pacific tu, menuju ke stadium. syok la kami...especially Iman. dok nengok pelbagai gaya, kumpulan org2 yg join perarakan tu.

dlm kol 10am...kami check out hotel. p drive ke airport. sambil tu..sempat gak drive terus ke pantai Sabak. zaman perang dulu, kan tentera Jepun dok turun masuk ke tanah melayu ni melalui Pantai Sabak ni.. ronda area situ, then..terus ke airport. kol 11am, janji utk pulangkan kereta sewa tu. lepas tu, terus check in brg2 kat airport, dan meronda airport pulak. flight kol 12.40pm. cuaca tak berapa elok masa tu. berawan. flight pun asyok dok goyang2 je. anyway, alhamdulillah...selamat gak kami mendarat kat subang airport tu. lepas solat kat airport, p byr tiket teksi kat airport tu. kena rm32 utk teksi sampai ke Putra Heights.

emm..alhamdulillah..selamat pegi dan balik kami ke KB. overall...sgt seronok jln2 kat KB. tapi, mmg la...kalo sehari je mana cukup nak ronda semua kat sana. ok la tu. tujuan kali ni nak ke KB just cari mkn yg best, dan nak kenalkan Iman dgn kapal terbang. sebenarnye Iman dah pernah naik flight masa umur sethn..p sarawak sempena konvo my sister; Ida kat UNIMAS dulu. tapi, yg tu, langsung takde dlm ingatan Iman. aku dok kata...Iman pernah naik aeroplane. tapi, beria Iman kata...Iman tak pernah naik!! huhuhu..kali ni, Iman puas hati le tu. dah dpt naik aeroplane. dpt dok hotel yg sgt best!! dpt main air kat pantai.. aku & ABANG pun happy sgt bila tgk anak2 enjoy macam tu. cuma...kami tak sempat nak merasa laksam, nasi dagang dan laksa kelantan je le. ehehhe..len kali ne. insya-ALLAH.

Labels: ,